Salam hari Jumaat!
\(^^)/
Alhamdulillah... pagi ni berkesempatan breakfast dengan cayang-cayang aku. Favorite place kitorang untuk breakfast tentulah kat kedai Abang Adik kat Salak Tinggi. Kat sini macam-macam ado. Tapi dia punyer lontong sotong... perggghhhhh!!
Heavy breakfast kan... gamaknya tengahari ni, makan biskut cecah air suam kat office jer lah yer... Huhuhu...
Sempat selfie kat kedai ngan budak genggada; baby Naufal uchuk!
Oh ya... semalam sempat jugaklah kuar makan-makan bersempena dengan hari jadi enche Neezam. Tak der lah tempat high class ke hapa kan. Kat Nilai ni, mana nak cari tempat makan classy classy bagai. Ada Secret Recipy dah cukup bagus. Huhuhu...
Enche Neezam pilih kedai nasi Arab. So, kitorang makan nasi Arab jer malam tadi. Kat Dubai Tower. Bukan main kan nama... jangan konfius yer, kitorang tak terbang gi Dubai pun. Kat Nilai jer. Huhuhu...
Favorite aku, macam biasa, mandy lamb. Ye lah... selalu kambing tak mandi. Ni jumpa mandi punyer, memang favorite lah. Hahaha... Tapi malam tadi, kambing tak habis mandi lagi. Kena tunggu 40 minit. Hmmmm... terpaksalah tukar nasi khabshah. Tak kuasa nak tunggu lama-lama. Khabshah pun sedap jugak...
Aku cakap dengan enche Neezam, aku tak der hadiah nak bagi. Aku blanja makan jer. Enche Neezam kata, "Bagus! Jangan membazir! Simpan duit. Tahun ni nak pergi xxxxx" Hmmmmm... tu ayat perli keeeee... atau dia betul-betul maksudkan???
Hhmmmm...????
Balik dari makan, sampai jer rumah
Surprise!
Tersengeeeeeh jer enche Neezam. Obvious muka memang suka dapat hadiah. Hehehhe...
Enche Neezam kata aku dah lama tak bagi dia hadiah. Bila pikir-pikir balik, memang betul pun. Last sekali bila ek? Tak ingat! Asik dia jer bagi aku. Shian enche Neezam. Patutlah panjang jer senyum bila dapat hadiah. Tapiiiiii... tadi kata jangan membazir. Ngeeeee...
Apa itu???
Suka tak??? Suka tak???
Ini jer lah yang mampu aku bagi. Nak cari Tissot bagai, kang kena marah beli mahal-mahal. Hahaha... ayat poyo. Sila jangan muntah.
Tapi ni pun boleh tahan mahal tau enche Neezam. Sila jaga elok-elok yer. Tiap kali tengok jam ni, mesti kena ingat pada isteri abang yang comel ni. Setiap masa yang berjalan tu adalah setiap detik cinta ku pada mu. Cewah! Hahaha... jiwang karat!
Tak kesahlah... memang... kitorang saaaaayyyyaaaannnngggg sangat kat enche Neezam!
7 comments :
Sy pn ke situ pg td.. Juga nmpk kete Km Noor,tp tk nampak plk orgnye...
haha, kami kecik je orangnya
tak nampak jaz pun...
tu yg pelik,mgkn akk dh msuk kete nk blk kot..
Tu namanya tak der jodoh... huhu..
Aah kan kak...yela lg pn bak kata c.nizam 'kami kecik je orgnye'
kecikkkkklah sangat...hahaha...
Post a Comment