♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, January 16, 2014

Projek rumput karpet

Alhamdulillah... projek pasang karpet kat laman rumah dah siap sepenuhnya!

Peace yo!

Hehehe... Seronok tengok laman. Saujana mata memandang! Rasa nak guling-guling jer kat situ. Huhuhu...

Overall, projek ni memakan masa beberapa minggu jugak. Lamanya bukan apa, tapi sebab nak pastikan rumput-rumput liar kat laman tu mati sepenuhnya. So, memula ari tu diorang cuma datang untuk meracun rumput dulu.

Hari minggu yang lepas, barulah diorang datang dengan kerja-kerja seterusnya. Buang rumput-rumput mati, bersihkan tanah, gemburkan tanah, ratakan tanah, letak pasir dan tanam rumput.

Enche Neezam decide untuk tanam pokok ni; pokok sepit udang namanya. Enche Neezam kata, pokok ni senang nak jaga dan senang membiak. Bunga dia pun cantik tapi yang ni semua belum berbunga.

Hmmmm... yang pastinya, enche Neezam yang kena jaga dan belai pokok-pokok ni sebab enche Neezam tangan sejuk. Tanam apa insya Allah jadi. Tangan aku.... tangan panas... tanam apa semua mati... Huhuhu...

Rumput yang menjadi pilihan hati ialah rumput Taiwan gred A. Macam yang aku pernah cerita dalam post yang lepas, rumput hiasan ni ada macam-macam jenis. Dan tentulah kitorang pilih rumput yang terbaik!

Lepas ni, enche Sham, supplier rumput ni akan pantau perkembangan rumput-rumput ni dalam masa sebulan. Ada waranty sebulan! Harap-harap rumput-rumput ni akan tumbuh sehat dan menghijau dan gebu-gebu lah yer kat teratak patik ni. Lepas ni bolehlah main golf tepi rumah... Huhuhu...

Buat masa ni, alhamdulillah... memang berpuas hati dengan service yang diberikan. Rumput pun cantik.

So, korang... ada plan nak tanam rumput?

Ini supplier yang kitorang guna. Alhamdulillah... daripada yang enche Neezam dah survey-survey, supplier ni harga yang terbaik! Yang penting, senang contact...

Laman facebook enche Sham Laman Hijau ialah

www.facebook.com/shamlamanhijau

Bolehlah tengok service-service yang en Sham ni dah berikan. Nampak gayanya sampai ke Melaka.

Ini iklan tak berbayar tau... Komisyen pun tak der... Huhuhu... Ikhlas kongsi dengan korang...

Selamat merumput!

\(^^)/

9 comments :

Has Kamarudin said...

Assalamualaikum...sy nak tnya,berapa kos untuk laman luas mcm tu?

Julie Mangsor said...

W'salam Has. Kitorang tanam rumput Taiwan Gred A. Kos dalam 2.4k. Ada jenis rumput lebih mahal dan ada jugak lebih murah. Boleh check kat post saya http://julieluvneezam.blogspot.com/2013/12/next-houses-project.html
Kat gambar 1st tu ada harga untuk rumput lain jugak. :)

Norhayati Rajak said...

Tahniah.seronoknyer dpt laman hijau.kontraktor sham tu ambil brp utk kos sekali.brp yer luas laman Julie.

Julie Mangsor said...

Terima kasih, Norhayati. Untuk keluasan laman boleh rujuk di post saya http://julieluvneezam.blogspot.com/2013/12/next-houses-project.html sebab keluasan tak sama besar dan 2 petak berbeza. Harga mengikut jenis rumput pun ada kat post tu. :)

MumMe said...

salam blogwalking...mesti seronok anak2 berguling2 nanti...my kids suka sgt guling2 atas rumput stadium UKM...

Julie Mangsor said...

Salam MumMe... thanks for visiting! :) Rumput sekarang dah gebu... memang seronok dan sedap mata memandang...

Afiq Dean said...

Wah cantik rumput potong tu brand baik punya ni

cinet said...

Tgh pikir2 gak nak guna rumput aper..huhu thanks for sharing~ rumput sgt cantekkk.~~

salam singgah~~ ;)

jual token listrik online said...

Rumput sekarang dah gebu...
memang seronok dan sedap mata memandang...
kren gan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top