♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, February 1, 2010

Sagu delight

Dah lama tak tepek resepi kat blog aku ni. So, resepi pertama untuk tahun ni ialah...

Sagu delight

Glamer tak nama? Hehehhe... Sagu delight atau ada orang panggil puding sagu atau mungkin ada nama-nama lain yang orang panggil. Terpulang... Sagu dimakan bersama gula melaka dan santan. Sangat sedap dan yang penting sangat mudah untuk dibuat.

Bahan-bahannya...

100g sago kecil
750ml air
santan cair
gula pasir
gula melaka
air
garam
1 batang kulit kayu manis

Cara-caranya...

* Rebus sagu dan kulit kayu manis bersama air dengan api sederhana besar. Kalau tak suka rasa kulit kayu manis, tak masukkan pun tak per. Masukkan garam sikit, secukup rasa. Kacau sehingga sagu bertukar translucent. Likat ala-ala gam gitu.

* Masukkan sagu yang dah dimasak tu ke dalam bekas-bekas kecil. So, senang nak makan.

* Sejukkan dalam peti ais.

* Untuk air gula; just masak gula melaka + gula pasir dengan air.

* Santan; tambahkan sedikit garam dalam santan.

Siap! Senang kan?

Bila nak makan, campurkan sedikit santan dan air gula kat sagu.

Sedaaaappppp!! Lebih-lebih lagi masa cuaca tengah panas ni dapat makan dessert sejuk memang nyaman.

Selamat mencuba!



*juliet le sweetheart : suka jugak masukkan sagu dalam pengat



4 comments :

DiLLaiLa said...

baca entry akak ni tetibe rasa nak makan bubur sum-sum..owh tidak...owh tidakkk..

*juliet le sweetheart said...

bubur sumsum pun sedap jugak. nak buat pun senang... meh ler hantar kat waterdale sikit... heheheheh...

O'gosh Iskandar said...

wow...mmg nak buat ni..tp apsal ntah macam x berani....kene cuba gak ni sebab sangat menggoda kalbu....huhuhu

Julie Mangsor said...

Sedap bila sejuk... terliur sudah... cuba ganti santan dengan susu cair. lagi sedap! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top