Sejak back for good dari Melbourne beberapa tahun lepas, kitorang dah berkira-kira nak ambil insurans - insurans kesihatan. Tapi atas beberapa faktor, plan ni tertangguh.
Beberapa bulan yang lepas, isu insurans ni timbul lagi. Ya, aku dan enche Neezam memang bercadang untuk membeli insurans terutamanya insurans untuk perlindungan dan masa depan anak-anak.
Tapi...
Plan asyik tertangguh! Nampak sangat kitorang ambil tak endah sangat...
Salah satu sebabnya ialah kitorang tak pernah ada keperluan untuk claim dari insurans. Dulu masa kat Melbourne, kitorang ada insurans. Memang wajib ada insurans! Dan memang berbaloi sebab setiap kali gi klinik, insurans akan bayar. Bila balik Malaysia, kitorang gi klinik panel. So, memang tak perlu bayar. Apa-apa kalau masuk hospital, boleh pakai GL. So, apa kerperluan untuk dapatkan insurans?!
Tapi...
Bila kejadian yang menimpa Naufal hujung minggu lepas. Aku baru sedar, betapa pentingnya ada insurans. Inilah namanya 'Sudah terhantuk baru tengadah'!
Masa hari Naufal cedera hari tu, kitorang terus ke klinik panel. Bukan sebab nak free ke hapa, tapi itu memang klinik yang kitorang biasa pergi dan yang penting paling dekat dengan rumah. Then disebabkan kat klinik tu doktor tak boleh nak jahit, kitorang terpaksa ke NCI private hospital.
Kitorang tak kesah kena bayar berapa. Asalkan Naufal ok. Kitorang pun mampu bayar kalau tak sampai berpuluh ribu. Ada simpanan untuk kecemasan. Kitorang agak-agak untuk suntikan tu mesti kena RM100 atau RM200 jer kot. Alhamdulillah... Naufal tak dikenakan apa-apa bayaran masa tu walaupun dapat satu suntikan. Thanks, NCI!
Sebelum ke GH malam tu, kitorang ada tanya kawan-kawan rates kalau kitorang gi private. Kalau setakat jahit dan x-ray mungkin makan ratus-ratus jer, tapi kalau kena warded memang makan ribu-ribu. Kitorang boleh bayar...
Tapi...
Kalau ada insurans, boleh direct terus gi hospital private - lebih cepat - lebih selesa. Tak perlu fikir berapa nak bayar ke hapa. Peace of mind! Semuanya akan jadi lebih mudah. Kan?
Atas nasihat kawan-kawan, kitorang gi GH - GH Seremban. Jauh gak dengan rumah. Kalau Naufal kena warded, kitorang akan pakai GL enche Neezam. Alhamdulillah... semua urusan kat GH smooth jugak. Naufal kena jahit dan dibenarkan balik. Kitorang tak perlu bayar apa-apa pun. Sesen pun tak! Alhamdulillah...
Apa-apapun... barulah kitorang sedar... betapa pentingnya insurans... memang penting!
Ni baru kena jahit sikit. Kalau ada keperluan yang lebih besar macam mana? Nauzubillah... mintak-mintak dijauhkan lah bencana ke apa kan... Tapi kita merancang, Allah yang menentukan. Baiklah sediakan payung sebelum hujan...
Sekarang ni aku sedang sibuk cari plan dan agen insurans mana yang terbaik untuk kitorang beli. Buat masa ni aku rasa Prudential BSN Takaful. Hmmm... ok tak? Kena survey-survey lagi... And hopefully dapat ejen yang baguslah...
So... korang-korang... dah beli insurans untuk diri sendiri dan keluarga?
Kepentingan Insurans Dalam Kehidupan Anda
Sumber sini.
Apa itu insurans? Insurans membawa maksud pemindahan risiko daripada seseorang individu seperti anda kepada syarikat insurans. Secara automatik, anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Setelah anda disahkan menjadi pemegang insurans, syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.
Sebelum anda membuat keputusan untuk menjadikan insurans sebagai perlindungan dalam kehidupan anda, pastikan anda menyenaraikan info-info penting terlebih dahulu sebelum anda menandatangani kontrak sebagai pemegang insurans.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan anda perlu mengambil insurans adalah seperti berikut:-
Perlindungan kewangan ketika anda hilang upaya
Jika anda seorang pencari nafkah dan malang tidak berbau anda kehilangan keupayaan untuk bekerja, insurans hayat membantu anda dari segi melindungi keperluan keluarga anda agar tidak terjejas.
Untuk pelan perubatan atau kesihatan
Pelan perubatan atau kesihatan memang sangat penting dalam kehidupan moden ini kerana ia dapat melindungi anda dari segi perbelanjaan di hospital sekiranya anda seorang yang memerlukan rawatan yang selesa dan servis yang baik. Kini, ramai orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan tetapi bagi seseorang yang bijak akan menggunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan.
Untuk pelan pendidikan anak-anak anda
Pelan pendidikan anak merupakan produk insurans hayat yang direka khas khusus sebagai satu cara menabung untuk menyediakan sejumlah wang apabila anak anda mencapai umur untuk memasuki kolej atau universiti (18 tahun dan ke atas). Dengan menyimpan dana untuk anak anda apabila sudah berusia 18 tahun boleh membiayai sebahagian daripada perbelanjaan pendidikan tinggi mereka.
Tabung persaraan
Setiap orang yang sudah bertahun-tahun bekerja mengharapkan sesuatu ganjaran setelah penat mencari duit, dengan adanya insurans hayat masa depan anda akan lebih terjamin dan membahagiakan anda dengan cara yang betul.
Perlindungan perniagaan keluarga
Sesetengah keluarga membuka perniagaan dan menginginkan perniagaan mereka akan diwarisi dari generasi ke generasi yang seterusnya. Jadi, dengan adanya insurans hayat ini dapat memastikan pengekalan pusaka keluarga.
Jadi, dalam kehidupan yang serba canggih ini anda perlu memiliki insurans agar kehidupan anda lebih terjamin dan mengurangkan bebanan kewangan anda.
Setuju?!
No comments :
Post a Comment