♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, May 12, 2010

Mint and peas couscous

Aku memang suka sangat makan couscous Nandos. Kalau gi Nandos, mesti akan order couscous. Oh ya... kat Nandos Oz jer ada side couscous, kat Malaysia tak der rasanya.

So, memandangkan kitorang akan balik ke tanah air tercinta dalam masa beberapa bulan lagi, aku decide untuk belajar masak couscous tu sendiri.

Tapi...

Puaslah aku cari resepi couscous macam Nandos buat kat internet, tapi tak jumpa. Kalau ada resepi couscous yang lain-lain pun macam banyak dan bukan-bukan pulak ingredients yang diorang gunakan.

Sehinggalah aku terjumpa satu website ni, dia ajar camner nak nak rebus couscous jer. Bolehlah kan... Dan aku cuba masukkan bahan-bahan yang lain sendiri.

Dan alhamdulillah... menjadi dengan jayanya! Sebijik macam kat Nandos punya. Hmmm... lepas ni tak payahlah nak beli kat Nandos dah. Dah pandai wat sendiri!

Inilah hasilnya...

Sedap! Hehehe... masuk bakul, angkat sendiri ek? ;p Tapi memang sedap. Enche Neezam pun kata sedap. Kalau tak cayer, tanyer enche Neezam sendiri. Hehehe...

Couscous ni sedap dimakan dengan ayam peri-peri Nandoslah... apa lagi kan... tapi selain tu, kalau makan dengan ikan coreng bercili pun sedap. Atau dengan lauk paprik. Senang cerita, makan couscous ni dengan lauk-pauk kering-kering jer, baru sedap.

So, di sini aku kongsikan resepinya untuk rujukan aku dimasa hadapan dan jugak untuk korang cuba.

Mint and pea couscous Nandos' style

Bahan-bahannya

1 cawan couscous *1 cawan = 250 ml
1 cawan air
25g butter
2 sudu daun pudina yang telah diracik halus
1/3 cawan kacang pea
1 sudu lemon juice
garam secukup rasa

Cara-caranya

Basuh dan tuskan couscous. Campurkan couscous bersama-sama air dan garam secukup rasa. Masukkan ke dalam mikrowave selama 10 minit.

Lepas 10 minit, keluarkan dari mikrowave dan kacau. Kemudian masukkan pula butter, kacang peas dan daun pudina ke dalam couscous tadi. Kacau kesemua bahan dan masukkan semula ke dalam mikrowave dan masak lagi selama 5 minit.

Siap!

Senangkan... apa kata korang cuba pulak. Selamat mencuba!

6 comments :

MaSLiNa said...

Julie, kalo tak dpt cari daun pudina boleh ke? ada lain sgt tak rasanya nanti? pastu lagi satu aku mcm tak penah nampak kat kedai jual couscous san remo nih (atau brand lain).. tapi aku sgt berminat nak cuba resepi nih sbb nampak mcm mudah je..

*juliet le sweetheart said...

tak der jual ker? aku pun tak pernah cari pulak kat kedai sebelum ni. kalau daun mint tu tak jumpa yang fresh, bleh beli yang kering jer, ada jual dalam botol, brand masterfood. rasanya kat m'sia pun ada jual. selamat mencuba!

malyn said...

julia,blk msia nnti leh bukak cafe la ek..

*juliet le sweetheart said...

cafelah sangat... hahahhaa... makan sendiri bolehlah...

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

bagus la recipe ni...ada unsur2 yg boleh buat hilang muak. i've been makin couscous yg recipe biasa tu, letak butter & chicken stock aje..makan sesenduk pun dah muak. ni ada cam fresh2 skit kan?

tq for sharing.

i beli homebrand aje ;)

*juliet le sweetheart said...

mama miya, i tak jumpa couscous brand homebrand, tu yang grab san remo tu. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top