♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, February 8, 2020

Reunion STS 2020

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni enche Neezam jemput kengkawan dia yang sama-sama belajar di Sekolah Menengah Tinggi Segamat dulu. Riuh rumah. Alhamdulillah... seronok memasing.

Makan-makan kali ni aku tak masak pun sebab tak berapa sihat sangat. Ni first time tau buat makan-makan kat rumah yang aku tak masak. Biasanya memang wajib masak. Kali ni enche Neezam order nasi minyak jer. Kengkawan enche Neezam pun masing-masing bawak makanan. Banyaklah makanannya.

Ini kengkawan sama sekolah dulu. Ada ramai lagi yang belum datang masa ni.

Haaa... siap bawak kek birthday untuk sambut birthday kengkawan yang lahir bulan Februari, termasuklah enche Neezam. Cantikkan keknya...

Seronok tengok diorang berkumpul, berborak dan mengimbas kenangan zaman persekolahan dulu. Tak kurang jugak membawang pasal banyak benda. Huhuhu...

Dari siang membawak ke malam uollsss...

Thank you Emi dan Shikin yang tolong mengemas sampai ke malam. Appreciate sangat. Insya Allah ada rezeki kiter berkumpul lagi hokey!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top