♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, April 4, 2009

Santai

Hari ni memang plan tak masak tengahari sebab dah janji dengan Mila & Mahathir untuk pekena 'bontot' @k@ oxtail goreng kat Es Teller. So, kitorang pun breakfast ringan-ringan jer kat rumah. Memang simpan perut untuk makan tengahari.

Sementara nak menunggu tengahari, perut memang dah 'berkeriok' semacam dah. Nasib baik bila sampai Es Teller tak ramai customers. So, cepatlah dapat makanan.

Menu yummilicious hari ini; nasi pecal lele, nasi oxtail goreng, pecal vege, soda gembira, nasik uduk, dan semestinya Es Teller. Yummy... yummy... yummy!

~The yummilicious es teller~

~Pecel lele~

~Nasi uduk~

Hahahaha... sajer jer letak gambar yang menggiurkan & membangkitkan selera...

Kenyang sangat! Dan sangatlah berpuas hati dengan kelazatannya... Tak sia-sia berlapar dari pagi. Hehehehe... Mahathir yang tak pernah makan ekor pun *first time try ekor hari ni... percaya?* pun sangat berpuas hati. Semua licin!

Memandang cuaca pun baik hari ni *dan perut pun dah kenyang* kitorang pun bercadang untuk mengambil kesempatan ni gi ke Williams Town *lagi!*. Sajer jer lepak-lepak dan santai-santai release tension. Aku dan Neezam dah beberapa kali sampai kat Williams Town ni. Memang tak bosan memandangkan permandangan tepi pantainya yang cantik. Ditambah lagi dengan kehadiran burung-burung laut dan black swans. Memang tenang sangat! Niesreena pun seronok kejar burung-burung kat situ. Dan pada hujung minggu macam ni, ramai gak pengantin yang dok tangkap-tangkap gambar sekitar kawasan Williams Town ni.

Pukul 6 petang, kitorang berangkat pulang ke Desa Bundoora. 45 minit perjalanan.

Lepas maghrib, en. Din dan family datang memeriahkan teratak kitorang. Siap bawak yong tau foo lagi. Waaaaaa... sangatlah sedap. Kak Gee memanglah tersangat rajin. Dan kitorang memanglah tersangat rajin makan. Hehehe... Tima kasihlah kak Gee & en. Din :)


*juliet le sweetheart : malam tadi gi Alamaro tapi punyalah ramai orang. May be next Friday nak gi... sesaper nak ikut?


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top