♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, July 30, 2007

Dugaan demi dugaan

Petang tadi, kitorang dapat berita mengatakan abah aku accident. Ya Allah! Aku terkejut sangat! Rasa macam nak terbang jer balik ke Malaysia. Cuak, takut, risau… Macam-macam perasaan dan persoalan timbul sebab kitorang tak tau cerita lanjut. Adik call, just bagitau yang abah accident dan patah kaki. Adik dalam perjalanan balik ke KL. Adik nangis. Adik memang rapat dengan abah. Mesti dia sedih sangat.

Neezam cuba call mak dan rumah beberapa kali tapi tak berangkat membuatkan aku lagi risau. Marah pun ada, sebab mak atau Joy tak call kitorang pun untuk bagitau pasal berita ni. Lepas beberapa kali mencuba barulah dapat bercakap dengan mak. Mak terkejut sebab kitorang dapat tahu pasal benda ni. Rupa-rupanya mak cakap dengan Joy jangan bagitau aku dan adik pasal benda ni sebab tak nak kitorang risau. Tapi Joy bagitau gak kat adik dan adik pulak sampaikan kat kitorang kat sini. Kesian mak, tak pasal-pasal aku rasa marah kat mak sedangkan mak sebenarnya tak nak aku risau.

Kata mak, abah patah kaki kanan. Masa accident tu mak ada sekali dan alhamdulillah mak tak apa-apa, cuma luka ringan jer. Bersyukur sangat. Kaki abah pulak patah sebab terhempap motor. Sekarang nie abah warded kat HKL.

Tadi mak call aku lagi mengatakan abah akan berpindah ke wad kelas satu. So, comfortable sikit dan mak pun boleh stay malam untuk jaga abah. Aku pun dah dapat bercakap dengan abah. Lega dapat dengar suara abah, tapi suara abah lesu jer. Sempat jugak abah tanyer pasal cucu dia yang sorang ni walaupun tengah sakit-sakit.

Aku rasa sedih sangat sebab aku tak der di samping diorang ketika diorang dalam kesusahan. Kesian sangat kat mak. Mak mesti kelam kabut sekarang ni sebab urusan rumah yang tak jadi beli tu dan jugak abah. Nasib baik ada Joy dan adik.

Satu persatu ujian mak terima dalam beberapa minggu ni. Urusan rumah lagi. Rumah baru yang mak nak beli tu terpaksa dibatalkan sebab peguam bodoh yang kitorang ingatkan boleh diharap tu tak buat kerja. Akibatnya tuan rumah tak jadi jual rumah tu dan duit mak hangus macam tu jer. 16k pulak tu. Sekarang ni mak dan abah dalam proses nak saman peguam rumah kitorang tu melalui Bar Council dan tuntut semula gantirugi. Harap-harap semuanya berjaya.

Mak; kalau ada apa-apa benda yang berlaku dia memang suka cerita kat aku berbanding dengan kat adik atau Joy. Dulu, masa tinggal dengan mak, kitorang selalu bercerita sama-sama. Macam-macam cerita dan gossip. Even bila aku dah kahwin pun kitorang still hangat berborak. Kalau tak masa jumpa, mesti borak melalui talifon. Tapi bila aku dah jauh ni jarang sangatlah dapat cerita. Nak borak lama-lama kang costing plak. Kadang-kadang bila aku call, mak mesti tanya pasal keadaan aku, Neezam dan Niesreena; sehat ker? Niesreena dah pandai buat apa? Soalan yang sama setiap kali kitorang on-phone.

Cuma sekali tu lah mak msg aku, mintak aku call balik, ada benda mak nak cerita sebab mak susah hati. Pasal rumahlah. Terpaksa batal nak beli rumah tu sebab peguam bodoh tu. Muka nampak baik, lengkap bertudung litup, bertutup lengan, tapi makan duit haram. Tak buat kerja dan tak nak pulangkan semula yang dah dibayar. Kurang ajar pulak tu. Mak risau sangat. Takut duit dia burn macam tu ajer. Duit titik peluh dia bekerja bertahun-tahun lamanya!

Ya Allah… Aku mohon semuanya selamat dan berjalanan dengan lancar. Aku harap abah dan mak tak apa-apa dan sembuh seperti sediakala. Aku jugak harap mak dapat balik duit titik peluh dia selama ni yang dah digunakan sebagai pendahuluan untuk beli rumah tu. Mungkin rumah tu bukan rezeki mak.

Aku harap mak, abah dan adik-adik aku tabah menghadapi dugaan yang Allah bagi ni. Kuatkanlah semangat diorang dan semangatku, Ya Allah…

Walau apapun aku bersyukur juga sebab Allah masih panjangkan usia abah dan mak. Tu lah benda yang paling aku takut…

2 comments :

MayaEnd said...

Julie, semoga tabah menghadapi dugaan yang datang bila kita berjauhan dengan keluarga…

Suziyanti said...

julie..semoga abah awak cepat sembuh & peguam bodoh cepat di saman plak! geram betul…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top