♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, December 31, 2014

2014

Hari terakhir 2014.

Banyak kenangan suka duka sepanjang tahun ni - pada Malaysia, pada dunia dan pada aku personally.

Yang Best

Alhamdulillah... aku bersyukur sangat kehadrat Allah swt, tahun ni aku dan suami serta PIL berkesempatan menunaikan umrah. Dapat melihat kaabah depan mata adalah satu pengalaman yang terindah. Subhanallah...

Dapat solat 5 waktu serta solat-solat sunat di masjidil haram dan masjid Nabawi dan raudah! Subhanallah! Satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan.

Ya Allah... aku harap sangat dapat jejakkan kaki ke sana lagi. Amin!

Tahun ni jugak, ada rezeki lebih sikit. Kitorang tanam rumput kat rumah. Suka sangat! Gebus!

Pastu dapat beli meja makan dan sofa yang cun! Dah lama aku cari... akhirnya jumpa jugak! Hehehe...

Tahun ni pindah rumah lagi. Sebab rezeki enche Neezam dilantik menjadi pengetua kolej. So, kitorang terpaksalah berpindah ke rumah yang telah disediakan. Sayang nak tingkan rumah lama sebenarnya.

Tapi rumah lama tu, kitorang jadikan homestay!

Alhamdulillah... rezeki. Ramai yang telah menginap kat Khairuns Homestay D'Bestari.

Haaa! Kalau korang nak cari-cari homestay sekitar Nilai, Salak Tinggi atau Sepang, bolehlah contact kitorang yer. Hehehehe...

Bersempena dengan Hari Buruh. Enche Neezam dijemput ke TV Alhijrah untuk rancangan Assalamualaikum untuk bercakap tentang 'Bekerja adalah Ibadah'.

Hmmm... apa lagi yang best ek?

Oooo... yer... Dan yang best... tentulah sebab dapat handphone baru dari enche Neezam cayang cayang!

Iphone 6 plus! Suka sangat!

Ooooo... dan satu lagi berita gumbira...

Walaupun tahun ni, tak dapat tambah ahli keluarga baru. Insya Allah... tahun depan kitorang akan meraikan seorang lagi kehadiran baby baru. Alhamdulillah... memang happy sangat! Berita yang lamaaaaa sangat kitorang tunggu. Berkat doa dan kesabaran.

Tahniah pada yang berkenaan!

(^-^)

Yang tak Best!

Kepala Naufal kena jahit lagi. Kali kedua dalam hidup dia. Tahun 2013 jahit dagu, tahun 2014 jahit dahi. Haiiilah Naufal... Harap-harap tahun 2015 tak der yang nak dijahit lagi yer...

Pastu Naufal warded kat hospital pulak sebab demam panas. Meruntun jiwa betul...

Tahun ni jugak, 2 kali kereta comel kesayangan aku kena langgar. Sedih sangat. Dan fobia sangat! Sampai sekarang fobia tengok Vellfire warna hitam. Huhuhu... Apapun, pengalaman berdepan dengan road bully memang betul-betul jadi pengajaran.

Jalan-jalan

Tahun ni tak banyak berjalan. Enche Neezam sangat sibuk tahun ni. Sibuk sebab kerja. Apapun, enche Neezam sempat ke Korea dan Vietnam dan seluruh Malaysia atas urusan kerja. Hmmmm... bestnyer... kalaulah dapat ikut.

Tapi paling best of course masa gi umrah; Mekah dan Madinah.

Then bawak Niesreena dan Naufal pusing-pusing sekitar Malaysia jer. Alhamdulillah tahun ni berkesempatan bawak diorang ke

~Port Dickson~

Memang selalu ke sini sebab dekat dengan rumah. Niesreena dan Naufal pun suka main pasir pantai.

Pusing-pusing kat KLIA2, masa KLIA2 baru bukak ari tu.

~Kid'z Paradise, tempat favorite Niesreena dan Naufal~


~Putrajaya~

Selalu gak ke Putrajaya... dekat...

~Johor Baru~

~Legoland~

~Port Dickson lagi! Dan lagi!~

~Surprise trip ke Bayou Lagoon Resort, Melaka. Tahun ni 2 kali kitorang ke sini.~

~Karnival Upin dan Ipin, Putrajaya~

~Big Bad Wolf~

Niesreena dan Naufal excited giler tengok buku banyak giler!

Dan last sekali ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi masa musim cuti sekolah ni.

Tahun ni sempat 2 kali jer tengok movie. Bila dah ada anak-anak ni, pilihan movie tentulah kartun. Huhuhu...

