♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, February 21, 2014

Mural on the wall

* * * * * *

Tak sampai setahun enche Neezam dilantik menjadi pengetua kolej kediaman luar USIM. Baru-baru ni enche Neezam menerima pula lantikan untuk kolej kediaman dalam di USIM. Alhamdulillah... rezeki... So, sejak hari Isnin yang lepas, enche Neezam dah mula bertugas di tempat baru.

Di kolej kediaman baru ni, enche Neezam diberikan sebuah rumah pengetua. So, terpaksalah kitorang berpindah ke sana dalam masa terdekat ni.

Masa enche Neezam menjadi pengetua di kolej kediaman luar dulu, rumah pengetua tak disediakan. Kitorang pun tak kesah sangat sebab memang selesa duduk kat rumah sendiri. Duit elaun rumah pun tak tolak dan duit api dan air pun pihak universiti bayar. Ok lah kan... La ni, dapat rumah, so, kiter pindah jer lah yer.

Kebetulan pulak construction kat belakang rumah pun baru jer bermula hari Isnin yang lepas. Diorang nak bina unit rumah semi D setingkat. Hmmm... ada yang berminat? Masih ada yang belum terjual katanya...

Cantiknya perjalanan yang Allah aturkan. Kan? Sebelum kitorang berperang dengan habuk dan debu serta bunyi bising sebab construction ni, kitorang dah diberikan tempat lain untuk sementara waktu ni. Alhamdulillah...

So, semalam enche Neezam dah dapat kunci rumah. Petang semalam lepas waktu kerja, kitorang pergilah tengok rumah.

Alhamdulillah, rumah ni besar dan Insya Allah selesa untuk kitorang duduk anak beranak. Banglo 2 tingkat ni ada 5 bilik, 5 bilik air, 2 hall, 1 dining area, 1 study area, 1 dapur basah, 1 dapur kering dan 1 laundry area. Rumah dah fully furnished dengan perabot-perabot asas rumah. Alhamdulillah... syukur...

Cumanya benda yang sangat-sangat aku kesalkan dengan rumah ni ialah keadaan dinding rumah yang sangat-sangat-sangat teruk! Setiap sudut dinding berconteng! Memang mengucap panjang aku tengok hasil kat dinding. Bukan setakat dalam bilik tapi kat living hall, dining hall, dalam master bedroom dan kat tangga pun berconteng! Nasib baik kat siling jer tak der. Haaaiiiissshhhh... aku dan enche Neezam mampu geleng kepala jer...

Pihak asrama ada bagitau enche Neezam, sebelum kitorang berpindah masuk, diorang akan tacap sikit-sikit dinding-dinding yang berconteng tu. Aku tak dapat bayang macam mana diorang nak tacap sikit-sikit sebab boleh dikatakan keseluruhan dinding memang berconteng.

Aku sempat cakap dengan enche Neezam, kalau pihak asrama tak mampu nak cat, aku nak buat amal jariah, tolong cat rumah tu. Kuar duit poket sendiri dan cat. Tak sanggup tengok dinding. Tak sanggup!

Niesreena dan Naufal pun hairan tengok dinding dan cakap jugak "teruknya dinding. Kenapa diorang conteng dinding, mama?" Hmmmm... entahlah... aku pun tak mampu nak jawab.

Tabiat menconteng dinding ni sebenarnya memang terjadi kat anak-anak. Tapi alhamdulillah, aku dan enche Neezam mampu didik Niesreena dan Naufal supaya tak menconteng dinding. Bukannya diorang tak pernah conteng - memang pernah!

Naufal dan Niesreena mula conteng dinding masa kitorang masih menyewa kat Nusari dulu. Masa tu Naufal baru 2 tahun lebih. Memang aku terkejut tengok Naufal dan Niesreena tengah conteng dinding - bulat-bulat besar kat dinding!

Apa yang aku dan enche Neezam buat?

Pertamanya, tentulah kena marah, kena bebel! Aku marah kat Niesreena dan Naufal dan bagitau kat diorang tabiat menconteng dinding ni tak elok. Kan boleh conteng kat kertas. Lagipun, masa tu kitorang duduk kat rumah sewa, jadi tak eloklah merosakkan harta benda orang yang dah diamanahkan pada kiter.

Then, aku dengan Niesreena dan Naufal sama-sama bersihkan dinding yang berconteng dengan air dan kain. Punyalah gonyoh dinding tu. Alhamdulillah... bersih.

Kalau tak boleh hilang, aku memang nekad akan cat balik dinding tu. Buat malu jer kalau tetamu, tuan rumah atau penghuni selepas kiter tengok kesan conteng kat dinding.

Tapi selepas daripada tu, diorang ADA menconteng dinding lagi... Of courselah, dah kena marah sekali memang tak pernah serik kan budak-budak. Kitorang marah diorang lagi... suruh bersihkan lagi!

Dan alhamdulillah... sampai sekarang, diorang tak menconteng dinding lagi! Dan yang penting diorang tahu yang menconteng dinding tu salah!

Orang kata, budak-budak conteng dinding tu minda dia kreatif! Tolonglah... aku tak boleh terima. Kreatif boleh diterjemahkan kat kertas bukan kat dinding. Jangan membolehkan anak buat benda yang sebenarnya salah. Kalau dibiarkan, tu yang menjadi-jadi. Bagi kertas atau buku atau bawak diorang main pasir ke tanah liat ke blocks ke apa-apa jer lah. Then you could see how creative they are in the right way!

Then sebelum kitorang pindah rumah dulu pun, kitorang pastikan rumah tu bersih. Tak der kesan conteng kat dinding, tak der benda yang rosak. Even enche Neezam cabut semula paku-paku kat dinding dan tampal balik dengan plaster siling.

Masa serah kunci rumah kat tuan rumah kat rumah sewa dulu, kitorang sempat jumpa dengan penyewa baru dan diorang amat gembira dengan keadaan rumah. Tak perlu nak bersihkan apa dah! Tak perlu nak cuci rumah! Boleh terus pindah jer.

Rezeki masing-masing kan?

Hmmmmm...

Honestly, malam tadi aku tak nyenyak tidur memikirkan pasal dinding rumah yang dah macam galeri seni tu.

Banyak jugak benda nak dibuat sebelum masuk ke rumah baru ni. Banyak benda nak dibersihkan dan diperbetulkan. Hhmmmm... yang penting... nak cat rumah! Harap-harap semuanya ok lah nanti.

Chaiyok!

2 comments :

cplud miera said...

Assalam sis julie. Ur husband pengetua kolej kediaman 1 di usim ye? sy pon staf usim jugak. terpikir2 td kt nilai sis duk mana. sy kt taman anggerik. salam perkenalan :)

Juliet Le Sweetheart said...

Salam Miera... Salam perkenalan. :)

Ye, husband pengetua KK1. So, buat masa ni duk rumah pengetua. Rumah kitorang dekat dengan RN Teguh sana. Kadang-kadang jer balik... :)

back to top