بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Hari ni kitorang ke Cyberjaya. Collect running kit enche Neezam... and myself!
Fuhh!
First time nak join lari ni. Nervous den.
Ni pun sebab kengkawan dah berkali-kali ajak. So sempena 2020 ni, kiter ikutlah jugak. Huhuhu...
Aloha Run - siap dapat kalung bunga lagi.
Lepas collect running kit memasing, enche Neezam bawak gi lunch kat Bawal Power dekat-dekat sini jugak. Ada banyak jenis ikan bakar kat sini. Tapi favorite aku tetap ikan pari dan enche Neezam sotong. Bawal power jugak tak ambik. Rugi... rugi...
Oklah... sedap jugak. Tapi aku rasa kat kedai Sotong Giant Kota Warisan lagi sedap. Ikan bakar kat sana panas-panas lagi. Yang kat sini sebab dia dah bakar awal-awal so ikan dia sejuk.
Enche Neezam kata esok nak lari, so malam ni jangan makan nasi. So, makan betul-betul tengahari ni.
Esok enche Neezam join half marathon 21km kat F1 Sepang. Aku pulak... ehem... 3km jer kat Dpulze Cyberjaya. Oklah... 3km untuk first timer kan. Esok esok kiter pergilah long distance lagi...
No comments :
Post a Comment