♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, January 20, 2010

Baby Naufal 8 month's check-up

Tengoklah baby Naufal ni. Nampak sangat macam kepenatan. Bukan main nganga lagi waktu tidur.

Kitorang baru balik dari bawa baby Naufal untuk check-up. Check-up yang ke 8 bulan setelah beberapa bulan missed sebab balik Malaysia hari tu. Alhamdulillah, perkembangan baby Naufal sangat bagus, malah miss Kerry kata perkembangan baby Naufal sangat cepat. Miss Kerry terkejut bila tengok gigi baby Naufal dah ada 7 batang! Mana tak nya... first gigi baby Naufal keluar masa Naufal berusia 4 bulan. Cepat kan?

So, berat terkini baby Naufal lebih kurang 7.5 kg dan tingginya 68 cm. Terkini, baby Naufal dah boleh berdiri sendiri dengan dua kakinya tanpa pegang apa-apa tapi untuk beberapa saat. Then jatuh terduduk. But still, that's a good development. Baby Naufal sekarang memang suka sangat berdiri sambil berpaut-paut pada apa-apa yang boleh dipaut. Bersungguh-sungguh masa nak bangun dan berdiri.

Lepas check fizikal baby Naufal, miss Kerry tanya aku beberapa soalan dari baby Naufal punyer PEDS Booklet. Sepuluh soalan mengenai perkembangan baby 8 bulan. "Do you have any concerns about your child talks / understanding / body / learning / bla... bla... bla..." Daripada 10 soalan tu, semuanya aku jawab NO, except...

B.E.H.A.V.E!!!


Masalah tidur.

Sejak dari lahir lagi baby Naufal tidur sendiri dalam cot dia. Memang tak der masalah pun. Cuma sejak akhir-akhir ni baby Naufal tak nak tidur dalam cot dia. Naufal nak tidur dengan aku atas katil! Biasanya baby Naufal akan tertidur atas pangkuan dulu. Then kitorang akan letakkan Naufal dalam cot dan Naufal akan tidur nyenyak sampai pagi. Kadang-kadang Naufal akan bangun untuk menyusu. So kitorang sumbat jer botol susu dan tongkatkan botol tu dengan bantal. Then baby Naufal akan tertidur semula. Aku pun tidur gak ler.

Tapi sekarang ni, baby Naufal bila tidur kat pangkuan then nak letak dalam cot, Naufal akan menangis dan menjerit sehendak-hendaknya. Puaslah tepuk-tepuk atau dodoi-dodoi Naufal tapi Naufal tak berhenti menjerit jugak sehingga aku angkat dan dodoi Naufal kat pangkuan aku. Minum susu pun cam tu. Tak nak minum dalam cot. Nak minum atas pangku gak. Pastu kena make sure Naufal dah betul-betul nyenyak baru bleh letak. Kalau tak... gerenti Naufal mengamuk punyer... Kalau letak atas katil ok lagi. May be sebab Naufal dapat rasa aku ada dekat dengan dia. Tapi kalau letak dalam cot... apa lagi... ngamuk aarrr!!!

Masalahnya pulak kalau letak atas katil, aku takut Naufal berjaga waktu aku masih tidur. Aku takut Naufal gerak dan jatuh katil ler pulak. Miss Kerry pun tak encourage ibu bapa tidurkan anak sekali dengan parents atas katil atas sebab-sebab keselamatan.

Cam ner ek?

Actually, macam miss Kerry kata gak tadi, masalah tidur ni sebenarnya masalah yang paling banyak dihadapi oleh ibu bapa. Apa yang kitorang boleh buat buat masa ni ialah bersabar dan cuba ajar Naufal untuk tidur balik dalam cot dia perlahan-lahan. "Just tuck him in, in his cot when he is crying," kata miss Kerry. "Yeah! Easy for you to say," kata aku... dalam hati lah... hehehehe...

Apa-apa pun kena bersabarlah. Nak marah pun, bukannya Naufal faham dan bukannya boleh menyelesaikan keadaan pun kan. So, ikut jer lah rentak dia. Bila Naufal nak ok nanti, ok lah dia. Hmmmm... ye tak?

Kadang-kadang terasa penatnya jaga baby Naufal. Aku macam tak ingat pulak samada jaga Niesreena dulu penat ke tak. Hehehehe... Niesreena dah besar, dah senang nak dijaga, dah pandai dengar kata. Sekarang ni giliran baby Naufal pulak. Dia dengan kelaku dia... Tapi seronok sebenarnya ada budak kecik... :)

Waktu-waktu macam ni aku selalu teringat kat mak abah. Susahnya mak abah besarkan kiter dulu kan... :') Rindunya kat mak abah...


*juliet le sweetheart : dah lama tak tidur lena...



3 comments :

Mama-Miya said...

miya sejak jd toddler, dia nak tido in the same bed with us. during infanthood, ok aje tido dlm cot. siap boleh lena sendiri ala2 ferber method gitu. so i got quite a lot of "me" time & space. but around near her 1st birthday, mula tak lena in her own bed. kalo tido berpeluk with me, ok aje sleep thru the night. tak pun middle of the night, dia panjat to sleep in between us.
sakit hati jugak, susah2 bwk her babycot from msia to here, pakai 2-3 bulan aje.
since we all practise natural parenting & the 70's methods. i tak kisah co-bedding. also we all jenis tak suka ada bed, japanese style aje. so no risk jatuh katil.
hope u wont go nuts over this sleep matter. just do whatever works. lain budak lain cara dia.

*juliet le sweetheart said...

Betul tu... lain budak, lain cara dia. Even my daughter and my son, they habits, are totally differents! Tapi pergalaman kan.... tak sabar nak tunggu diorang membesar sebab senang sikit nak jaga. TApi bila dah besar nanti rindu pulak time time diorang tengah kecik ni. :)

An said...

eeee...tembamnya beliau itu...
comel sgt....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top