♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, April 9, 2010

[Day 3] Bye Launceston, hi Hobart!

Dua malam kat Launceston memang best. Hari ni kitorang akan bertolak ke Hobart pulak. Hobart adalah ibu negeri Tasmania dan terletak kat selatan pulau Tasmania ni.

Sebelum bertolak meninggalkan tempat kediaman kitorang ni, acara wajib, mesti tangkap gambar! Lebih-lebih lagi sekitar tempat kitorang tinggal ni memang cantik sangat kawasan dia.

~Niesreena dengan baju favorite dia; Niesreena suka warnanya pink dan ada gambar Dora the explorer yang tertepek kat baju tu~

~Belakang tu apartment paling kanan yang kitorang sewa~

~De Khairuns di depan bangunan lobi Alanvale Apartment, Launceston~

~Kitorang lagi!~

Perjalanan kitorang ke Hobart menyusuri jalan persisir pantai. So, perjalanan mengambil masa lebih lama kalau nak dibandingkan lalu jalan darat atau tengah.

Perjalanan menyusuri tepi pantai memang best sebab nampak laut terbentang luas dan sangat cantik. Lebih kurang dua jam perjalanan dari Launceston, kitorang berhenti kat Bicheno. Bicheno ni terkenal dengan pantai dia yang cantik dan keunikan batu-batu merah dia kat tepi pantai yang juga dikenali sebagai red rocks.

Then kitorang sambung perjalanan lagi ke Friendly beach kat Wineglass Bay pulak untuk lunch dan solat. Wineglass bay ni kononya mendapat nama sebab teluk ni berbentuk seperti bentuk wine glass. Ada banyak sangat kapal-kapal persendirian kat sini.

Tetiba tengah jalan, terjumpa orang jual apple. Dua puluh sen jer sebijik! Terkejut mr. driver! Terus tekan break emergency! Hahhahaha... tak der lah... bila nampak sign 'Apples 20c each', kitorang sempat tanya pendapat memasing, nak pusing ke tak? Nak ke tak? Nak ke tak? Adalah dalam 2 minit. Hahaha... Dan semua orang decided untuk pusing balik untuk dapatkan apple 20 sen tu!

~20 sen jer!~

~Epalnya pun memang segar dan ranggup! Tak cayer? Tanyer Niesreena~

~Penuh satu lori!~

Bila sampai Hobart, hari dah gelap. Kitorang sempat singgah tangkap gambar Tasman Bridge yang fofular ni. Tu pun tak boleh nak tepek muka kat dalam gambar sebab dah gelap gulita. So, kitorang decided untuk balik hotel jer... berehat... esok jalan lagi! Final day!

~The Tasman Bridge~

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top