♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, May 29, 2008

Ilmu tanpa amalan bawa kesan negatif

Artikel Neezam di Berita Harian hari ni.

Ilmu tanpa amalan bawa kesan negatif

DALAM sistem pendidikan di negara kita, anak sejak usia empat atau lima tahun sudah mula mempunyai hubungan dengan institusi pendidikan iaitu taman didikan kanak-kanak (Tadika).

Setiap hari mereka dihantar ke sekolah, lengkap dengan buku dan alat tulis serta pakaian seragamnya mengikuti sesi persekolahan selama enam hingga tujuh jam sehari. Itu belum termasuk jadual pendidikan sampingan yang perlu dihadiri anak seperti kelas tuisyen, kelas agama dan mengaji al-Quran atau kegiatan kokurikulum.

Kehidupan seharian anak yang diprogramkan sebegini rupa menunjukkan budaya menimba ilmu yang tidak dapat disanggah pentingnya dalam membentuk manusia yang seimbang nilai rohani, jasmani, emosi dan inteleknya. Namun, ada anak yang tidak melihatnya sebagai sesuatu yang memberikan makna yang besar, sekadar suatu lumrah yang disusun atur ibu bapa.

Pergi ke sekolah dan menuntut ilmu sepatutnya bukan sekadar suatu rutin kehidupan harian daripada persepsi anak, bahkan ia adalah salah satu kewajipan yang mesti dikerjakan oleh setiap orang Islam. Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah, ‘Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim’. Anak perlu difahamkan bahawa menuntut ilmu juga diandaikan seperti berjuang menegakkan hak diri dan berjihad ke jalan Allah seperti mana hadis Rasulullah, ‘Barang siapa keluar untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah sampailah ia kembali (Riwayat al-Tirmizi).

Sebagai ibu bapa, pasti ada antara kita yang pernah diajukan persoalan oleh anak seperti "Ayah, kenapa saya perlu ke sekolah setiap hari? atau "Ibu, apa perlunya saya belajar bersungguh-sungguh? Apa pula agaknya jawapan yang sesuai untuk diberikan? Adakah mencukupi atau tepat dengan mengatakan kepada anak bahawa "Kamu mesti belajar untuk lulus peperiksaan dengan cemerlang" atau "Kalau nak jadi orang yang ada kerja yang elok dan banyak duit, kenalah pergi ke sekolah dan belajar rajin-rajin." >

Jawapan seperti ini ditafsir sesetengah orang sebagai kurang tepat. Ia menzahirkan trend kalangan ibu bapa yang nampaknya bersungguh-sungguh mendidik anak melangkahkan kaki ke sekolah dengan hanya bermatlamatkan kecemerlangan dalam peperiksaan atau sebagai batu loncatan untuk berjaya mendapat pekerjaan pada masa hadapan. Bila anak dibudayakan untuk terlalu mengejar kedudukan nombor satu dalam kelas atau deretan ‘A’ semaksimum mungkin dalam peperiksaan, ia menjadikan mereka tidak berfikir lebih jauh daripada tujuan berkenaan.

Banyak impak negatif jika usaha mencari ilmu itu tidak diiringi dengan amalan. Antaranya, anak akan terfokus untuk mengejar objektif yang ditetapkan oleh ibu bapa dan tertekan apabila ia tidak menjadi kenyataan. Rasa takut dan rendah diri akan wujud jika kedudukan dalam kelas atau keputusan peperiksaan yang diidamkan oleh ibu apa tidak dapat dicapai. Akan wujud jugalah situasi di mana sesetengah anak yang ‘kurang berjaya secara akademiknya’ disisihkan dan dipandang rendah oleh ibu bapa, keluarga dan masyarakat.

Mereka kemudian mencari jalan singkat dalam memujuk diri yang dicap ‘kurang bijak’ dengan terbabit dalam gejala negatif seperti merokok, melepak, merempit, vandalisme, mabuk, menagih dadah bahkan membunuh diri. Hakikatnya, gagal dalam peperiksaan bukanlah bererti mereka sudah tewas dan tidak akan mampu mengharungi cabaran kehidupan di masa mendatang.

Bagi sesetengah anak yang berjaya pula, ilmu yang ditimba itu tidak diamalkan sebaiknya bahkan ia begitu rapuh hilang dari ingatan selepas berakhirnya peperiksaan atau pengajian, semudah hilangnya nota-nota atau buku rujukan dari pandangan mata. Mungkin juga gejala seperti merasuah dan pecah amanah berlaku disebabkan kedangkalan pemikiran orang yang berilmu dan ‘kelihatan pandai’ tetapi tidak beramal dengan ilmu yang dipelajarinya.

