♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, February 27, 2010

Tukar wardrobe

Beberapa hari yang lepas, enche Neezam dapat e-mail yang mengatakan setiap rumah kat Waterdale ni akan dapat almari baju yang baru. Bila enche Neezam bagitau aku, hmmmm... dalam hati aku berkata, "boleh tak kalau tak nak?" tapi tak terluah sebab dah tau jawapannya memang 'TAK BOLEH!!!". :( Aku bukan apa... cuma... malaslah nak keluarkan kain baju dari dalam almari tu, pastu nanti nak masukkan semula... Adoiiii... malas tol lah... Tapi dah disebabkan rumah ni fully furnished, dan almari tu salah satu darinya, dan tuan rumah kata nak tukar, so terpaksalah tukar jugakssss!!!

Sehari sebelum orang tu datang buat wardrobe *built-in-wardrobe*, enche Neezam telah bersusah payah mengeluarkan semua barang-barang, kain baju dan segala mak nenek dari ketiga-tiga wardrobe dalam rumah ni. Tq sayang... Sampai pukul 4 pagi tu berkerja keras. Huhuhu...

So, dua hari lepas, hari aku kuar berpoya-poya tengok wayang tu, pagi yang tak berapa nak pagi sangat, diorang datang buat wardrobe baru. Dan disebabkan ketiga-tiga bilik diorang buat serentak, terpaksalah kitorang lepak kat dapur. Huhuhu... sadis sungguh!

Sian baby Naufal, buat pertama kalinya tidur kat dapur.

Niesreena pulak, memula retilah duduk diam-diam. Lama-lama... bosan... pastu mulalah bukak kabinet-kabinet dapur dan kuarkan macam-macam.

Adoiii... jadinya aku suruh Niesreena nyanyi... sebab aku pun bosan! Hahahhaha... Tapi sesambil tu aku prepare lunch sekali... Dan ini adalah hasil nyanyian Niesreena. Sangat comel!



Petang tu aku pergi berpoya-poya, tengok wayang, meninggalkan enche Neezam dan baby Naufal kat rumah. Balik rumah malam tu, aku tengok ketiga-tiga almari dah siap terpasang. Cantiklah sikit dari yang dulu...

Misi sekarang ialah... RELOAD BAJU!!!

Banyak sangat baju, sampaikan tak tau nak start dari mana. Tapi kena start gaks! Sebab kalau tak mula kemas, maksudnya memang tak kan berkemas dan mata dan hati aku akan sakit tengok kain baju berlonggok tak berkemas!

Alhamdulilah, ambik masa dua hari jugaklah nak kemas kain baju dan segala mak nenek masuk semula ke dalam almari! Hari ni dah siap dah kemas semuanya. Lega rasanya! Lega mata! Hehehhehe...

Sebelum...
ni almari lama...

Sedang dalam proses...

Selepas...
almari baru!

Satu je yang aku tak suka sangat kat almari ni sebab dia tak der laci. ;p Aaaa... ni almari bilik Niesreena dan Naufal. Almari mama dan ayah, banyak sangat 'mak nenek' yang tak sanggup ditayangkan kepada umum. Harap maklum! ;p

2 comments :

Kak Tasha said...

Memang cantik wardrobe baru tu, tapi if ada romours untuk menukar ia di Barnes Way, Kak Tasha tak rela keluar/masukkan brg2 yg ada..

Juliet Le Sweetheart said...

hahhaha... julie pun tak rela kak... tapi terpaksa... huhuhuhu... kerja rumah paling malas sekali nak buat ialah organise baju lah... tapi kalau baju berlonggok jer kang sakit mata... sakit hati plak... ;p

back to top