♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, February 21, 2010

[Day Five] Phillip Island

Hari kelima!

Hari ni kitorang gi jalan jauh sikit. Kitorang gi...

Phillip Island

Lebih kurang pukul 10.30 pagi *dah tersasar dari waktu yang dijadualkan, sebenarnya...* kitorang bertolak dari Waterdale. Kitorang gi naik ferari merah kitorang, manakala kengkawan yang lain sewa mpv. Perjalanan ke Phillip Island mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Desinasi pertama...

Phillip Island Chocolate Factory

Kat sini ada jual banyak jenis Belgium coklat. Katanya ada lebih kurang 190 perisa coklat kat sini. Diorang siap bagi free tester lagi. Tu yang best tu. Hahaha... Dan coklat-coklat kat sini semuanya halal sebab diorang guna soy based emulsifier. Dengar kata jugak, owner chocolate factory ni berasal dari Malaysia. Hmmmm... mungkin jugak... sebab kat cafe dia siap ada jual rendang lagi.

Destinasi seterusnya...

Esplanade - Cowes

Kat sini kitorang berhenti untuk lunch dan solat. Pemandangan kat sini sangat cantik sebab mengadap pantai yang cantik. Cuaca pun best! Memang sesuai untuk picnic!

Destinasi seterusnya...

Phillip Island Wildlife Park

Kitorang bawak tetamu-tetamu dari Malaysia ke sini untuk memperkenalkan diorang dengan binatang-binatang Australia. Apa lagi kalau bukan kanggaroo, wallaby, koala, kookaburra, wombat dan tasmanian devil. Hmmm... ada tak yang tertinggal? Tu jer kot. Tapi selain binatang-binatang tu, ada banyak lagi binatang-binatang lain kat wildlife park ni.

Kat sini memang banyak sangat kanggaroo. Kanggaroo-kanggaroo ni dilepaskan bersepah-sepah jer sekitar kawasan ni dan memang jinak. Pengunjung-pengunjung diberi peluang bagi makan kat kanggaroo-kanggaroo ni.

Aku tak sangka Niesreena berani bagi makan kat wallaby dan kanggaroo. Siap suap dengan tangan lagi. Selamba jer Niesreena. Aku mula-mula pun takut, tapi Niesreena relax jer.

Destinasi seterusnya...

The Nobbies

Tarikan kat The Nobbies ni ialah pemandangan persisir pantai dia yang cantik. Tempat ni macam Great Ocean Road; tepi laut dan ada batu besar. Cumanya kat Great Ocean Road ada 8 batu besar *12 Apostles* tapi kat The Nobbies ni ada satu jer batu besar tu dan batu tu lah yang digelar The Nobbies.

~Batu besar kat sebelah kiri tu lah yang digelar The Nobbies~

Atas The Nobbies ni merupakan sarang koloni burung-burung laut macam seagal dan sekitar kawasan The Nobbies ni jugak merupakan tempat seal atau anjing laut lepak-lepak. Tapi mungkin tak der rezeki atau bukan musim dia, so, kitorang tak nampak sekor pun seal. Kat atas kawasan bukit, sepanjang laluan broadwalk tu terdapat banyak sarang-sarang penguin. So, nampaklah lima enam ekor penguin, tapi bukan dalam sarang, tapi kat bawah laluan tu. Comel sangat!

Warna air laut kat sini sangat cantik, hijau kebiruan dan sangat sangat jernih. Mesti airnya pun sejuk dan nyaman. Ombak punyalah kuat. Sesekali ombak menghempas batu, terbentuklah buih-buih putih yang sangat cantik. Subhanallah... cantik sangat! Terasa lapang sangat bila tengok keindahan alam ciptaan Allah swt...

Dan destinasi terakhir kitorang ialah...

Phillip Island Penguin Parade

Kat sini, kiter boleh tengok penguin-penguin balik ke sarang. Tapi sayangnya kat sini, diorang tak benarkan pengunjung tangkap gambar. So, bergambar kat luar jer lah. So, gambar-gambar di bawah ni aku googled untuk tatapan korang, pembaca blog aku ni. So, dapatlah korang bayangkan apa yang aku citer.

Kat sini, diorang sediakan tempat duduk bertingkat. Macam kat stadium, tapi kat tepi pantai. Duduklah kat situ sampai cuaca gelap sebab penguin-penguin ni akan naik darat bila dah gelap. Kat tepi pantai, ada banyak sangat seagal. Yang kelakarnya, tetiba jer ada 2 ekor bangau terbang kejar sekor seagal ni, betul-betul depan tempat orang ramai duduk. Apa lagi... semua orang keluarkan bunyi, "aaaaa..." pastu semua gelak. Hmmm... mesti seagal yang kena kejar tu dah buat bangau-bangau tu marah. Tu yang kena kejar tu kan... Hehehhe...

Lebih kurang pukul 9.15 malam, mulalah nampak penguin-penguin mendarat. Memula sikit jer; 4 ekor, 6 ekor, boleh kiralah... semua berkumpulan. Pastu makin lama, makin banyak. Sampai tak terkira! Banyak sangat! Pastu penguin-penguin tu terkedek-kedek jalan kat tepi pantai menuju ke sarang. Comeeeelllll!

Bila penguin-penguin dah semakin banyak, kitorang pun gerak naik ikut penguin-penguin tu. Tengoklah diorang cari sarang masing-masing. Hmmmm... banyak sangat penguin. Paling banyak pernah aku tengok! Yang cuteya, ada sekor penguin ni, chubby sangat. Pastu jalan terkedek-kedek macam tak larat jer. Bila penat, dia berhenti jalan dan terus terbaring. Kejap tu sambung jalan lagi. Comel! Yang kesiannya, rumah dia jauh sangat. Sampai ke atas kitorang follow, tapi tak jumpa-jumpa gak rumah dia. :)

Sebelum meninggalkan tempat ni, kitorang sempat beli black coffee. Keras punya! Mana tak nyer... aku dah ngantuk tak hengat punyer! Tapi tak berani nak tidur sebab takut enche Neezam terpengaruh. Hehehehhe... Dua jam nak balik Melbourne! So, dalam kereta aku layan boraklah dengan enche Neezam. Dekat-dekat nak sampai Bundoora aku memang tak larat sangat. Terlelap gak akhirnya. Celik-celik jer tengok dah sampai parking rumah. Tu pun rasa macam tak larat jer nak naik. Rasa macam nak tidur dalam kereta jer sampai esok pagi. Boleh? Hahaha...

Naik rumah, apa lagi, terus tidur lah... Tamatlah satu hari lagi yang memenatkan. Esok ke mana plak? Haaaa... tungguuuuulah cerita berikutnya yer! :)

2 comments :

cT zAiLeHa said...

wah! geng2 neezam semua ke sana tu ... mesti best kan jalan2 ...:P

*juliet le sweetheart said...

memang best! bila geng2 julie plak nak ke sini? zai, cuti awak kan ada 50 hari. meh habiskan cuti kat sini. lepak sini 2 bulan! jom!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top