♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, April 24, 2006

Maksud Allah siapalah yang tahu

*Sengaja aku copy tajuk post aku ni dari blog Zai.

Malam tadi, 24hb April, aku dan Neezam bertolak dari Segamat balik ke Nilai. Kitorang memang suka gunakan jalan lama daripada gunakan highway. Bukan sebab sekadar nak save budget tapi sejarah Neezam dua kali dia accident kat highway yang menyebabkan dia prefer menggunakan jalan lama.

Kitorang bertolak lebih kurang pukul 10.30 malam dari Segamat. Neezam bawak keter laju. Kengkadang aku kecut perut gak. Tapi aku yakin dengan dia. Beberapa kali aku terlelap sebab mengantuk. Sedaya aku nak tahan tak nak tertidur, nak temankan Neezam, tapi kengkadang tu terlelap gak. Cian Neezam pandu sesorang.

Pukul 12 tengah malam, kitorang melepasi Tampin. Sempat aku minum air susu kotak sebelum aku kembali terlelap.

Tetiba… Pop! Satu bunyi kuat mengejutkan aku. Aku terjaga dan tengok cermin keter depan retak seribu! Ya Allah! Aku terkejut sangat! Neezam pun terkejut. Nasib baik Neezam still boleh maintain driving dan kitorang berhenti kat tepi jalan. Cepat-cepat Neezam suruh aku kuar dari keter sebab takut cermin pecah dan jatuh berderai.

Dari luar keter aku dapat dengar bunyi cermin cracking. Crack… crack… crack… Dalam masa tu aku masih terkejut dan mamai gak sebenarnyer. Aper yang tengah terjadi ni? Waaaaa… sedih betul! Aku harap sangat yang aku sedang bermimpi. Ya Allah! Kenapalah kau berikan dugaan macam ni pada kami? Aku konfius! Mati kutu! Terkejut! Aku tak tau aper yang patut aku buat waktu tu. Neezam call ayah, bagitau kejadian yang berlaku. Mungkin ada batu yang terkener cermin keter yang menyebabkan cermin cracking. Ayah kata, kalau crack sampai tak nampak jalan, terpaksa pecahkan jer. So, Neezam pecahkan cermin keter tu perlahan-lahan guna stering lock. Habis cermin jatuh berderai memenuhi keter. Lepas bersihkan serpihan-serpihan kaca, baru kitorang teruskan perjalanan perlahan-lahan.

Dalam perjalanan balik tu, aku asyik bertanya kat Neezam, “kenapalah jadi macam ni? Kenapa tuhan bagi kiter dugaan macam ni?” Aku sedih betul! Tapi Neezam kata, dia masih bersyukur sebab kitorang selamat, tak cedera pun. Aku bangga tengok Neezam. Dalam keadaan macam tu dia masih boleh maintain selamba, redha jer, cakap ngan ayah pun masih boleh gelak-gelak lagi, nampak tabah betul. Aku? Sedih giler! Tapi aku tahu, disebalik hati Neezam, mesti dia sedih walaupun dia redha dengan aper yang jadi.

Pagi tadi, aku bangun jer dari tidur, aku selak langsir bilik tidur aku. Tengok keter. Aku harap sangat aper yang terjadi tu hanya mimpi. But reality is reality. Cermin keter Honda City Neezam memang pecah. Aku baring balik. Sedih dengan aper yang terjadi. Aku tanyer Neezam lagi, “kenapalah jadi macam ni? Kenapa tuhan bagi kiter dugaan macam ni?” Kata Neezam, mungkin sumer ni adalah dugaan Allah. Ada rahmat disebalik kejadian yang Allah bagi. Allah bagi dugaan ni dan nak tengok sejauh mana kite boleh terima. Sepatutnyer aku bersyukur, sebab kitorang masih selamat. Aku dan Neezam tak cedera pun. Cuba kalau cermin tu terus pecah berderai. Mesti teruk. Kata Neezam, jangan persoalkan aper yang Allah beri. Mesti ada rahmat disebalik aper yang berlaku. Atau sumer ni adalah balasan daripada Allah s.w.t atas dosa-dosa kiter yang lepas. Cash! So kurang sikit dosa nak dihitung kat akhirat nanti. Hmmm… mungkin betul aper yang Neezam cakap tu. Aku sepatutnyer terima aper yang berlaku ni. Dugaan? Atau balasan? Jangan persoalkan. Aku kener terima dengan redha.

Aku teringat dengan cerita dari blog Zai, tentang raja alim dan raja zalim. Kenapa Allah menolong raja zalim ketika raja tu sakit? Dan membiarkan raja alim ketika raja tu sakit.

Tuhan pun berfirman,

"Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya.Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!

Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia!"

Aku petik dari blog Zai.

Banyak pengajaran yang aku dapat daripada cerita tu. Dan di kala ni, aku bersyukur sangat sebab kitorang masih selamat tanpa sebarang luka pun. Tu baru dugaan kecik yang Allah bagi.

Sesungguhnyer, maksud Allah siapalah yang tahu…

5 comments :

Khairunneezam aka laki kau said...

DOA BAGUS:
YA ALLAH, KAMI REDHA KAU SEBAGAI TUHAN KAMI,
DAN ISLAM SEBAGAI AGAMA KAMI,
DAN MUHAMMAD SAW SEBAGAI NABI DAN RASUL KAMI…

Juliet Le Sweetheart said...

Ye... tq abang...

Aini said...

sabar yer…bile Tuhan beri dugaan, bererti Dia sayangkan kite. da ganti cermin? pasni cuba pasang cermin yg double layer. mahal skit tp kualiti bagus. pastu bile renew car insurans nanti,include claim for windscreen. additional premium rm80, kalau tak silap laa.ok,senyum² slalu yer,ibu ngandung takleh risau…

Zai said...

Julie,
Janganlah sedih ek, apa yang dah jadi tu jadilah. Saya pun bila baca kisah yang saya letak dalam blog tu, saya rasa ok sikit. Yelah kita ni manusia biasa, selalu rasa tertekan dan marah bila ada sesuatu yg berlaku bukan atas kehendak kita. Semoga Julie lebih sabar dan bertenang ..hehehe.. ibu mengandung tak boleh tension2 tau … Take care!!

Juliet Le Sweetheart said...

TQ atas nasihat korang semua... barulah rasa lega sikit... :)

back to top