Inilah antara menu Niesreena hari-hari; Heinz cereal and vege puree and custard. Niesreena makan 2 kali sehari; sekali pagi dan sekali malam dan biasanya menyusu 4 - 5 kali sehari. Alhamdulillah, sejak bagi solid food waktu malam, Niesreena jarang terjaga malam macam dulu. Semenjak Niesreena masuk 4 bulan kitorang hanya bagi Niesreena makan pagi je, tu pun hanya bagi vege puree jer, tak bagi cereal, tapi sejak masuk usia Niesreena 6 bulan kitorang dah bagi Niesreena makan 2 kali sehari.
Niesreena tak suka makan rice cereal yang plain atau dicampur dengan susu, nanti dia luek dan tak makan. Niesreena suka makan rice cereal dicampur dengan vege atau fruit puree. Bau makanan nie pun sedap, lebih-lebih lagi custard, lagilah tambah selera Niesreena untuk makan.
Kalau waktu Niesreena main-main atau duduk dalam walker, kitorang bagi Niesreena 'teething rusks' untuk Niesreena gigit-gigit. Mula-mula dulu Niesreena suka, tapi nampak gayanya sekarang Niesreena dah bosan. Siap campak-campak lagi. Nanti mama cari rusk perisa lain plak ye sayang...
Setakat nie Niesreena masih lagi vegetarian. Aku tak kenalkan Niesreena dengan daging-daging atau ikan lagi. Sebab semua makan Niesreena aku beli yang dah siap jer. Tinggal bancuh jer. Thanks to Heinz. Senang!!! Mungkin nanti balik Malaysia boleh mintak tolong mak dan mak mertuaku ajar aku untuk sediakan makanan Niesreena. Home made nyer bubur yer. :)
5 comments :
amboi byknya stock makanan niesreena, lisya pun sue start bagi mkn puree hienze since dia 4 bln, kat sini susah la nak cari puree vege yg ada buah, kasi puree saja dia tak nak kalau + susu yumeeeeeee dia suka sgt maybe masam sgt kut, la ni sue dah kasi lisya mkn bubur nasi+carrot+ayam/daging/ikan tapi kalau nak mkn ttp kene + ngan susu, puree pun su dah wat sendiri sng dan jimat , nuat byk2 simpan dlm peti sejuk tmpt beku leh tahan 2 minggu bila nak mkn panaskan je, cereal dulu sue kasi nutrikids skang tukar nestle since byk dpt semple dari paed dia, dia pun suka tapi kene campur puree+susu, pelik la suma nak mkn campur susu, tapi baca dlm pama bagus kalau baby suka mkn makanan yg bercampur susu.
niesreena minum s-26 gold jugak ke tapi the next step bkn ke promile gold
Kat Malaysia dengan kat sini punya susu labelnya lain sikit. Kalau kat sini step 2 'Progress' kalau kat M'sia 'Promile' lah kot...
yum..yum..bestnye byk choices.kt mesia xbyk sgt.aleeya pon mamam processed food yg lm bottle tu..setiap hari kena bg satu at least.aleeya paling suke macaroni+cheese, vanilla custard n summer gel..hehe..dh tliur dh nie.
mama nisreena bole bg poridge plus carrot@potato ker..tp beras kena blend bg halus dulu la..sng sket nk telan..hehe
thanx for the tips. nanti bolehlah i cuba ")
Post a Comment