♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, April 24, 2010

Tetamu dari Perth

Sejak hari Selasa yang lepas, rumah kitorang dimeriahkan dengan kehadiran kawan kitorang dari Perth. Kak Nina satu tempat kerja dengan Neezam, kat USIM dan sekarang ni sedang buat phD kat Perth. Kak Nina datang Melbourne sebab ada kerja kat Uni Melbourne. Sambil-sambil tu bawak famili dia jalan-jalan sekali.

Kitorang tak sempat nak bawa kak Nina dan familinya jalan jauh-jauh kat Melbourne ni sebab enche Neezam ada banyak kerja nak disiapkan dan baby Naufal pun demam ari tu kan. So, kak Nina bawak family dia pusing-pusing city jer. Sempat jugaklah enche Neezam bawak diorang ke DFO dan Smith Street.

Kak Nina kata Melbourne city best dan besar, jalan sehari tak habis pusing. Malam pun kat city masih happening lagi berbanding Perth. Lega jugak rasanya kak Nina cakap macam tu. Aku takut diorang boring jer. Hehehhe...

Niesreenalah paling seronok sepanjang diorang kat sini. Sebab... Niesreena ada kawan 24 jam! Anak kak Nina, Aniq. Asyik main jer lah diorang tu. Niesreena pun asyik panggil, "abang... abang...". Abang itu... Abang ini... Tidur pun lewat. Pagi-pagi bangun, cari abang dulu. Mulut pun bertambah-tambah becok.

Naufal pun seronok ada abang Aniq. Macam biasa, kalau tengok ada strangers kat rumah, Naufal akan perhati dulu. Then nak main sama-sama. Mengekor jer lah kemana ceruk pun kakak Niesreena dan abang Aniq pergi.

Malam ni diorang balik. Tadi enche Neezam hantar diorang ke airport. Sian tengok Niesreena, monyok jer. Pastu sibuk tanya, "abang gi mana? abang dah balik ke?". Hmmm... sekejap jer rasa 5 hari diorang kat sini.

Insya Allah, ada rezeki jumpa lagi! Kat Malaysia pulak lepas ni! :)


Friday, April 23, 2010

Lompat tikam

Murid-murid sekalian... hari ni cikgu nak ajar buat kuih lompat tikam, oz style ok. Cewah... hahahaha... poyolah! ;p

Sebenarnya kuih ni dah buat lama dah. Hari ni baru nak masukkan dalam blog. So, sesaper yang datang rumah hari ni, aku tak jamu kuih lompat tikam ni, jangan kata aku kedekut yer. Hehehhe...

Aku kenal kuih lompat tikam masa belajar kat UTM Skudai dulu. Masa bulan puasa. Tengok diorang jual kuih ni dalam bekas macam bekas tau foo fa tu kan. Cantik dan menarik jer. Berwarna-warni. Rupa cantik, rasa mesti sedap. Aku belilah satu. Dan ternyata... sedaaaap sangat!

Pada yang tak tahu, kuih lompat tikam ni kuih orang Kelantan. Tapi aku bukan orang Kelantan yer... :)

So kengkawan. Jom kiter belajar buat kuih lompat tikam ni yer...

Lompat tikam

Bahan-bahan

A : Pulut

1 cawan pulut, 1 cawan air, garam sikit dan pewarna. Untuk lompat tikam ni, biasanya orang gunakan pewarna warna merah. Tapi kat rumah tak der pewarna merah, aku letak kuning jer. Hmmm... jadilah pulut kuning plak.

B : Santan pekat

1500ml santan pekat, 80gm tepung beras dan garam secukup rasa.

C : Tepung hijau

100gm tepung beras, 100gm tepung pulut, 800ml santan cair, pewarna hijau dan garam sikit.

D : Air gula

1 buku gula melaka, setengah cawan gula pasir, dua cawan air dan sehelai daun pantan.


Cara-caranya

A : Pulut

Basuh beras pulut dan masukkan air, macam masak nasi. Masak guna microwave, high temperature selama 20 minit.

B : Santan pekat

Lebih kurang macam masak bubur sumsum. Campurkan semua bahan-bahan B. Masak atas stove dengan api kecil. Kena sentiasa kacau supaya adunan masak sekata. Bila adunan dan likat dan berkilat, bolehlah tutup api.

C : Tepung hijau

Campurkan semua bahan-bahan C. Masak atas stove dengan api kecil. Kena sentiasa kacau supaya adunan masak sekata. Bila adunan dan likat dan berkilat, bolehlah tutup api.

D : Air gula

Masak gula melaka dan gula pasir bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.

Aku suka simpan atau campur semua dalam satu bekas *kecuali air gula*, kemudian simpan dalam peti ais. Bagi sejuk dulu baru sedap!

Bila dah sejuk, barulah sedap dan nyaman bila dimakan.

Yummilicious!

Selamat mencuba!

Wednesday, April 21, 2010

Mohon doa buat baby Hannah

Pagi tadi aku terima satu e-mail ni... yang membuatkan kelopak air mata aku bergenang.

Dalam e-mail ni seorang ibu memohon bantuan untuk bayinya, Hannah, yang berusia tiga bulan yang sakit. Mula-mula baca, aku ingatkan ibu ni nak mintak bantuan kewangan. Rupanya-rupanya ibu ni hanya minta DOA jer dari semua. Hanya DOA... seikhlas dan semampu mungkin! Yang membuatkan aku tersentuh sangat... sedih...

Aku tak dapat bayangkan kalau aku kat tempat ibu ni. Mesti sedih sangat kan? Sedangkan kalau Niesreena dan Naufal demam pun aku dah sedih, cuak dan tak tentu arah, ni kan pulak kalau anak tu sakit. Macam-macam dugaan pulak tu yang menimpa bayi Hannah. Kesian sangat...

Apa-apa pun tu semua dugaan dari Allah swt dan setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku harap ibu Hannah sentiasa bersabar dan banyak-banyak berdoa. Semoga baby Hannah akan beransur sihat dan sempurna seperti setiap ibu impikan. Amin...

Aku bersyukur sangat dikurniakan Niesreena dan Naufal yang sangat sempurna dan sihat. Aku mohon semoga Allah swt sentiasa melindungi orang-orang yang kiter sayangi. Jauhikanlah mereka daripada segala penyakit dan bala bencana. Amin...

Dan alhamdulillah... malam tadi badan Naufal dah tak panas seperti malam-malam sebelum ni. Dah sembuh dari demam agaknya. Harap-harap tak naik lagilah temperature hari ni...

Aku dah forwardkan e-mail tu kat semua yahoogroups yang aku join. Dan kat sini, aku nak kongsikan e-mail tu dengan semua pembaca blog aku. Marilah kita sama-sama berdoa yang terbaik untuk baby Hannah dan semoga dikuatkan semangat ibu Hannah dan juga keluarga beliau.

* * * * *

MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA

KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak... tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan... kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu, emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat : Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. Teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk. Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad kanak-kanak tiba-tiba pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

back to top