♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, April 10, 2010

[Day 4] Hari terakhir di Tasmania

Di Hobart, kitorang menginap di Hobart Apartment. Macam kat Lanceston dulu, kat Hobart ni pun apartmentnya selesa. Dua bilik lengkap dengan dapur. Cuma tak laratnya sebab apartment kitorang kat tingkat dua. Malasnya nak naik tangga. ;p

~Kitorang kat Hobart Apartment~

Destinasi pertama kitorang hari ni ialah ke Salamanca Market. Salamanca merupakan salah satu hotspot kat Hobart ni dan kebetulan kitorang tiba hari Sabtu dan hari Sabtu jer ada morning market ni.

Macam kat Melbourne jugak, market macam ni biasanya jual barang-barang seni dan kraftangan. Jom kiter tengok, apa yang ada kat Salamanca Market ni. Gambar sangat banyak... tengok jangan tak tengok! :)

~Boleh naik motor untuk pusing Hobart. Satu kepala aud$15. Berminat? Kitorang tak naik sebab baby Naufal tak boleh naik...tak der seat untuk Naufal~

~Welcome to Salamanca Market~

~Gelas dengan hasil tangan~

~Kemain lagi kakak Niesreena~

~Niesreena memang suka sangat main puzzle. Bila tengok kedai puzzle ni, laju jer Niesreena terpa!~

~Kitorang cuba jugak rasa fruit leathers ni. Sedap jugak. Kreatif betul diorang ni~

~Enche Neezamku sayang!~

~Jam tangan 'cokia' aud$10 pun ada dijual kat sini. Haa... macam-macam adaaaaa...~

~Ramai betul orang~

~Niesreena puas hati dan seronok sangat bila dapat belon bunga ni~

Pukul 1 kitorang berkumpul semula kat van sewa dan gerak pulak gi kilang coklat Cadbury. Tapi malangnya...

~Muka happy jer masing-masing. Dah bayang dah mesti menggunung coklat dalam kilang tu~

~Tapi... rupa-rupanya... kilang ni tutup hari Sabtu. Waaaaaa! Cedih!~

~Tak dapat nak bergambar kat dalam, kat luar pun jadilah... ~

Rosak satu program. Mulalah blur tak tau nak gi mana... Hahaha... Memang tak buat plan B pun. Akhirnya kitorang pusing-pusing Hobart jer.

Then singgah kat Royal Tasmanian Botanical Gardens. Lamalah jugak lepak kat sini. Nasib baik tempat ni cantik. Niesreena dan Naufal pun enjoy!

Pukul 3 kitorang gerak ke Hobart Airport. Flight balik ke Melbourne pukul 5 petang. Semua orang kepenatan... Tapi seronok! Empat hari yang menyeronokkan. Dapat luangkan masa dengan famili dan kengkawan. Memang best!

Entah bilalah nak jejak bumi Tasmania lagi. Atau mungkin... tak kan sampai dah... cukuplah...

Bye bye Tasmania!


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top