♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, April 18, 2010

Demam birthday?

Dah dua hari Naufal demam. Panas sangat. Cecah 39 degree!

Sejak malam tadi, Naufal merengek jer. Tak pernah Naufal macam tu. Mungkin sebab tak sedap badan.

Hari ni aku asyik mendokong Naufal. Sesekali Naufal tidur kat pangkuan aku. Bila aku letak Naufal atas katil, Naufal akan terjaga. Merengek. Terpaksalah aku dokong dan dodoi Naufal semula.

Naufal nampak lemah sangat. Tak aktif macam selalu. Muka Naufal merah. Mata, pipi dan bibir Naufal pun merah. Panasnya badan Naufal.

Hari ni dua kali aku basah bersama Naufal. Selalunya Naufal suka sangat mandi. Tapi hari ni Naufal menjerit-jerit sebab kena air. Terpaksa aku basahkan Naufal sambil aku peluk dan tenteramkan dia.

Sian Naufal...

Naufal asyik merengek jer... Buat aku sedih sangat. Sesekali air mata aku pun ikut berjujuran. Bila Niesreena nampak aku menangis, Niesreena datang ke arah aku, peluk aku dan kata, "mama jangan nangis..." Siap tepuk-tepuk lagi belakang aku. Comfortkan aku... So sweet... Tq sayang...

Tak tahan tengok Naufal macam tu. Aku lebih rela aku yang jatuh sakit daripada tengok anak-anak menderita.

Bila anak-anak jatuh sakit, aku selalu rasa tak dapat jadi mama yang baik, sampaikan anak-anak tak sihat. *sigh*

Ada orang kata, budak-budak kalau nak beralih bulan, kadang-kadang akan demam...

Ada jugak orang kata, budak-budak kalau nak dapat akal baru, kadang-kadang akan demam...

Ada jugak orang kata, budak-budak kalau dah nak masuk usia baru, kadang-kadang akan demam... Demam birthday...

Betul ke? Hmmmm... 8 hari lagi jer pun 1st birthday baby Naufal...

Hmmmm... apa-apa pun, aku harap baby Naufal cepat sembuh. Mama tak sanggup tengok Naufal menderita sakit sayang...

Niesreena, terima kasih sayang sebab selalu comfortkan mama dan buat mama ketawa.

Dan terima kasih abang, sebab banyak membantu dan berkorban untuk kitorang...

I love you all so much!

Naufal... cepat baik yer sayang... :'(

20 comments :

TopsyTurvyMum said...

get well soon, Naufal.

Ohh Niesreena...so sweet comfort kan mama dia tgh sedih2 tu.

My youngest pun baru baik demam...esok ada appointment dgn MCH..mesti nurse bebel berat dia naik tak banyak hehehe..

take care Julie :)

*juliet le sweetheart said...

Tq Razana...
i tak bawa Naufal pergi klinik pun sebab dah tahu doktor dia akan buat apa. Last 3 years Niesreena demam panas, bawak gi klinik, menunggu 2 jam lebih, bila jumpa doktor, doktor check temperature then tulis kat post-it-not 'panadol for infant'... buang masa dan sakit hati...

Shila Kirana said...

get well Naufal~! :)

*juliet le sweetheart said...

Tq shila! =)

Sy. Fatmawati said...

cian dia..cepat2 bagi ubat & sponging

Asra said...

Wadi pun!!! :(

Zarina said...

jaga elok2 ye..mudah-mudahan cepat recover...

Isma said...

julie......naufal x baik2 lg ker?

Defina said...

Julie, jaga temp naufal sokmo...smg cepat smbuh naufal syg...

Ayah Naufal said...

jagalah anak awak baik2 ye julie ;p

Fiza Hamfizah said...

hakim demam masa nk masuk usia 6bln, awal bln april br ni, masa MSALTU wat program kat bundoora park tu, sejam je kami tido mlm tu, xpenah2 mcm ni..tapi mmg kena monitor temp dia,xnak bg suhu lbh dr 38'C.bg panadol n lap2 sll...naufal ni sbb next week dia setahun dh...hepi becomingi 1st b'day, naufal!! get well soon.

*juliet le sweetheart said...

tq u olls... naufal masih demam lagi... tapi dah kurang panasnya dari kelmarin. harap2 hari ni kebahlah...

Malina Vaida said...

get well soon dear

Heda said...

semoga naufal cpt sembuh... ammiinn.. anak aku pun demam panas gak julie.. kena tahan kt HUKM.. huhuhu...

Hapene said...

biasalah nak membesar...

Sherida said...

suruh naufal minum air banyak2....

Sy. Fatmawati said...

tinggi jugak suhu naufal.sian dia.julie kasi ubat punggung jek.ada dua jenis..satu yg PCM & lagi satu Voltaren nama dia.Lissa (8kg) sy bg 1tablet PCM, kalau voltaren 3/4 jek 8hrly.bole beli kat farmasi.yg PCM tu sya tak sure nama ubat dia.

*juliet le sweetheart said...

sya, kalau kat m'sia kitorang pun selalu cari ubat tu untuk niesreena dulu. memang bagus. cepat jer baik kan... tapi... kat sini tak der jual. payah betul... cool fever pun tak der jual kat sini. nasib baik bawa dari m'sia. ubat punggung tu lupa pulak nak bawak

Sy. Fatmawati said...

yeke..siannye julie.agak2 ubat tu bole pos pegi sana tak?

*juliet le sweetheart said...

ubat susah sikit sebab perlukan preskription segala bagai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top