♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, February 6, 2020

Enche Neezam 40th Birthday celebration

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Akhirnya... enche Neezam dah menginjak ke usia 40 tahun. Fuh... tua dah! Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah... dipanjangkan usia hingga ke hari ni.

Dah masuk 40 series ni, aku fikir nak lah buat celebration yang best sikit buat enche Neezam. Pastu nak update kat blog ni. Wajib! Biar dia ingat... huhuhu... jangan dia pergi join lari pulak masa birthday aku nanti, macam tahun lepas. Hampeh betul!

So, aku ambik halfday hari ni. Enche Neezam tak tau. Komplot dengan puteri aku, Niesreena. Pukul 2 petang ambik Niesreena kat sekolah dan terus ke Aeon. Ingat nak cari belon ke hapa kan. Tapi ehemmm... belon birthday yang cantik-cantik, yang ada tulisan dan ucapan customized, pastu dalam belon ada belon kecik-kecik tu... ehemmm... mahal rupanya. Aku fikir, daripada beli belon mahal-mahal. Baik aku bagi barang mahal. Huhuhu... Akulah yang fikir macam ni. Kot korang rasa berbaloi, then on special day sekali sekala... apa salahnya kan. So, cancel belon.

Cari hadiah birthday... kat Aeon, macam tak der yang berkenan pulak. So, lepas lunch, kitorang ke Mitsui Outlet. Ya Allah! Ramainya pelancong China. Naik seram pulak aku jadinya. Dahlah kitorang tak pakai mask. Aku cakap dengan Niesreena, kiter tuju kat tempat yang kita aim jer. Cepat-cepat nak beli, cepat balik. Takut...

Masuk Nike, pastu ke Puma dan Adidas. Pastu masuk balik ke Nike. Berkenan dengan baju lari ni. Sesuailah untuk enche Neezam, walaupun dia banyak baju lari. Tapi semua baju lari dia lengan pendek. Badan dia pun dah naik berbelang dah sebab terbakar. So, aku belikan dia 2 pasang baju lari lengan panjang. Hmmmm... harap-harap dia suka.

Settle hadiah, kitorang gi cari kek pulak kat Secret Recipe. Pastu terus balik rumah. Dalam kepala ni dok fikir, manalah nak sorok kek ni. Kalau enche Neezam bukak peti ais, mesti kantoi ada kek. Tapi tak perlah... kalau kantoi redho jer lah... Tapi enche Neezam pun sebenarnya jarang bukak peti ais. So, doa jer lah dia tak bukak peti ais petang ni. Huhuhu...

Bila kitorang dah sampai rumah, enche Neezam whatsapp bagitau yang dia dah tempah restoran kegemaran dia untuk dinner malam ni. Terus kepala hotak aku fikir, kalau hantar kek ke kedai tu dulu bagus jugak. Mesti enche Neezam tak sangka dapat kek kan... Huhuhu...

So, terpaksalah keluar semula ke Kota Warisan, hantar kek pulak. Kebetulan masa hantar kek, chef atau owner kedai ada. Pakat dengan diorang nak surprise sikit untuk dinner malam ni. Heheheh... Ya Allah! Chef dan krew dia sangat welcoming. Terharu pulak rasa. Huhuhu...

So, balik rumah buat macam biasa. Konon-konon baru balik kerja. Tapi penatnya.... Allah jer tahu... Berpusing-pusing hari ni. Enche Neezam pun balik lambat macam biasa. Pukul 6 lebih baru sampai rumah.

So, lepas maghrib, terus siap-siap ke restoran kegemaran kitorang sekeluarga - El Boney Cafe kat Kota Warisan. Sampai-sampai tengok kemain ramai orang. Nasib baik dah reserved meja. Diorang sediakan special kemain pulak tu mejanya. Huhuhu... Siap tulis 'Happy Birthday' atas meja.

Aku siap tanya enche Neezam, "abang tempah bagitau nak sambut birthday ke?". Enche Neezam kata tak. Huhuhu... Terkejut dia... Tapi chef ada friend enche Neezam kat fb. So, aku cakap, mungkin chef tahu dari fb kot. Huhuhu... cover...

Maka dinnerlah kami macam biasa.

Beberapa minit lepas tu, tetiba lampu kedai tertutup dan chef and the crew menyanyikan lagi birthday untuk enche Neezam. Huhuhu...

Terkejut enche Neezam. Tetiba ada kek favorite dia. Enche Neezam ingatkan kedai yang sediakan. Kemain besar kek. Bila tengok atas kek tu tertulis 'Happy 40th Birthday, Ayah' enche Neezam terus tahu, tu kerja kitorang. Huhuhu...

Muka terkejut, tapi happy... So obvious, right? Huhuhuhu...

Alhamdulillah... surprise menjadi. Thanks sangat kat chef and crew kat El Boney Cafe. Sangat supportive dan friendly.

Balik tu... hulur hadiah birthdaylah pulak. Enche Neezam tak sangka ada hadiah. Ingatkan aku belanja makan jer. Huhuhu... Gigih cari merata ni tau...

Tapi hadiah birthday biasa-biasa jer lah. Ingatkan nak belikan Garmin running watch. Tapi... ehemmm... dah telan ribu tu... baik aku beli emas. Huhuhuhuhuhuhuhuhu... Sorry, husband...

Baju ni pun, alhamdulillah, enche Neezam suka.

Alhamdulillah... alhamdulillah... settled surprise birthday suami tercinta aku ni. Terharulah dia... Naufal pun surprise jugak. Sebab dia pun tak tau apa-apa. Aku komplot dengan kakak jer. Si Naufal ni selalu terlepas cakap. Tak boleh bawak komplot bersama. Takut kantoi.

Abang,

Hope you like the surprise. Tak der yang mewah ke hapa. Apa yang ada seadanya jer.
Mama dan our little Khairuns doakan abang dipanjangkan usia dan sentiasa dimurahkan rezeki, sihat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah swt dan para malaikat.
Ameen...

Happy 40th Birthday.

We love you so much!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top