♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, February 9, 2014

Haaaiiiii lah Naufal... Jahit lagi...

Naufal... Naufal...

Sian baby mama.

:(

Petang semalam mula insiden yang mencemaskan.

Petang tu elok jer aku tengok enche Neezam dan Naufal main bola sepak kat laman rumah. Kejap enche Neezam masuk rumah dan bersiap-siap untuk ke surau untuk solat Asar. Naufal masih main bola lagi kat laman - sorang.

Tiba-tiba Naufal masuk rumah sambil menjerit dan menangis serta muka dia berlumuran darah! Ya Allah! Berderau darah aku tengok keadaan Naufal ketika tu. Cemas sangat!

Naufal terus memeluk aku. Aku terus dukung dia ke bilik air. Enche Neezam bersihkan muka Naufal yang berdarah-darah tu untuk kesan kat mana luka Naufal. Mengigil-gigil badan aku!

Besarnya koyak kat atas dahi!

Aku terus grab towel, grab tudung, naik kereta dan terus ke klinik dengan baju kitorang yang dipenuhi darah! Naufal masih menangis. Tapi lama kelamaan dia berhenti menangis dan mata dia tertutup. Aku jadi panik! Aku tak tau samada dia tertidur atau pengsan. Tapi bila aku panggil-panggil Naufal, dia mula menangis balik dan mengadu sakit. Enche Neezam bawak kereta laju giler. Semua kereta dia hon suruh ke tepi. Tak pernah aku tengok dia panik macam tu.

Sampai Klinik Hana, doktor kata dia tak boleh jahit. Nurse kat situ cuci luka Naufal sementara doktor sediakan surat untuk refer ke hospital. Nurse balut kepala Naufal. Then kitorang shoot pulak ke Nilai Medical Centre NCI

Sampai kat NCI, nurse terkejut tengok Naufal dan aku yang berdarah-darah. Terus dia bawa masuk ke bilik kecemasan. Sorang nurse buka balutan kepala Naufal dan bersihkan lagi luka yang masih berdarah. Sementara sorang nurse lagi jab lengan Naufal. Kata nurse, tu suntikan untuk elakkan kancing gigi atau sawan sebab kecederaan kat kepala.

Doktor tengok dan sahkan luka Naufal dalam hingga nampak ke tulang kepala atau tengkorak. Doktor suggest untuk buat x-ray sebelum jahit untuk pastikan tak der kecederaan dalaman dan kena pantau 24 hours kat hospital. So, maksudnya kena warded. Malangnya hospital kat sana penuh. Jadi doktor terpaksa refer kitorang ke hospital lain pulak. Doktor suggest kitorang pergi GH.

Doktor buat surat lagi dan luka Naufal dibersihkan lagi. Naufal nampak macam dah ok - dah tak nangis dan boleh senyum dah! Lega sikit aku tengok. Tapi banyak lagi benda yang membimbangkan aku dan enche Neezam.

Kitorang balik rumah dulu. Bersihkan Naufal, bersihkan diri aku yang berdarah-darah ni dan nak prepare barang-barang Naufal. Kot-kot kena warded.

Kat rumah, Naufal ceritakan macam mana dia jatuh. Kat longkang ni lah!

Naufal main bola, then bola jatuh dalam longkang. Longkang tak dalam - tak sampai sekaki pun. Naufal cangkung kat tepi longkang tu untuk ambil bola tu. Tapi mungkin sebab badan tak balance ke, tak stabil ke, Naufal stumble ke depan dan kepala Naufal terhantuk kat tepi longkang tu!

Sian Naufal :(

Enche Neezam buka balutan Naufal. Untuk periksa seteruk mana luka Naufal dan letak minyak gamat sikit. Memang besar luka dia. Sedihnya aku tengok... :(

Lepas mintak pandangan kawan-kawan samada untuk dapatkan nasihat hospital mana yang terbaik, diorang suggest untuk ikut nasihat doktor tadi - pergi GH. So, kitorang ke GH Seremban.

