Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah... selamat sampai ke rumah setelah 2 hari 1 malam menghabiskan masa kat Bukit Tinggi, Pahang. First time kitorang ke sana... dan mungkin lepas ni, 10-15 tahun tak gi lagi kot. Huhuhu...
Vacation ke Bukit Tinggi ni, konon-kononnya bersempena dengan birthday Niesreena dan anniversary perkahwinan kitorang yang lepas. Lagipun, dah lama tak bercuti dengan suami dan anak-anak. Beberapa bulan ni enche Neezam sibuk dengan urusan kerja kat luar. So, percutian kali ni nak release tension dan relax-relax bersama keluarga.
Awal-awal lagi aku dah booking hotel kat Colmar Tropicale Bukit Tinggi. Tidur semalam kat sana.
Kitorang bertolak dari rumah lebih kurang pukul 9 pagi dan tiba kat Bukit Tinggi dalam pukul 10.30 pagi.
Nak masuk ke kawasan Berjaya Hills ni, kena bayaran masuk RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Bagi pengunjung yang menetap di hotel, bolehlah redeem balik duit bayaran masuk masa check-out nanti.
Destinasi pertama kitorang ialah ke Animal Farm. Bayaran masuk cuma RM3 seorang. Tak derlah animals sangat pun. Cuma ada arnab dan rusa jer. Banyak! Dan dibiarkan lepas...
Kemain peramah rusa-rusa kat sini. Yang kat gambar atas ni rusa yang cantik.
Kat sini pengunjung dibenarkan beri makanan pada binatang tapi makanan yang diorang sediakan. Satu plastik RM3. Makanannyer ciput jer. Mahal betul!
~Baca doa makan dulu yer~
~Cer cari benda tersembunyi~
~Taraaaaaa!!! Kiter selfie sikit yer~
Kat sini budak-budak boleh naik kuda padi gak. Kalau tak salah satu kepala cuma RM6 jer.
Destinasi seterusnya ialah ke Japanese Village. Punyalah penat menapak ke atas bukit.
Pemandangan bukit bukau dari sini memang cantik dan saujana mata memandang!
Kat sini terdapat rumah ala Jepun dan dekorasi taman pun ala-ala Japanese style. Memang cantik dan tenang jer...
Boleh jugak sewa kimono kat sini dengan harga RM20 seorang. Berdekatan dengan Japanese Garden ada Botanical Garden.
Kemudian, barulah kitorang gerak ke Colmar Tropicale. Jalan-jalan dan check-in hotel sekali. The best part ialah... aku boleh terserempak dengan mak abah aku yang dating berdua kat sini jugak! Huhuhu... kantoi! Sooooo sweet kan...
So... apa yang best kat Colmar Tropicale ni? Cuma bangunan hotel yang rekabentuknya ala-ala kat France gitu. Tak banyak pun... So, kitorang tidur kat dalam salah satu bangunan tu. Kat dalam bilik hotel pun hiasan ala-ala inggeris.
Pada waktu-waktu tertentu, akan ada pertunjukkan pentas. Sehari 3 kali.
Malam tu, ada Christmas Carol. Ada koir dok nyanyi-nyanyi lagi sempena krismas.
Lepas tu semua lampu dibuka.
Santa Claus dan Santarina pun ada. Diorang bagi gula-gula pada bebudak. Seronoklah Niesreena dan Naufal.
Ehem... enche Neezam pun tak kurang seronoknya....
So, malam tu, lepas persembahan, kitorang lepak-lepak, tengok lampu. Seronok gak. Cuaca dingin. Pemandangan menarik. Niesreena dan Naufal pun happy jer walaupun nampak penat.
Malam tu, tidur kat bilik yang sangat selesa dan dingin. Tilam yang luas dan bantal yang empuk. Syoknyer.... Huhuhu...
Keesokan harinya, lepas breakfast dan check-out, kitorang ke Selesa Hill Resort. Family enche Neezam yang lain dok kat sini. Niesreena dan Naufal nak mandi pool dengan sepupu diorang, Naylee.
Actually, kat Colmar pun ada swimming pool gak, tapi agak terhad/kecil dan ramai orang.
So, korang... Aku nak kongsi tips sikit kat sini, kalau korang bercadang nak ke Colmar Tropicale...
- Kalau korang dari Kuala Lumpur atau mana-mana perjalanan yang mengambil masa 1-2 jam, aku rasa tak perlulah bermalam kat sini. Mungkin boleh rancang perjalanan, sampai kat sini dalam pukul 10 atau 11 pagi. Sebelum pukul 3 korang dah boleh habis pusing Animal Farm, Japanese Garden, Botanical Garden dan Colmar Tropicale. Atau kalau nak rasa permandangan malam. Boleh datang dalam pukul 4 atau 5 petang dan stay sampai malam. Then boleh bergerak balik.
- Sila bawa bekal makanan dan minuman... sebab makan kat sini memang mahal. Even air minuman botol kecil pun sampai RM3 sebotol! Harga makanan lagilah... nasi goreng pun RM19.90 sepinggan. Atau korang boleh makan kat Gombak sebelum masuk lebuhraya Karak.
- Cuaca kat sini dingin tapi tak lah sejuk sangat. So, tak payahlah poyo-poyo nak bawak baju sejuk bagai... Huhuhu...
- Nak ke Japanese Garden, silalah bawa bekal air. Korang kena menapak tinggi naik bukit. Saper agak-agak tak larat tu, baik tunggu kat kereta jer. Tapi alang-alang dah sampai, rugi plak kalau tak nak naik.
Rasanya tu jer kot tips yang boleh aku kongsi. Overall, aktiviti kat sini, jalan-jalan tengok pemandangan dan ambil gambar kenangan. Ada beberapa lagi aktiviti kat sini - paint ball, kanopi jambatan gantung, rock climbing - semua aktiviti yang sesuai bagi mereka lasak dan tak der bawak anak-anak kecil.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah korang refer website diorang kat sini >> http://www.colmartropicale.com.my.
No comments :
Post a Comment