♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, January 12, 2014

Insiden hari tu... road bully!

Hari itu...

Memang aku 'tertampar' dengan satu pengalaman yang sangat-sangat mendebarkan. Selama beberapa tahun aku memandu, ni lah pertama kali aku mengalami pengalaman macam ni.

Dan hari ni... aku nak kongsi dengan korang... terutamanya pemandu wanita yang memandu sorang...

Hari Jumaat lepas, aku memandu pergi kerja macam biasa. Jalan macam biasa, memang tak sibuk.

Bila nak keluar kat tol KLIA, aku memandu kat lorong paling kanan sebab aku pakai smartag. Tetiba ada sebuah Alphard hitam dari belakang bagi lampu kat aku, tandanya suruh aku beralih ke kiri sebab dia nak lalu. Tapi aku tak beralih sebab dah dekat dengan tol dan lagi beberapa meter kat depan jalan akan jadi semakin lebar. So, aku fikir, kat depan, kau boleh potong aku! Lagipun, ko pun jauh lagi!

Actually, aku memang menyampah dengan kereta-kereta besar yang suka-suka bagi lampu suruh beralih. Berlagak macam bagus sangat! Lagipun dah dekat dengan toll, kenalah slow down...

Dah dekat dengan tol, kat jalan yang lebar tu, tetiba dia ambil lane kiri dan cuba potong aku, tapi tak sempat dan aku masuk ke tol smartag tu lebih dulu dari dia. So, dia menyusur belakang aku dan turut melalui lorong smartag yang sama. Aku tak paham... Kenapalah kau tak potong lalu kanan? Lorong smartag ada dua dan kalau dia tak sabar sangat dia boleh masuk ke lorong smartag satu lagi di sebelah kanan.

Bila melepasi tol, Alphard tu mengikut rapat belakang kereta aku. Aku di lorong paling kiri. Bila menghampiri simpang keluar ke lebuhraya Elite, tetiba dia pintas aku melalui lorong kecemasan dan terus masuk ke depan aku. Dia masuk memang dekat dengan kereta aku. Aku terkejut dan hon kat kereta tu. Dan dia berpindah pulak ke lorong paling kanan. Aku stay kat lorong aku.

Kat lorong kanan tu, ada sebuah kereta depan dia yang jalan slow. So, kereta lain depan aku dan aku pintas balik Alphard tu sementara dia stuck di belakang kereta yang slow tu. Waktu aku pintas dia, aku pandang pemandu Alphard tu dan dia juga pandang pada aku. Indian guy! Mungkin terdorong dengan perasaan marah sebab dia pintas aku secara tetiba tadi, aku cakap "!@#$%^&;*()#$%^&p;*" kat dia... Aku tak ingat apa yang aku kata... tapi memang aku marah kat dia. Aku tahu, dia tak dengar pun. Tapi aku rasa, dia perasan yang aku marah kat dia...

Bila memasuki lebuhraya, kereta agak banyak dan aku macam biasa akan pilih lorong paling kanan kalau tak der kereta laju di lorong tu. Pada waktu tu aku memandu lebih dari 100km sejam. Tetiba Alphard tadi datang dari lorong kiri dan terus masuk depan aku dan tekan BREK!!! Aku sangat terkejut! Mujur aku sempat tekan brek dan mujur jugak tak der kereta belakang aku. Kalau tak, memang aku dah sondol kereta bahalol tu! Mau boleh mati!

Ya Allah! Hanya Allah ajer tahu perasaan aku masa tu, terkejut dah marah sangat! Maki dia dalam hati dan istigfar dan memandu semula macam biasa dengan perasaan marah! Alphard hitam tu sekarang kat depan aku dan dia memandu sangat perlahan! 70km sejam di lorong kanan!

Masa ni aku mula rasa, something wrong with this guy! Then aku beralih ke lorong kiri. Dia tetap memandu perlahan di lorong kanan. Aku tekan minyak dan terus masuk ke depan dia semula. Tetiba dia beralih ke lorong tengah ada kereta depan dia dan dia ke beralih ke lorong paling kiri... Aku sempat tengok kereta tu. Dia memandu dengan kelajuan sama dengan aku, selari dengan aku. Seriously, aku memang takut giler! Aku dah fikir, dia ni kalau nak cari pasal sangat, aku akan berhenti kat R&R Dengkil dulu.

