♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, April 23, 2010

Lompat tikam

Murid-murid sekalian... hari ni cikgu nak ajar buat kuih lompat tikam, oz style ok. Cewah... hahahaha... poyolah! ;p

Sebenarnya kuih ni dah buat lama dah. Hari ni baru nak masukkan dalam blog. So, sesaper yang datang rumah hari ni, aku tak jamu kuih lompat tikam ni, jangan kata aku kedekut yer. Hehehhe...

Aku kenal kuih lompat tikam masa belajar kat UTM Skudai dulu. Masa bulan puasa. Tengok diorang jual kuih ni dalam bekas macam bekas tau foo fa tu kan. Cantik dan menarik jer. Berwarna-warni. Rupa cantik, rasa mesti sedap. Aku belilah satu. Dan ternyata... sedaaaap sangat!

Pada yang tak tahu, kuih lompat tikam ni kuih orang Kelantan. Tapi aku bukan orang Kelantan yer... :)

So kengkawan. Jom kiter belajar buat kuih lompat tikam ni yer...

Lompat tikam

Bahan-bahan

A : Pulut

1 cawan pulut, 1 cawan air, garam sikit dan pewarna. Untuk lompat tikam ni, biasanya orang gunakan pewarna warna merah. Tapi kat rumah tak der pewarna merah, aku letak kuning jer. Hmmm... jadilah pulut kuning plak.

B : Santan pekat

1500ml santan pekat, 80gm tepung beras dan garam secukup rasa.

C : Tepung hijau

100gm tepung beras, 100gm tepung pulut, 800ml santan cair, pewarna hijau dan garam sikit.

D : Air gula

1 buku gula melaka, setengah cawan gula pasir, dua cawan air dan sehelai daun pantan.


Cara-caranya

A : Pulut

Basuh beras pulut dan masukkan air, macam masak nasi. Masak guna microwave, high temperature selama 20 minit.

B : Santan pekat

Lebih kurang macam masak bubur sumsum. Campurkan semua bahan-bahan B. Masak atas stove dengan api kecil. Kena sentiasa kacau supaya adunan masak sekata. Bila adunan dan likat dan berkilat, bolehlah tutup api.

C : Tepung hijau

Campurkan semua bahan-bahan C. Masak atas stove dengan api kecil. Kena sentiasa kacau supaya adunan masak sekata. Bila adunan dan likat dan berkilat, bolehlah tutup api.

D : Air gula

Masak gula melaka dan gula pasir bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.

Aku suka simpan atau campur semua dalam satu bekas *kecuali air gula*, kemudian simpan dalam peti ais. Bagi sejuk dulu baru sedap!

Bila dah sejuk, barulah sedap dan nyaman bila dimakan.

Yummilicious!

Selamat mencuba!

6 comments :

Ara said...

julie...pandailah buat kuih...ara x reti...makan leh lah..hee..hee.....dah jd mak org x reti2 bt kuih...

*juliet le sweetheart said...

Ara, kalau aku duduk kat m'sia, aku gerenti tak pandai sebab boleh beli jer. ni sebab teringin nak makan, terpaksalah belajar buat sendiri. walaupun tak sesedap mana, tapi hantamsahalahhhhh... ;p

mama | ayah | sarah | syimir said...

macam tak penah makan je..tp mmg nmpk sedap..hehehe

*juliet le sweetheart said...

selalunya dijual kat pasar ramadhan... kalau pasar malam pun tak jumpa... :)

Mrs said...

Julie;kalau version kelate, kami bkn buat berlapis, kami buat asing2 tp bila nk mkn br campur skali!

*juliet le sweetheart said...

Isma, tahu... cumanya dengan cara macam ni semua akan habis serentak... hehehhee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top