♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, May 31, 2010

Saving di Savers

Ye ke saving di Savers? Aku, kalau dah ke Savers, kalau tak belanja sampai 20 ke 30 dollar, memang tak sah! Sampaikan benda yang tak perlu pun aku terbeli, sebab...

MURAH SANGAT!!!

Dan hari ni, Savers adakan jualan besar-besarannya! 50% diskaun untuk semua barangan! Semua!!! So, cepat kengkawan Desa Bundoora! Cepat serbu Savers!!!

Tapi... hari ni aku tak ke Savers pun. Haa... jangan tak percaya. Betul! Aku tak ke Savers pun sebab aku dah pergi semalam. Hehehe...

Sebab aku gi semalam... satu, aku tahu hari ni akan ramaaaaaaiii sangat orang kat Savers. Kedua, selalunya kalau datang lambat sejam dua daripada waktu Savers dibuka, barang macam dah kurang jer. Mungkin aku jer kot yang psiko sendiri. Hehehe... Dan yang ketiga, kalau gi Savers sehari sebelum hari jualan besar-besaran ni, dalam kedai memang banyak sangat barang. Terlalu banyak sampaikan tak muat kat rak. Diorang letak jer kat lantai. So, banyak pilihan. Mungkin sebab diorang nak sediakan untuk keesokkan harinya.

Oh ya... untuk kengkawan yang tak tahu dan tak kenal Savers, Savers ni sebenarnya tempat jualan barang-barang terpakai. Macam ala-ala bundle kat Malaysia. Tapi kat bundle Malaysia jual pakaian jer kan? Hmmm... aku tak tau bundle Malaysia sebab tak pernah masuk langsung! Kalau kat Savers, ada perabot, barang-barang perhiasan rumah, barang-barang dapur, barangan elektrik dan elektronik, buku-buku, permainan, barangan bayi, cd dan video dan macam-macam lagi.

Barang-barang yang ada kat Savers ni semuanya ialah barang-barang donation. Kebanyakkannya barang-barang terpakailah dan kebanyakkannya memang elok-elok lagi. Kalau pandai memilih *macam aku!*, boleh jumpa barang baru dan berjenama. Dan yang paling best, semuanya dijual dengan harga yang sangat-sangat-sangat murah! Untuk maklumat lanjut, sila klik sini...

Hari ni, aku tak ke Savers sebab semalam dah pergi. Ada lah jugak sedikit barang yang kitorang borong. Aku fikir, tak per lah, beli semalam, takut hari ni tak dapat pulak. Takut orang lain yang grab. Lagi pun, kalau gi hari Ahad, student dapat jugak diskaun 20%. Oklah jugak kan. Tapi ada satu frame jer yang aku 'simpan' untuk hari ni. Lama aku simpan. Sejak sebulan yang lepas. Semalam tengok, ada lagi. Berkenan dan 'simpan' untuk dapatkan diskaun 50% hari ni. Berdoa jer lah agar orang tak ambik. Sebab harga frame tu aud$12.99. So, kalau beli hari ni dapatlah half price. Banyak jimat tu! So, aku tugaskan enche Neezam gi beli pagi tadi. Sejurus selepas breakfast!

Sejam dua lepas tu, enche Neezam balik, kata enche Neezam, frame tu dah tak der. Orang lain dah beli. Alaaaa... menyesallah pulak rasanya tak beli semalam. Tapi aku fikir, "tak per lah... bukan rezeki aku lah tu". Nak sedapkan hati sendiri. Tapi jauh di sudut hati, alaaa menyesalnyer. Selalu aku pakai motto 'Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli'. Dan hari ni memang menyesal sangat tak gunakan motto tu. Hehehe...

Tapi, lebih kurang sejam dua lepas tu, enche Neezam kantoi! Eeeeee... geram betul! Rupanya ada frame tu enche Neezam beli! Enche Neezam sorokkan dalam kereta! Sabar jer lah... Tapi seronok sangat! Hehehe... Suka! Cayang abang!!!

Inilah frame yang menjadi idaman aku. Dapat jugak akhirnya. Aku berangan nak sangkut frame ni kat bilik Niesreena kat Malaysia nanti. Hari ni enche Neezam beli frame ni dengan harga aud$6.50 sahaja!

Dan ini antara barang-barang yang kitorang beli dari Savers.

~ Mainan untuk Niesreena dan Naufal; Fisher-Price, Lamaze, Playgro, etc... ~

~ Lampu meja ni untuk bilik tidur Naufal. Cute kan. Cuma aud$6! Niesreena, macam biasa, suka enterframe. Hehehe...~

~ Buku-buku aku ~

~ Jeans ; Levis, Guess, Calvin Klein, Lee, Giorgio Armani, etc... Original ok! Harga jeans biasanya tak mencecah aud$30 pun. Kalau pandai cari, boleh jumpa yang baru. ~

~ Ini antara favorite aku, Queen Anne's. Harganya... jangan terkejut ok... cuma aud$6!!! ~

Dan banyak lagi barang yang kitorang dapat beli dengan harga yang murah. Yang penting kena pandai pilihlah kan. Murah, berkualiti, branded!

So, kengkawan! Jom cepat serbu Savers! Masih sempat lagi ni. Savers tutup pukul 9 malam, malam ni!

4 comments :

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

pagi td i bought 3 knitted tops for me & 5 jackets for Miya, total cost $10.90.

shopping with a cause? yezzaa....

we all mmg suka savers since mula sampai. all toys & books miya beli kat savers. :D manade tempat lain jual fisher price stuff at only $1.99. :D

*juliet le sweetheart said...

sangat murah kan... berbaloi sangat!!!

Rozie said...

dulu di BNE ipun beli buku the 1st year and what to expect during pregnancy di garage sale... book is good and very informative... balik mlysia, beli buku what to expect during the todlers years.

*juliet le sweetheart said...

buku tu memang bagus. banyak sangat info berguna terutamanya untuk yang baru bergelar ibu dan jugak ibu yang dah beranak pinak macam julie ni. hehehhe... tapi buku keluaran Angus&Robertson ni mahal. Nasib baik jumpa yang second hand, aud$2.99 jer. Tapi masih elok lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top