Ibu bapa sebagai ‘role-model’ yang paling rapat dengan anak wajar memberikan teladan terbaik dalam mendasari kaedah mengamalkan ilmu yang diperoleh. Contoh paling mudah adalah dalam hal beramal ibadat misalnya mengajak anak mengerjakan solat pada awal waktu, rajin melaksanakan puasa sunat serta bertadarus al-Quran bersama-sama.

Dalam hal moral dan tatasusila, ibu bapa wajar menunjukkan contoh pekerti mulia seperti tidak merokok, menjaga percakapan daripada mengumpat atau menutur kata-kata kesat, menjaga adab-adab berjiran, dan sebagainya. Hal-hal yang nampak mudah dan remeh ini sebenarnya adalah pencetus yang signifikan dalam memperihalkan peri pentingnya mengamalkan ilmu yang diperoleh kepada anak-anak. Ia mampu menjadi pencetus terbaik bagi mereka menjiwai bidang-bidang ilmu yang akan diterokainya kelak bahkan memberikan pulangan lebih lumayan dalam membangunkan martabat diri mereka sendiri, ibu bapa, masyarakat, agama dan negara.

KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR,
University La Trobe,
Melbourne Australia

*juliet le sweetheart : dulu kat UTM aku belajar Software Engineering. Sementara menjadi surirumah ni takut semua ilmu yang aku belajar 4 tahun tu hilang plak. What to do?

Wednesday, May 28, 2008

Happie birthday abah

Hari ni hari jadi abah yang ke 57 tahun. Tengah prepare breakfast pagi tadi baru teringat yang aku masih tak wish birthday kat abah lagi. Terus kelam kelibut cari handset.

Punyalah susah nak call abah. Beberapa kali call baru dapat line. Rupa-rupanya abah kat Brunei, menguruskan ‘business’ dia kat sana. Insya Allah 30hb nanti baru balik ke KL semula. Baru ingat nak wat video call, tapi tak der 3g line plak kat Brunei.



"Buat abah tersayang,


Selamat harijadi yang ke-57.

Julie, Neezam dan Niesreena sayang dan selalu ingat kat abah.

Semoga abah dipanjangkan usia dan dimurahkan reseki hendak-Nya...

Amin..."



*juliet le sweetheart : rindunya family kat nak balik Malaysia...


Tuesday, May 20, 2008

Budaya keluar minum

Artikel Neezam mengenai ‘Budaya Keluar Minum’ disiarkan di kedua-dua suratkhabar Utusan Malaysia dan Berita Harian hari ni.

Masa aku bekerja dulu pun aku ada juga beberapa kali ‘berpengalaman’ berurusan dengan orang yang asyik keluar minum jer; 8.30 pagi masuk kerja (tu pun kalau datang on time), 10-11.30 pagi minum pagi, 12.30-2 ptg lunch, 3-4.30 ptg minum petang, 5.30 balik. Dan kebanyakkannya orang-orang macam ni adalah yang bekerja di pejabat-pejabat kerajaan dan company Melayu. Serious! Aku tak lah kata semua company Melayu dan kakitangan awam macam tu yer… tapi ada lah beberapa persen. Macam manalah business nak maju. Sebab tu masa kerja dulu aku lebih suka berurusan dengan company cina; lagi cepat dan senang. Bukan tak nak tolong bangsa Melayu, tapi kadang-kadang diorang yang tak reti nak tolong diri sendiri. Waktu keluar minum kadang-kadang lebih lama dari waktu bekerja.

Kat blog Neezam pun ada cerita ‘tipu kelentong’ pengalaman orang yang terpaksa deal dengan orang kaki kuar minum ni. Walaupun cerita tu hanya rekaan semata-mata, tapi aku percaya insiden tu banyak terjadi di dunia nyata...

Budaya keluar minum

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dalam titahnya pada istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-65 baru-baru ini menggesa para penjawat awam supaya tidak mementingkan diri sebaliknya sentiasa mengutamakan kepentingan awam. Baginda turut bertitah bahawa penjawat awam perlu sentiasa mengamalkan budaya kerja berkualiti serta sanggup berkorban demi kemakmuran rakyat dan negara.

Demi menyahut aspirasi murni Tuanku Syed Sirajuddin, kakitangan awam harus membuang jauh-jauh sifat mementingkan diri dan amalan negatif yang mampu mencalarkan nilai integriti dan merendahkan keberkesanan perkhidmatan seperti merasuah, curi tulang, ponteng kerja dan birokrasi. Tidak ketinggalan amalan keluar minum yang nampaknya masih begitu kental menghantui diri kakitangan awam.

