♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, February 23, 2020

My first fun run - Aloha Run 2020

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

New milestone in my life! Dah nak menginjak ke 40 tahun baru sibuk nak join fun run kan. Orang lain lama dah join lari-lari ni. Tak perlah kan... Better late than never. Betui dak?

Actually kengkawan dah lama ajak fun run ni. Tapi aku rasa macam malas jer. Tetiba last year terbuka hati pulak. Pastu kengkawan ajak 3km jer kan. So, kiter cubalah!

Bila dah register, barulah ada semangat dan rajin nak ikut enche Neezam gi jogging pepagi hujung minggu. Kalau tak, aku ni tak habis-habis fikir nak buat kerja rumah, itu ini tak habis-habis lah!

So kali ni, betul-betul jadi. Ok lah... 3km for beginner. Esok-esok kiter tambahlah mileage lagi kan.

Hari ni gak enche Neezam masuk half marathon 21km kat F1 Sepang. Dekat jer dengan rumah. Lebih kurang jam 3 pagi enche Neezam dah keluar rumah sebab flag off pukul 4.30 pagi.

Aku lepas subuh baru gerak ke Dpulze dari rumah. Sampai kat sana lebih kurang pukul 6.45 pagi. Dah ramai dah orang berkumpul. Nasib baik ada parking cantik lagi. Dekat betul dengan starting line. Alhamdulillah...

Punyalah ramai orang kat sana. Sempat jugak kitorang join zumba. Ni pun first time gak zumba kat public. Selalunya zumba dengan kengkawan kat tempat tertutup. Tapi dah kat tempat public ni tak der lah nak terkinja-kinja sangat. Segan weh.

Kitorang flag off pukul 7.30 pagi.

Kitorang ni memula jer jalan sama-sama... yer jalan... huhuhu... pastu memasing hilang. Ada yang dah lari ke depan, ada yang tertinggal kat belakang. Aku pun kejap jalan, kejap kang lari. Tapi memang banyak berjalanlah. Dah tu ramai yang berjalan. Nak lari pun susah. Ceh alasan... Huhuhu...

Alhamdulillah... aku tamatkan 'larian' aku dalam masa 30 minit. 1km, 10 minit... lama kemain kan... pace tak payah tau lah kan... huhu...

Kengkawan hari ni; Madi, kak Saba, Najwa, Fata dan Jira. Uollss are awesome! Thanks for the first experienced!

Next time kiter ajak satu opis join. Huhuhu...

At the same time... eh no no... not at the same time sebab tadi masa aku baru nak start pukul 7.30 pagi, enche Neezam call, dia kata dia dah habis HM dia. Awal gilos!

Fun run is actually yes really fun... walk... huhuhu... Insya Allah ada rezeki kiter join lain.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top