Tetiba dia masuk semua ke lorong tengah, memandu sebelah aku, dengan kelajuan yang sama, dan...

mula MENGHIMPIT KERETA AKU! Depan aku ada sebuah kereta Harrier biru muda. Aku perlahankan kelajuan aku dan Alphard tu pun sama. Terus himpit aku! Aku fikir, aku tak kan langgar divider walau apa pun terjadi! Harrier kat depan aku dah jauh ke depan, aku terus tekan minyak! Aku dapat depan daripada Alphard tu dan tetiba BAM!!!! Si gila tu langgar kereta aku! Sebelah tepi kiri!

Kereta aku terhoyong-hayang tapi aku tetap cuba kawal stereng sebaik mungkin! Dan tekan brek perlahan-lahan... Aku kena stay kat tengah jalan dan jangan langgar divider! Aku tahu, kalau aku langgar divider dengan kelajuan macam tu, mau terbalik kereta aku! Nauzubillah...

Aku terberhenti di lorong paling kanan! Syukur alhamdulillah aku selamat! Dan tak terlanggar kereta lain! Dari cermin pandang belakang, aku nampak Alphard tu di lorong tengah, cuba memintas aku. Aku terus block kereta dia! Aku tak nak dia lari! Dia ke lorong paling kiri pulak dan aku block lagi kereta dia dan suruh dia berhenti. Dia tetap berdegil dan bergerak ke kiri lagi, aku tetap block kereta dia sehinggalah kat lorong kecemasan. Dia berhenti!

Aku sangat gementar dan menggigil. Aku tak tahu apa yang aku fikir waktu ni. Yang aku ingat, dalam menggigil-gigil tu aku ambil handphone aku. Dari cermin kanan, aku nampak lelaki India keluar dari kereta tu. Aku pun keluar. Giler kan? Aku tak tahu macam mana aku boleh ada keberanian untuk keluar! Tapi aku keluar!!!

Dia marah-marah! Yang aku ingat, dia tanya, kenapa aku marah dia. Kenapa aku marah dia? Aloooo... ko tanya kenapa aku marah ko? Kau bawak macam haram sampai merbahayakan orang lain, then ko tanya kenapa aku marah?!! Pastu ko suka-suka nak langgar kereta orang?!

Dengan handphone aku, aku cuba nak ambil gambar dia, kereta dia, no plat dan sticker roadtax. Tapi dia tempis aku. Aku suruh dia ke tepi. Dia tak nak dan terus membebel-bebel apa ntah... So, masa dia tempis, ni yang aku dapat tangkap!

Aku berlari ke belakang kereta dia dan cuma dapat tangkap gambar nombor plat kereta tu.

Dia pun sibuk ambil gambar kereta aku. Aku suruh dia bayar. Dia tak nak. Then fine! Aku kata aku buat akan buat laporan polis. Then aku naik kereta dan terus jalan! Tinggalkan dia kat situ. Aku pun sangat takut sebenarnya... Sangat sangat takut!!!

Astaghfirullah hal 'azim, al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum, wa atubu ilaih...

Aku beristighfar sepanjang jalan... Jantung berdegup kencang, kaki tangan masih menggeletar! Aku call enche Neezam dan just bagi tau aku eksiden sebab ada orang giler bawak kereta macam haram!

Sepanjang perjalanan tu, aku memandu kurang dari 100km. Aku tak nampak kereta Alphard giler tu kat belakang.

Aku terus ke balai polis berdekatan dengan tempat kerja dan buat report. Sarjan tu kata, dia ambil report aku, tapi aku kena pergi ke cawangan trafik IPD Kuala Langat untuk ambil gambar kereta dan report aku tu akan dihantar ke sana sebab area aku eksiden tu kat kawasan trafik sana.

Lepas buat report baru aku rasa bertenang sikit. Aku tengok keadaan kereta aku, tak lah seteruk mana. Alhamdulillah... tapi tak tau lah keadaan sebenarnya kan... Bahagian atas tayar tu kemek sikit dan calar agak teruklah bagi aku. Sportrim pun calar.

Aku tak sempat tengok kereta dia macam mana. Tapi aku rasa mesti calar jugak sebab cat kereta dia lekat kat kereta aku.

Aku terus drive ke tempat kerja. Nak cari waktu bertenang sebelum ke IPD trafik tu.

Sepanjang hari tu, fikiran aku tak tenteram. Tak boleh fokus dengan kerja. Aku asyik terfikir, aku hampir mati hari ni... Orang tu senang-senang jer main-main dengan nyawa aku!

Astagfirullah hal 'azim...

Kalau boleh diputarkan balik masa... aku akan.... haiisshshhhhh... impossible! Semua ni ketentuan Allah... Pengajaran buat aku hari ni... Pengajaran!!!

