Dah 5 bulan rupanya kitorang kat Melbourne ni. Masa kitorang baru sampai kat sini, usia Niesreena baru 2 bulan. Lima bulan berlalu dengan cepat jer rasanya. Aku pun tak sangka aku dan Neezam mampu menjaga Niesreena sepanjang kitorang kat sini. Walaupun kengkadang ada juga kitorang ‘teraniya’ Niesreena tapi alhamdulillah setakat ni Niesreena sehat walafiat. Akal dia pun makin panjang. Kengkadang tu tak sempat kitorang nak menyakat dia, dia pulak yang menyakat kitorang dulu. Huhuhuhuhu…
Sejak beberapa minggu yang lepas jugak kitorang dah mula bagi Niesreena makan rice cereal dan custard, makan 2 kali sehari, pagi dan malam. Niesreena pun nampak berselera jer makan. Sebelum ni, sejak usia dia 4 bulan, aku hanya bagi Niesreena makan Heinz vege puree dan fruit puree jer dan makan sekali jer sehari. Sajer jer kenalkan Niesreena dengan solid food lambat-lambat sebab makin lambat baby makan solid food lebih baik sebenarnya. Sebab tahap allergy baby terhadap makanan akan lebih berkurangan. Tu yang aku baca dalam buku lah. Sebab tu tak elok kalau bagi baby makan solid food sebelum usia dia menjangkau 4 bulan dan keatas.
Ada kengkawan aku kata, kalau bagi baby makan lambat, nanti baby tak semangat, kurus dan kecik jer. Nampak gayanya aku terpaksa tolak bulat-bulat kata-kata tu sebab walaupun Niesreena mula makan lambat tapi badan dia memang semangat, sebab Niesreena kuat minum susu. Masa usia Niesreena 6 bulan, berat badan Niesreena 9 kg. Sekarang ntah berapa pulak, kitorang tak sempat nak timbang lagi.
Sebenarnya ibu-ibu nie cepat bagi baby makan terutamanya sebelum usia 4 bulan sebab nak bagi baby cepat kenyang dan tak asyik menangis jer nak susu terutamanya pada waktu malam. Alahai kengkawan… ingat tau, nanti takut baby tak dapat nak digest makanan tu elok-elok so tak elok untuk perut baby dalam jangka masa panjang nanti. Hmmm… macam berpengalaman jer aku bercakap ek. Semua yang aku bagitau ni bukan sekadar pengalaman tau tapi aku rujuk buku. Buku yang hari-hari aku baca >> What to expect first year. Buku ni bagus untuk ibu-ibu yang baru beranak macam aku nie.
Alhamdulillah, Niesreena suka makan rice cereal yang baru kitorang kenalkan kat dia. Tapi Niesreena tak suka makan rice cereal dengan susu, nanti dia luek dan tak makan. Niesreena suka makan rice cereal dicampur dengan vege atau fruit puree.
Aku suka waktu bagi Niesreena makan. Rasa seronok tengok dia makan. Hehehehhehe… Kengkadang tu tak sempat aku nak suap, Niesreena dan menganga-nganga dah. Dah macam anak burung plak aku tengok. Kalau lambat suapkan makanan, Niesreena akan marah. Bila dia marah akan keluar bunyi marah dan muka dia yang macam geram-geram jer. Kelakar betul. Tapi paling gelihati biler Niesreena tertidur waktu makan. Mata kuyu, sayup-sayup jer tapi nganga jugak bila aku suap. Hehehehehe…
Sejak makan 2 kali sehari ni, Niesreena dah kurang minum susu. Hanya 18oz jer waktu siang dan 18oz jugak waktu malam. Aku pun dah dapat tidur malam dengan selesa sebab Niesreena dah kurang bangun untuk menyusu waktu malam.
Setakat nie Niesreena masih lagi vegetarian. Aku tak kenalkan Niesreena dengan daging-daging atau ikan lagi. Sebab semua makan Niesreena aku beli yang dah siap jer. Tinggal bancuh jer. Thanks to Heinz. Senang!!! Mungkin nanti balik Malaysia boleh mintak tolong mak dan mak mertuaku ajar aku untuk sediakan makanan Niesreena. Home made nyer bubur yer.
Ada banyak lagi gambar terkini Niesreena kat fotopages aku. Jom singgah!
K lah, sampai sini dulu. Chow chin chow…
6 comments :
nisreena ni makin cute la..geramnye..rase nk cubit jek pp tu.. :)
someynya...dia....sikit lagi niesreena nak merangkak lah ni.....dah angkat punggung dia...kak julie still lagi letak niesreena atas katil lagi ke?
kalau tidur, atas katillah... takut jugak... sebab dah pandai gerak ni kan. takut jatuh
wah, nisreena dah nak merangkak yer, bapa kg skang dia ni very the tembam ler, nanti dah lasak sket aihhh..kuruih ler lps ni cutie :)
mama reena: reena tak pnh cucur rambut dia ker, sgt cantik ler rambut dia , my doter kene cukur ler sbb my mother bising kene buang gak rambut dlm perut, bila dah buang lmbt tul nak kuar rambut dia, skang dia sib baik dah naik gak la halus je cam bulu jagung, sekali tgk cam baby boy je, kalau tak buang sure cantik cam rambut reena kan, muahssss aunty sue cyg cket yer
Niesreena tak pernah cukur. Masa majlis cukur jambul dia dulu, just gunting sikit-sikit jer rambutnya. Lagipun my parents and fil pun tak kesah kalau tak cukur. :)
Post a Comment