♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, February 16, 2020

Lari-lari manja!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Lama pulak rasa tak update blog. Sibuk dengan benda lain. Benda kat office. Lagipun macam tak der benda nak update. Life is so boring lately. Buat benda yang sama jer hari-hari. Tak der yang menarik. Huhuhu...

So, hari ni updatelah sikit apa yang ada.

Alhamdulillah... sejak beberapa bulan ni, kalau ada kesempatan aku akan ikut enche Neezam gi jogging di hujung minggu. Paksa diri sebenarnya. Sebab insya Allah minggu depan nak gi fun run dengan kengkawan. Nanti takut tak larat plak nak lari. Kena tinggal plak. So, kenalah praktis dulu.

Nama jer gi jog dengan enche Neezam. Tapi lari asing-asing. Aku tak larat ikut rentak enche Neezam. Laju dan reti nak berjalan. Dulu enche Neezam ikut gak aku 1 km pertama. Pastu dia tinggalkan aku. Tapi sekarang ni... pandai-pandai kaulah... huhu...

It's ok... aku enjoy jer jalan sorang-sorang. Jalan kejap, lari kejap.... eh tak... Jalan lama, lari kejap... huhu... Kalau enche Neezam ascot, dia tak kasi jalan. Suruh lari walaupun perlahan. Tak larat aku weh.

Biasanya kitorang jog kat tasik Kota Serimas. Best kat sini. Orang tak berapa ramai dan ada pokok-pokok sikit. Reduplah sikit. Selamat kulit hakak. Huhu...

Dan biasanya aku akan lari tiga pusingan tasik jer. So dapatlah 3.3 km. Tapi sebab enche Neezam cabar aku suruh buat 5 km tadi, aku pun pusinglah 5 pusingan tasik. Dapatlah 6km hari ni. Penat weh!

Dah habis lari, aku tunggu enche Neezam jap. Dia lari memang lebih dari 10km. Tak berhenti punya hokey. Bukan kaleng-kaleng.

Lencun orang tua ni. Dia gi lari ke, gi mandi ntah.

Ni kira dating berdua lah kejap. Anak-anak tinggal kat rumah. Kalau nak bawak bebudak, memang tak dapat larilah jawabnyer. Huhu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top