Selain enche Neezam, aku call adik aku sebab dia pernah eksiden. Mintak pendapat. Aku call abah jugak. Ingat tak nak bagitau abah sebab tak nak susahkan hati orang tua tu, tapi perlu mintak pendapat abah jugak sebab dulu abah polis.

Selepas solat Asar, aku terduduk sekejap. Aku fikir, apa yang perlu aku buat?! Aku hanya ada nombor plat dia jer. Tak der contact details, apa pun tak der... macam mana kalau dia tak buat report? Macam mana kalau itu... macam mana kalau ini... Macam-macam yang aku fikirkan...

Tiba-tiba...

Aku teringat... yang India tu, pakai baju company! Aku nampak dengan jelas logo company dia masa tu! Aku dapat jugak tangkap gambar baju dia masa dia tempis tangan aku.

Aku balik ke meja kerja aku dan terus google! Yup... office dia kat Subang Jaya!

Aku call nombor office kat website tu, tanya kat reception tu, ada tak staff dia bawak Alphard hitam dengan nombor plat M***6? Dan dia kata ada! Berderau darah aku... Aku tanya siapa pemilik kenderaan tu dan dia tanya kenapa. Aku bagitau dia yang kereta tu dah langgar kereta aku pagi tadi. Wanita tu sambungkan aku dengan secretary pemilik kenderaan tu.

Dada aku berdegup kencang! Aku fikir... lelaki tu mesti driver! Mesti driver!!! Memang sah-sah tak der muka boss!

Ditalian, aku dengar suara wanita berbangsa cina. Aku tanya, samada boss dia pemilik kereta Alphard tu, dan dia kata ya dan bertanya kenapa. Aku katakan yang kereta ni langgar aku pagi tadi. Perempuan tu terkejut dan terus bertanyakan soalan bertalu-talu.

Sah! Lelaki yang langgar aku tu cuma driver dan driver tu tak der report kat company yang dia dah langgar aku pagi tadi!

Aku ceritakan pada perempuan tu yang driver dia langgar aku dan memandu dengan melulu dan membahayakan pemandu lain. Aku tak tahu lah patut atau tidak aku cerita keadaan yang sebenar; yang mana dia main-main dengan nyawa aku! Himpit aku ke divider!

Perempuan tu kata driver dia hantar boss dia ke KLIA pagi tadi dan dia tanya macam mana aku boleh contact company tu. Aku katakan yang aku nampak lelaki tu pakai baju company and I just try my luck and I got you... Perempuan tu minta maaf dengan apa yang terjadi dan akan siasat perkara ni. Dia akan hubungi aku bila boss dia balik dari overseas pada minggu akan datang ni. Perempuan ni macam baik jer. Dia cakap pun elok dan aku lega bila dia kata "You don't worry, we will settle this matter".

Malam tu, enche Neezam temankan aku ke IPD Kuala Langat dan bertemu dengan Sjn Chong. Sjn Chong tangkap gambar kereta aku. Dia kata ini adalah kesalahan menukar lorong. Pemandu tu mengaku dia telah melanggar kereta aku dan dia telah saman pemandu tu RM300. Aku tanya kat dia samada pemandu giler tu ada buat laporan atau tak. Dia kata, ada dan kenderaan tu milik Dato'.

Tu ajer???

Kesalahan menukar lorong??? Saman RM300 jer???!!!

Aku terdiam... Kenapa aku tak rasa lega???!!!

Aku dapat bayangkan... dia gi buat report kat balai dan katakan dia terlanggar kereta aku ketika menukar lorong!

Tu ajer!!!

Padahal nyawa aku bagai dihujung tanduk!!!

Astaghfirullah hal 'azim, al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum, wa atubu ilaih...

Dada aku berdegup kencang semula. Rasa tak puas hati meluap-luap!!!

Setelah apa yang dia cuba buat pada aku... cuba main-main dengan nyawa aku... Dia cuma disaman RM300!

Astaghfirullah hal 'azim...

Malam tu aku tak boleh tidur... macam-macam aku fikir...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Kenapa aku rasa tak puas hati?

Apa yang aku nak sebenarnya?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Aku nak dia kena tangkap?! Aku nak dia kena buang kerja?! Aku nak dia susah?!

Baru puas hati aku!!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Astaghfirullah hal 'azim...

