Mak dan ayah tiba dari Malaysia pagi tadi menaiki Air Asia. Alhamdulillah, perjalanan smooth jer. Kat kastam pun lepas tanpa sebarang masalah.
Tak sempat sampai rumah lagi, enche' Neezam bawak mak dan ayah ke Savers. Gi shopping dulu! Beli baju-baju sejuk...
Niesreena punyalah seronok bila atok-atok Niesreena sampai. Terus ajak atok-atoknyer main. Tak macam dulu... Niesreena susah nak manja-manja. Sekarang ni terus jer bermanja. Teruja atok-atoknyer... :)
First day kat Melbourne, kitorang tak bawak mak ayah kemana-mana pun sebab tahu mak ayah mesti penat. Lebih-lebih lagi malam tadi dalam flight diorang tak buleh nak tidur.
Hmmmm... tadi PIL keluarkan ole-ole dari Malaysia; baju-baju raya kitorang, gaun untuk Niesreena & gelang untuk baby Naufal, butang baju melayu untuk enche' Neezam & untuk aku... jeng jeng jeng... crystal brooch! I loike! My favourite! Bertambahlah lagi koleksi brooch kristal aku. Tq mak! Suka sangat! :)
First time dan second time dapat brooch kristal ni pun MIL kasi gaks. Yang seterusnya barulah beli sendiri. Hehehe... takkan nak harapkan MIL bagi jer kan? ;p 'Si bongsu' ni pun pemberian dari MIL gaks. Suka! MIL aku ni memang penggemar barangan kristal, ada banyak sangat koleksi kristal dia. Bukan setakat brooch jer, ada gelang tangan, gelang kaki, rantai & cincin, dalam bermacam-macam warna dan bentuk. My MIL siap masuk paper Nanyang Siang Pau lagi sebab koleksi kristal dia yang banyak tu. Hehehe...
~My first crystal brooch from MIL in orange color. Kecik jer... comel...~
~Brooch ni FIL bagi masa my 28th birthday~
~Yang ini first time beli sendiri~
~Ni pun beli sendiri gaks. Suka sangat kombinasi warna ni. Tiru MIL punyer. ;p~
~Hadiah dari MIL lagi. Koleksi terbaru aku. Zig zag warna cekelat~
Kalau ada sesiapa yang berminat dengan brooch kristal macam ni, bleh lah order. Nanti kitorang boleh tolong tempahkan... :)
*juliet le sweetheart : masa belajar dulu, aku minat pakai gelang kristal bulat-bulat warna pink! Kristal pink untuk cinta! :)
1 comment :
wow! nice!
Post a Comment