♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, April 3, 2006

Ke klinik gigi jua aku akhirnyer

Seperti yang pernah aku ceritakan dalam blog aku yang lepas, aku sekarang ni tengah menderita…. Uhuk uhuk uhuk… Menderita sangat… Menderita menanggung cakit gigi…

Seperti mana ikrar dan janji (cewah! Seperti yang aku ceritakan dalam blog aku yang lepas) yang doctor tu suruh aku buat untuk diri sendiri; dia nak aku jumpa doctor gigi selepas 5 hari aku jumpa dia. So, hari ni aku telah menjejakkan kaki aku ke klinik gigi dengan penuh debaran di dada.

Pukul 8 pagi lagi aku dah sampai kat klinik gigi tu. Tak lah ramai sangat orang pun. Lepas urusan pendaftaran, aku diminta duduk kat tempat menunggu sementara nombor aku naik.

Ya Allah… takutlah plak. Dada pun berdebar-debar jer. Masa tu perut aku ni mulalah buat hal. Memulas-mulas cakit peyut. Bukan aper… aku memang macam ni. Biler aku berada dalam keadaan gubra, perut aku ni automatically akan sakit tahap gaban. Ngengada jer ek?

Sementara aku dok menunggu, aku terdengar bunyi-bunyi yang mengilukan. Tidaaaaakkkkk!!! Takutnyerrrrr… Aku terdengar bunyi mesin tampal gigi. Ya Allah… ngilunyerrrrrr… Takutnyerrrrr… Aku tak senang duduk betul waktu tu. Nak jer aku keluar balik, tapi nasib baik ada mak yang berjaya jugak glued aku supaya terus stay kat saner. Hmmm… Makin seram jadinyer biler tengok muka nurse-nurse kat situ yang lupa cara nak senyum. Muka memasing macam singa betina. Toloooonggglah senyum skit… Lokek betul!

Ting tong ting tong… Ramai aku tengok orang keluar masuk bilik doctor tu. Yang kuar sumer ada kapas kat mulut. Haiiiii… seram… Tangan aku mula sejuk. Tetiba nombor aku plak naik. Waaaaaa… takut…

Masuk bilik doctor, nurse suruh aku baring. Memula doctor tu tanyer aper masalah aku. Pastu dia pun suruh aku nganga. Ntah aper bahasa kod diorang guna. Tapi yang aku dapat tangkap ialah ‘sound’ maksudnyer gigi aku tu ok, ‘missing’ maksudnyer rongak, hehehehhehe, dan ‘re-do’ maksudnyer something have to be re-done lah tu kot. Makin berdebar dada aku biler aku dengar 3 kali doctor tu sebut ‘re-do’. Waaaaa… biaq betui…?

Selesai doctor tu check, dia kata ada 3 gigi yang kener tampal. Satu kener buat tampal besar lah jugak. Banyaknyer kener tampal. Dada aku bertambahlahhhh berdebar, perut aku pun tambah memulas. Takutnyerrrrr… Walau bagaimanapun aku rasa legalah jugak sebab sekadar tampal jer, tak perlu cabut. Dan aku rasa bertambah lega lepas doctor tu kata akan bagi aku appointment date. Maksudnyer tak buat hari ni. Yahoooooo!!!! Lega betullll…

So, doctor tu bagi pada aku appointment date. Lambat gilos tarikh appoinmentnyer; 28hb Jun 2006, tiga bulan lagi. Ramai sangat ker orang ada masalah gigi? Hmmm… tak perlah… yang penting sekarang ni aku ada masa 3 bulan tempoh bertenang sebelum gigi aku direnovatekan. Hehehehhehehe… ;p

* * * * *

I was at Mc Donald’s the other day and there was an older couple in front of me in line to order. They ordered one Big Mac, one large French fry, and one large coke with two cups. They went and sat down. I ordered my meal and sat behind them. I noticed the man cutting the Big Mac in half, count the fries, one for each until they each had exactly half, and pour exactly half the coke in the extra cup. I thought this was odd. I asked the couple if I could please buy them another meal, thinking they couldn’t afford this. The man said "Thank you for the offer, but we’ve been married a long time and we always share everything 50/50." So I began to eat my meal and continued to watch the couple. The man was eating his half of the meal while the woman sat and watched him. I asked her why she wasn’t eating her food and she said "Honey, it’s poppa’s turn with the dentures."

2 comments :

Khairunneezam aka laki kau said...

apelah sakit gigi laks…
tulah, orang dah banyak kali ajar, gosok gigi setiap kali bangun tido dan nak gi tido… ni tak, asyik terlupa aje! habehlah, rongaklah gigi sayang nanti!!!

Juliet Le Sweetheart said...

Eeeeeeee… jahatnyer… sayang gosok gigi naaaa… Tak baik buat fitnah kat blog sayang tau!

back to top