Aku ambil air sembahyang... aku solat hajat... aku nak tahu apa yang aku nak... lama aku terduduk atas sejadah lepas solat... cuba muhasabah diri... cuba fikirkan apa hikmah di sebalik semua ni... kenapa Allah nak uji aku hari ni...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Ya Allah... aku bersyukur kerana diberi kesempatan duduk di sejadah ini dan menadah tangan padaMu lagi... masih ada di sini di samping suami dan anak-anak tercinta... masih ada di sini untuk beribadat padaMu... masih ada di sini dengan selamat tanpa sebarang luka... Masih dapat melihat wajah emak dan abah tercinta...

Mungkin diri masih terkejut, jantung masih berdegup kencang, hati masih berasa takut, jiwa masih terasa kacau... tapi aku selamat di sini...

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku peluang ini. Terima kasih Ya Allah atas pengajaran hari ni. Tamparan hebat buat aku... Pengajaran yang hebat untuk aku...

Aku akan lebih berhati-hati lagi lepas ni. Aku akan lebih bertimbang rasa di jalan raya. Ya! Itulah yang penting!

Aku nak hidup dengan famili aku lebih lama lagi! Aku nak tengok Niesreena dan Naufal membesar, berjaya dan berkeluarga! Kesian diorang kalau tak der mama. Aku nak tengok enche Neezam menjadi tua!!! Berkedut-kedut dan beruban seribu serta memakai gigi palsu!!! Aku nak rasa tangan berkedut aku mengenggam erat tangan berkedut enche Neezam di hari tua kitorang nanti...

Ya... Alhamdulillah... aku masih ada kesempatan untuk itu...

Syukur... syukur... syukur alhamdulillah...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Ya Allah..

Banyak pengajaran yang aku dapat daripada kejadian ni... Diharapkan korang pun sama-sama dapat ambil iktibar...

Satunya; kalau teruk macam mana pun pemandu lain memandu, janganlah kiter senang-senang tekan hon. Marah jer lah dalam hati! Mungkin kiter rasa sekadar hon jer. Tapi orang yang kena hon tu, kalau mental dia problem, kiter jugak yang susah. Kadang-kadang tu, tindakan refleks kan? Terkejut dan tekan hon! This is the first mistake I was made...

Duanya; janganlah kiter bagi isyarat tak puas hati pada pemandu lain. Yes... this is the my second mistake. Patutnya... jangan pandang dia, buat-buat tak nampak jer kalau dah terhon. Kalau terpandang dia jugak dan dia pandang korang, angkat tangan tanda sorry. Kalau mampu senyumnya sikit, walaupun memang tak ikhlas. Itu lebih baik... Mungkin boleh meredakan marah dia jugak...

Ketiganya; kalau pemandu tu macam ada tanda-tanda tak puas hati dan cuba nak main-main dengan korang atas jalan raya, baiklah cuba jauhkan kenderaan korang daripada kenderaan orang tu. Kalau boleh, cuba cari tempat yang selamat dan berhenti. Kalau pemandu tu follow jugak, bawak seperti biasa dan cuba cari balai polis yang berhampiran.

Keempat; kalau berlaku pelanggaran, ambil nombor plat kereta yang melanggar. Kalau ada camera, tangkap gambar lebih baik!

Kelima; jangan berhenti dan berdepan dengan dia! Kiter tak boleh aspect mental pemandu tu. Kalau dia boleh suka-suka langgar macam mana pulak kalau dah berdepan-depan kan? This is another mistake I was made. Haiiissshhhh... Aku bersyukur jugak sebab lelaki giler tu tak buat apa-apa walaupun dia tempis tangan aku masa aku try tangkap gambar dia.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Lepas kejadian, aku ada google Apa yang perlu dilakukan selepas terlibat dalam kemalangan? Sebab aku memang blur pasal ni. Yang aku tahu, lepas kemalangan buat report within 24 hours. Then ada orang kata buat report kena bayar RM300! Betul ker???

Tak, sebenarnya...

RM300 tu dikenakan kalau korang yang melanggar... ni lah saman yang driver tu kena...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Aku harap, aku dapat lupakan pengalaman ni. Pengajarannya, akan aku ingat dan simpan baik-baik. Harap-harapnya, benda ni habis kat sini jer. Aku tak nak ada pengalaman macam ni lagi. Cukuplah satu kali ni!

Kepada pemandu tu, aku takkan doakan dia yang baik dan aku tak jugak doakan dia yang buruk. Cuma aku berdoa, dia jugak akan lupakan insiden ni, lupakan kereta aku, lupakan aku! Aku tak nak terserempak lagi dengan si mental ni atas jalan raya! Rasa fobia bila tengok Alphard hitam!!!