~Big Hero 6~

~Penguins of Madagascar~

Dari segi kerjaya, aku macam biasa. Kerja keras untuk sales! Sales! Sales! Tahun ni memang teruk sikit. Harap-harap tahun depan lebih baik. Target is my target! Apapun... good news on next year increment. Yey! Enche Neezam pun terkujat. Huhuhu... Alhamdulillah...

Enche Neezam pun macam biasa... cemerlang! Job ceramah pun sana sini. Syukur sangat!

And his publications...

got few more... Hopefully, banyak lagi bakal keluar tahun 2015. Chaiyok, enche Neezam!

Alhamdulillah, Niesreena dan Naufal pun cemerlang kat sekolah masing-masing. Tapi masih perlu diperbaiki lagi.

Pada mata aku, 2014 bukanlah tahun terbaik buat Malaysia jugak. Banyak tragedi dan musibah yang menimpa. Dari MH370, MH17 dan yang terbaru QZ8501. Banyak misteri yang masih belum terungkai dalam ketiga-tiga kejadian yang melibatkan kapal terbang ni. Harap-harap cukuplah sampai takat ni. Janganlah ada yang hilang atau terhempas lagi...

Negara jugak dilanda kemarau dan jerebu yang teruk. Dan sekarang banjir dan ribut yang sangat luar biasa.

Aku harap, tahun 2015 membawa permulaan dan pengakhiran yang lebih baik lagi. Apapun, apa yang terjadi semuanya adalah peringatan daripada Allah swt. Sama-samalah kita muhasabah diri.

Banyak yang aku nak perbaiki untuk tahun yang mendatang. Semoga cita-cita akan mendorong kepada usaha yang kuat. Insya Allah...

Selamat tinggal 2014

Selamat datang 2015

Monday, December 29, 2014

Aaaa... sekolah tangguh...

Hmmmm... baru tadi TPM mengumumkan penangguhan sesi persekolah tahun 2015 seluruh Malaysia, akibat daripada bencana banjir yang melanda.

* * * * *

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).

Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

"Seperti semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

"Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

"Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu," katanya dalam satu kenyataan.

Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira:-

  • Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan 
  • Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Muhyiddin berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing.

Ini katanya, bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

-Sumber : Berita Harian

Hmmm... nampak gayanya kena tukar plan untuk minggu depan!

Cancel cuti 5hb! Request cuti 12hb!

Semoga Allah swt permudahkan urusan kita semua.

Amin...

Sunday, December 28, 2014

#prayforqz8501

سبحان الله

Terkejut bila dengar pesawat Air Asia hilang pagi ni!

Seriously?!

Memang tak percaya sangat, hingga betul-betul dengar kat berita pagi tadi.

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

Banyak betul dugaan untuk Malaysia tahun ni. Sedihnya...

Sehingga malam ni, masih tak dengar lagi tentang penemuan kapal terbang Air Asia tu. Tapi macam-macam spekulasi orang share kat fb - terhempas kat laut lah... mendarat kat pulau lah... Macam-macam! Biasalah... orang Malaysia ni memang ramai reporter tak bertauliah. Pastu citer tak sahih, dok share jer tanpa selidik betul ke tak!

Haiiissshhh!!!

Tetiba emo pulak!

Apapun, sama-samalah kiter doakan yang terbaik untuk semua penumpang dan anak kapal #airasia #qz8501

Semoga mereka semua ditemui dengan keadaan selamat.

Amin...

Friday, December 26, 2014

#prayforpantaitimur

"بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Selawat dan salam
ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad SAW
keluarga baginda dan para sahabat baginda...

Ya Allah
Ya Rahman, Ya Rahim
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz
Engkau lindungilah kedua ibu bapa kami
Adik beradik kami
Sanak saudara kami
Sahabat-sahabat kami
Dan semua penduduk yang terkena musibbah banjir ini...

Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir
Sesungguhnya kami semua hamba-hambaMu yang lemah
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu
Ya Malikul Mulk...

Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin
Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya
Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu
Ya Waaliy....

Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi
Kasihilah kami semua
Kami mohon kepadaMu
Redakanlah bencana ini
Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua
Ya Qowiy, Ya Qodir
Daripada perkara-perkara yang buruk...

Ya Allah
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami
Di atas segala dosa-dosa dan kelalaian kami kepadaMu...

Ya Allah, Ya Tawwab
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami
Ampunkanlah kami
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Ya Allah, Ya Hafidz
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu
Rahmatilah kami semua Ya Allah...

Ya Allah
Tiada tuhan melainkan Engkau
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruhMu

Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami...

آمين يا رب العالمين"

-writer unknown

Minta kongsikan doa ini. Semoga dengan keikhlasan hati kita, Allah SWT akan mengabulkan doa kita. Serta merahmati kita semua...

‪#‎prayforpantaitimur‬

‪#‎sharingiscaring‬

Bumi Segamat masih dilimpahi hujan yang lebat.

back to top