♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, August 29, 2014

Khairuns Homestay D'Bestari @ Sepang/Nilai

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat semua!

Akhirnya projek yang aku dan enche Neezam usahakan telah mula dipromosikan.

Inilah...

 Khairuns Homestay D'Bestari

Since kitorang tak tinggal kat rumah ni dan tak kan tinggal kat sini dalam beberapa tahun ni, Insya Allah, so kitorang decided untuk jadikan rumah kitorang ni sebagai homestay. Memula tu rasa macam sayang, sebab rumah baru. Tapi... dari dibiarkan kosong... biarlah ada penyeri sekali sekala, kan?

So, sesiapa yang berminat/mencari homestay di sekitar kawasan KLIA, KLIA 2, LCCT, USIM, Inti College, Nilai College, Manipal University, Sepang, Salak Tinggi, Nilai dan Nilai 3, Cyberjaya dan Putrajaya bolehlah contact kitorang.

Rumah ni terletak di Taman Desa Bestari, Kg Salak, Sepang.

Jarak ke lokasi yang berdekatan

** 8 km ke USIM & Bandar Baru Nilai
** 5 km ke Salak Tinggi
** 15 km ke LCCT
** 15 km ke Nilai 3
** 11/12 km ke KLIA2 / KLIA
** 25 km ke Cyberjaya
** 30km ke Putrajaya / Bangi
** 30-35 km ke Port Dickson / Bagan Lalang
** 40 km ke Banting

Rumah semi-D 1 1/2 tingkat, 3 bilik tidur dilengkapi dengan katil double bed, almari, kipas, lampu dan air-cond. 3 bilik air, satu mempunyai water heater.

Dapur dengan kelengkapan peti sejuk, cerek elektrik, pinggan mangkuk, peralatan dan dapur memasak. Ruang tamu dengan televisyen dan seterika. Kawasan luar yang selesa untuk bersantai. Ada rumput karpet gebusss boleh baring-baring. Hehe...

Kawasan rumah mempunyai pengawal keselamatan, berhampiran dengan surau dan taman permainan kanak-kanak, kedai/warung makan siang dan malam, kedai runcit, 99 speed-mart, klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta, stesyen minyak, kompleks sukan KLIA (bowling, badminton, snuker), Giant, Mydin, bank dan lain-lain.

Insya Allah... kalau ada rezeki, kitorang akan improvekan lagi rumah ni.

So, korang, kalau berminat nak stay kat sini, bolehlah hubungi aku atau suami yer.

019.2772.191 - Dr Neezam

Boleh juga hubungai kami melalui fb Khairuns Homestay D'Bestari di

https://www.facebook.com/khairunshomestaydbestari

Aku jugak sedang cuba membangunkan blog untuk homestay kitorang ni. Nanti singgahlah ke

http://khairunshomestay.blogspot.com/

Insya Allah... semuanya masih bertatih lagi. Kitorang baru nak mula, baru nak belajar-belajar.

Silalah bagi sokongan dan tunjuk ajar yer, kengkawan...

y(^^)y

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top