♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, September 13, 2008

Tesselaar Tulips Festival '08

Akhirnya hari yang dirancang-rancang setelah sekian lama tiba juga... Excursion bersempena kedatangan spring ke Tesselaar Tulips Festival. Alhamdulillah, akhirnya tahun ni dapat jugak kitorang ke sana. Tahun lepas tak berkesempatan nak join kengkawan yang pergi sebab kitorang balik ke Malaysia. Dan setiap tahun, festival ni memang bertembung dengan bulan Ramadhan...

Excursion kali ni memang ramai giler. 16 kereta kesemuanya dari Desa Bundoora. Full! Dasat woooo... Kitorang tiba di Tesselar Tulips Festival ni <> pukul 10 pagi.

Korang nak tau tak? Aku tak sangka Neezam rupanya ada buat blind date untuk berjumpa kat festival ni. Tak sangka sungguh laki ku itew! Siap pakai baju sama lagi. Masa tengah beratur beli tiket, tiba-tiba jer betina tu datang dengan selamba kodognya. Tensi aku... Dah tu sajer jer datang dekat-dekat nak meleseh-leseh dengan aku. Mau jer aku sepak! Anjing betul! Muka bukan lawa pun... Sungguh tak lawa... korang nak tengok gambar betina tu?

~Itu dia! Baju sama dengan laki aku tuuuuu...~

Huhuhu... jangan marah arrrr korang... Tolonglah weh... superdog ni... Tak pasal-pasal semua orang yang tengah beratur beli tiket tu tergelak-gelak sakan. Superman and superdog... kebetulan sungguh!!! Anjing tu tak der baju lain ke nak pakai ek? Huhuhu...

Ok, stop citer pasal anjing! Aku nak citer pasal tulip sebenarnya ni! Tapi serius... kalau korang ada pada masa dan ketika itew mesti korang pun tak tahan nak gelak. ;p

Ok berbalik semula ke tulip... Tesselaar Tulip ni memang diadakan sepanjang tahun pada pertengahan bulan September ke pertengahan Oktober. Pada masa ni adalah musim bunga tulip sedang berkembang. Barulah aku tahu yang tulip ni sebenarnya berasal daripada negara Holland sebab tu semua pekerja berpakaian baju tradisional Holland *lelaki bersongkok dan berseluar tinggi sampai ke atas pusat, dan perempuan macam gambar kat tin susu dutch lady tu...* dan begitu jugak hiasan-hiasan sekitar kawasan festival, konon-konon macam kat Holland lah. Ada kincir angin, clogs, and of course a lots kind of tulips. Macam-macam bentuk dan warna ada. Tersangatlah cantiknya! Kawasan festival sangat terbentang luas. Puaslah jugak nak berjalan. Lebih-lebih lagi masa puasa ni. Fenat ler jugak!

~Mari lentok-lentok!~

~Tesselaar Tulip Festival '08~

~Niesreena teruja tengok banyak bunga :D~

~She's really enjoying the day!~

~Niesreena & mama kat tulip oren~

~Niesreena dikelilingi lautan bunga~

~Niesreena & ayah kat tulip pink~

~My big family~

~Lepax kat kincir angin jap~

~Desa Bundooran next top models~

~Tidak!!! Superman mengganas!~

~Lupa plak nama bunga ni~

~Cantik tulip pink ni dan juga model itew... huhuhu...~

~Empat dara pingitan... hehehe...~

~Ayah kat tulip merah~

~Introducing... Holland Idol judges... huhuhu...~

~Posing ala manja gituuuu~

Penat-penat pun, kitorang sangat berpuas hati... Walaupun banyak jugak bunga masih tidak berkembang masa tu tapi memang puas hatilah! Ni lah first time dalam hidup aku tengok bunga tulip hidup. Segar bugar lagi atas tanah. Best... best... Sebelum ni selalu tengok tulip plastik jer... :p

Alang-alang dah sampai ke area Dandenong ni, petang tu kitorang ke Emerald Lake Park. Kat sana ada the famous Puffing Billy railway. Ketapi ni adalah keretapi enjin antik macam zaman dolu-dolu tu... yang siap keluar asap coot-coot tu... hehehe... tapi kitorang tak sempat nak naik puffing billy sebab nak mengejarkan wantu berbuka. Kalau ada rezeki, may be lain kali... So, sempat tengok jer lah macam mana rupa puffing billy tu... Tapi kitorang sempat gi tengok model keretapi kecik. Sangat best dan menakjubkan! Macam manalah pakcik tu boleh bina model yang secomel itu. Lengkap dengan segala macam benda yang kite tak terfikir. Very creative!

~Belakang kitorang tulah puffing billy. Siap boleh juntai kaki kat tingkap lagi~

~Model kawasan keretapi~

~Bagi cannnnn... Ayah Niesreena & Zulfa~

Lepas solat asar, kitorang terus shoot ke Malaysian Hall. Ni lah first time kitorang gi berbuka kat sana dan yang bestnya Malaysian Hall ada buka tapak pasar Ramadhan. Walaupun tak sebesar dan semeriah yang ada kat Malaysia, tapi suasananya tetap best. Macam-macam ada; nasi kerabu, dadih, kuih-muih tradisional, taufufa, macam-macam lagi... Ni lah pasar Ramadhan pertama aku pergi tahun ni. Huhuhuhu... sangat teruja ok! ;p

~Pasar Ramadhan @ Malaysian Hall~

~Kaki-kaki borong dari Desa Bundoora~

~Niesreena kepenatan sebab sehari suntuk berjalan~

Aaaarrrrggghhh penat... memang hari yang memenatkan, tapi banyak pengalaman yang kitorang dapat hari ni. Niesreena pun seronok sepanjang hari! Insya Allah kalau ada rezeki, tahun depan boleh gi lagi!

:: More pictures @ Julie's Fotopages ::


*juliet le sweetheart : 7 days to go! Yey!


4 comments :

lindahpadlee said...

allo..allo...dah pegi ek festival tulip..wah aku plan nak gi time raya ni..chantek2 gambo ekoni..nampak live sangat bunga2..kin sebab warna dia kut..

*juliet le sweetheart said...

Lindah, memang banyak sangat bunga tulip cantik-cantik warnanya. Striking pun ada. Gi lah... tak rugi... memang best!

Zai said...

JUlie, bawak mesia satu ..:P

*juliet le sweetheart said...

Hehehhe... Zai, tak tau lah lepas kastam ke tak nanti... ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top