♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, April 17, 2009

Dari Gippsland ke Mount Dandenong

Sebelum meninggalkan tuan rumah yang baik hati, Puan Lindah dan Encik Kamal serta baby comelnya, Nuha, sessi wajib mestilah sessi bergambar sakan. Tertogang tenggek semua bergambar. ;p Terutamanya aku! Muahahahhaha... Jangan marah...

Alang-alang dah sampai ke Gippsland, kitorang singgah ke Monash University yang terletak tak berapa jauh dari rumah Lindah. Selain kawasan uni, dapat gak kitorang tengok kesan kawasan bush fire yang berlaku beberapa bulan yang lepas. Masih terdapat banyak kesan-kesan pokok-pokok yang terbakar. Dari jauh boleh nampak bukit-bukit yang terbakar berwarna coklat. Haa... yang best... masa lalu kat satu kawasan ni, kitorang nampak sekumpulan wallabies kat atas satu bukit ni. Kitorang pun berhentilah tepi jalan untuk tengok diorang, diorang pun berhenti bergerak dan tinggikan leher tengok kitorang. Comel jer! Hehehhe...

Destinasi seterusnya ialah ke Mount Dandenong tapi on the way ke sana kitorang sempat singgah ke beberapa destinasi lain yang kebetulan memang satu jalan ke sana gak.

Memula kitorang singgah ke ladang Lavender. Kecik jer ladang lavender ni tapi best lah sebab boleh tengok pokok-pokok lavender dan barangan-barangan yang diperbuat daripada lavender ni. Kat sini kitorang sempat gak berehat dan pekena kopi dan hot choc.

Seterusnya kitorang singgah ke kedai buah-buahan plak. Macam-macam jenis buah-buahan segar yang ada dijual kat kedai ni. Kat sebelah kedai buah ni ada ladang epal pink lady. Punyalah lebat buah dia. Geram jer tengok.

Seterusnya barulah kitorang ke Mount Dendenong. Permandangan dari atas bukit ni, masya Allah... subhanallah... sangat cantik! Dari atas bukit ni boleh nampak bukan sajer Melbourne city, tapi jugak kawasan-kawasan sekitarnya, begitu jugak kawasan laut lepas. Memang cantik sangat!

Kitorang bertolak balik sebelum hari gelap. Sebelum balik ke Bundoora, kitorang dinner dulu kat Alamaro. Alamaro lagi?!!! Hehehehe... yup! Best! Macam biasalah menu aku mestilah steak deavole!



*juliet le sweetheart : penat seh! Tapi esok nak jalan lagi! Hehehhehe... best... best... best...



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top