Hmmm... sakit hati tengok Myvi kesayangan aku luka. Insya Allah dalam minggu depan baru nak settlekan dengan insurans and for sure aku akan claim insurans dia.

Banyak jugak urusan nak buat... Jiwa kacau lagi... Ya Allah... Permudahkanlah urusan kami... tenangkanlah jiwa aku...

Astaghfirullah hal 'azim...

Astaghfirullah hal 'azim...

Astaghfirullah hal 'azim, al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum, wa atubu ilaih...

22 comments :

Anonymous said...

cik jue,
Sekadar cadangan saya,
Skrg ada camera dlm kereta yg boleh rakam siang/malam..
groupon pn ada offer, safety tinted dan camera kereta ni harga rm238 saja. Apa2 jadi, camera ni boleh jadi black box..

take care!

-ann ideris-

*juliet le sweetheart said...

Hi Ann,
Memang ramai kengkawan yang suggest camera tu sekarang. Insya Allah... akan dipertimbangkan... :)
Thanks..

Niza Zainuddin said...

Julie bukan nak mengapi tapi I think it's will be better kalau u terus call Dato tu biar dia tau driver punya hal. Kalau tak dia akan terus menerus membuli org lain.

*juliet le sweetheart said...

Thanks Hasnah. Kite tak tau lagi apa tindakan daripada majikan dia. Tapi kalau boleh, kiter pun tak nak susahkan sesaper. Takut jugak kalau dia berdendam dengan kiter nanti. Serious takut... sebab tu tak nak cari pasal dan berlarutan lagi kes ni...

Siti Rahah said...

Alhamdulillah....bagus Julie! Berlapang dada dgn apa yg terjadi....

*juliet le sweetheart said...

Thanks Sit... tu lah... kite pun tak nk fikir sangat dh pasal benda ni. buat susah hati jer... harap dapat lapang terus dada ni... tak nak jiwa kacau...

Khalimahton said...

sabarlah.. harap dia tak cam la lagi kereta awak julie... kalau saya kat tempat awak, saya pun takut juga.

Niza Zainuddin said...

Tapi mmg betul , dua kali accident mesti ngan diaorg and end up mcm ni lah ...

Km Noor said...

Cerita ni ape pasal ada macam usaha nak cubit pipi laki sendiri masa dah tua aaaa????

Keluarga Heda said...

Alhamdulillah.. ko tk apa2.. kiranya berani gk ko.. semoga Allah melindungi kita dr sebarang malapetaka.. aamiin..

Fasilah Yazid said...

Kira berani lah juga Julie Mangsor ni ye...kalo aku mmg x turun dh takut..nsib baik x jd apa2...

*juliet le sweetheart said...

tak tau lah macam mana boleh berani plak nak turun. sepatutnya jangan!!!

Siti Sarah Usoff said...

Takutnye.. kalau kite mesti ketaq lutut dah.. nasib baik masa turun tu dia x buat ape2 kat awak julie..

Sherida Baharudin said...

Julie Mangsor alhamdulillah tiada s3barang kecederaan....nway tq...akhirnya tahu cerita awk...nk bgtau adik kite...situ mmg tiap2 minggu lalu

*juliet le sweetheart said...

Thanks all. Tu lah... Patutnya mmg jgn turun! Sherida Baharudin kes macam ni bukan kira tempat. Nasib x baik je terserempak dgn org giler macam tu...

Isma said...

Semoga kita diheri perlindungan semasa dlm perjalanan pergi dan pulang utk mencari rezeki yg halal! Semoga julie diberikan kelapangan dada dan mlupakn kjdn buruk ni! terima ksh berkongsi cerita ni julie!

Der Lee said...

take care julie

Hasnol said...

Lain kali bawak kete kebal.. Kut ada nak impit gak tatau la

Der Lee said...

awak pasang la kamera yg ada video tu. cube awak tanya kat kedai. it'll record everything. i think rm300 kot. kereta kita pun ada. bbayar mahal sikit tapii ada evidence kalau apa2. mcm black box gitu

Malin said...

Seram baca experience Ni. Tp alhamdulillah awak xde Pe. Btol la tu, ape2 pun jadi, biar kta beralah/mengalah, x rugi pun. Kene extra sabar - peringatan utk diri sendiri

Malin said...

X sabar nk tgk tgn berkedut julie mangsor pegang tgn berkedut Km Noor

*juliet le sweetheart said...

Thanks all... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top