Alhamdulillah... nasib baik orang tak ramai sangat.

Lepas pemeriksaan kesihatan then tunggu lebih kurang sejam baru kitorang dipanggil masuk untuk jumpa doktor. Dr L muda berbangsa Cina. Dia buka balutan kat kepala Naufal dan tengok luka. Dia boleh kata. "Ooooo... tak dalam... nanti kite tampal je".

Apa! Tak dalam?!

Aku tak puas hati dengan kata-kata doktor tu dan explain kat doktor yang kitorang dah pergi jumpa 2 orang doktor sebelum dia dan doktor-doktor tu semua suggest untuk x-ray dan jahit. Then dia bawak aku dan Naufal jumpa sorang lagi doktor - Dr T. I guess he is her senior. Dr T tengok luka Naufal and also suggested untuk tampal jer. Aku tak puas hati... Tak puas hati sangat bila dia kata luka Naufal tu 'tak apa-apa'!

Macam tadi, aku explain kat Dr T suggestions doktor-doktor yang aku jumpa tadi. Kali ni aku speaking London dengan dia. Jangan dia ingat aku ni lekeh sangat. Then lepas tu barulah dia explain detail sikit kat aku.

Dia tak galakkan untuk x-ray sebab budak lagi tak elok untuk terdedah dengan radiasi. Sebab Naufal tak der muntah-muntah atau pengsan, so, diorang rasa tak der kecederaan kat dalam kepala. Tapi dalam masa 48 jam ni, diorang nak kitorang pantau dia dan jangan bagi dia tinggal sorang-sorang. But then, dia kata tampal dulu... Haaaiiissshhhh... geram betul!

Kemudian MA tolong bersihkan luka Naufal. Bila dia betul-betul dah bersihkan... dia kata... "Eh... dalam ni! Mana boleh tampal ni... Kena jahit!"

Haaa.... aku dah kata. Korang tak caya! Kang aku cakap lebih-lebih kang, korang ingat aku nak jadi doktor plak! MA tu panggil balik dua orang doktor tadi kat bilik tu, then doktor-doktor tu tengok memang luka Naufal dalam. Dr T suruh jahit dan mintak maaf sebab tak perasan yang lukanya sedalam tu tadi!

MA kasi Naufal ubat untuk Naufal tidur. Sebab kalau Naufal tak tidur, susah dia nak jahit. Lepas Naufal minum ubat, aku duduk dengan Naufal, peluk dia dan lebih kurang 10 minit macam tu, Naufal tidur. Siap berdengkur! Nyenyak sangatlah tu...

Naufal dapat 3 jahitan.

Lebih kurang pukul 1.30 pagi baru sampai rumah...

Penatnya rasa... Sedihnya rasa... Pilunya rasa...

Naufal... Naufal...

Jagalah diri baik-baik... Janganlah cuai sangat...

Ya Allah... Harap-harap Naufal ok lah... Sembuhkanlah Naufal...

Lindungilah anak-anakku Ya Allah.

Jauhikanlah Naufal dan Niesreena dari segala malapetaka, bahaya dan kesedihan, Ya Allah...

Terima kasih jugak pada kengkawan dan saudara-mara yang datang melawat Naufal kat hospital semalam, yang call, yang msg dan bagi nasihat dan pandangan. Thanks jugak tolong jaga Niesreena. Appreciate it so much!

Banyak benda yang aku belajar hari ni. Haaaiiisssshhhh... Dan satu benda penting yang aku kesalkan... yang aku asyik tangguh...

INSURANS!

2 comments :

afifah fazlin said...

Alahai naufal..ksiannya... ni melasak ni cm rayyan.. ritu bkn da bjahit gk ke kt dagu, sis? ape pon moga cpt sembuh ye.. -mamarayyan-

Julie Mangsor said...

Ha ah... tahun lepas dagu... tahun ni kepala plak... anak lelaki kan... macam ni lah. lasak... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top