Sebagai pelanggan atau orang awam, mungkin ada dalam kalangan kita selalu merungut-rungut dan berasa meluat mendengar alasan ‘pegawai sedang minum’ apabila ingin menyelesaikan urusan penting dengan sesetengah jabatan kerajaan.

Apatah lagi bila kita sedang dihambat masa dan sesuatu urusan itu hanya memerlukan tempoh yang singkat untuk diselesaikan. Bertambah sakit hati lagi apabila datang berurusan pada waktu pagi, diminta oleh pegawai di kaunter untuk datang pada sebelah petang, dan apabila datang pada sebelah petang, diminta untuk datang pada keesokan hari semata-mata kerana pegawai pergi minum.

Budaya keluar minum dalam kalangan kakitangan awam ini sememangnya masih galak berlaku. Cubalah jenguk restoran, warung dan kafetaria yang berhampiran dengan pejabat-pejabat kerajaan pada hari-hari bekerja. Boleh dikatakan bahawa tempat-tempat makan ini memang tidak akan sunyi dengan pelanggan yang turun minum, rata-ratanya kakitangan awam.

Tidak menjadi keanehan juga jika kita bertemu dengan sebilangan kakitangan awam yang berkali-kali datang ke kedai makan hanya untuk minum sambil ‘bergebang’ membuang masa!

Tiada salahnya untuk berehat seketika pada waktu bekerja. Daripada perspektif saintifik, diakui bahawa penggunaan domain-domain afektif (perasaan dan emosi), psiko motor (fizikal) dan kognitif (pemikiran) seseorang itu mempunyai hadhadnya. Ia perlu disegarkan semula dengan cara berehat seketika untuk mengelakkan unsur-unsur negatif berlaku seperti stres dan kelesuan.

Namun, yang silapnya apabila keperluan dan kelonggaran untuk berehat itu disalahgunakan seterusnya mengganggu kelancaran urusan pejabat terutamanya jika berurusan dengan pelanggan secara langsung. Itu sebabnya apabila diajukan persoalan tentang fenomena waktu minum dalam kalangan kakitangan kerajaan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam melahirkan rasa kurang senangnya dan mahukan mekanisme kawalan dan tindakan proaktif diambil oleh semua pihak.

Menurut beliau, kakitangan awam perlu sentiasa tepat pada masanya dan mengutamakan pelanggan bukannya membuang masa dengan berbual-bual perkara tidak berfaedah di kedai makan sehingga boleh menimbulkan prasangka buruk daripada masyarakat.

Sebagai kakitangan awam, mereka perlu ingat bahawa tugas yang dipikul adalah suatu amanah yang diberikan oleh kerajaan dan rakyat. Akan peri pentingnya sifat amanah ini disebutkan dengan jelas melalui Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfaal, ayat 27, bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)."

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ketahuilah Tidak beriman bagi sesiapa yang tidak amanah."

Bukan sekadar tidak beriman bahkan tergolong dalam golongan orang munafiklah adanya bagi orang yang tidak amanah seperti sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis lain: Ada tiga tanda munafik, apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianati.’

Mengkhianati amanah dengan menghabiskan banyak masa dengan minum atau membuat kerja tidak berfaedah bermaksud makan gaji buta. Bila makan gaji buta ia akan menyentuh pula persoalan apakah gaji yang diterima itu setimpal dengan kerja dan usaha yang dilaksanakan?

Bahkan perlu juga difikirkan adakah ia halal untuk digunakan bagi menyara kehidupan diri, isteri dan anak-anak? Bila sumber haram menjadi tunjang menyara kehidupan, maka keberkatan hidup itu secara automatiknya ditarik oleh Allah SWT dan mengundang akan berlakunya gejala-gejala negatif dalam diri seseorang dan kelangsungan hidup keluarga yang ditanggungnya.

Demi membendung budaya minum pagi yang mencacatkan kesempurnaan perkhidmatan jabatan kerajaan ini, semua pihak sebenarnya perlu melaksanakan perubahan. Pihak pengurusan dalam jabatan-jabatan kerajaan perlu mewujudkan dan mengaktifkan penggunaan pantri dalam pejabat. Peralatan paling asas untuk memasak air, memanaskan makanan dan menyimpan makanan boleh disediakan seperti cerek, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk dan sebagainya.

Dicadangkan juga agar ketua-ketua jabatan tegas mengatur waktu rehat dan minum para pekerjanya agar perjalanan perkhidmatan dan operasi pejabat tidak terganggu. Dengan cara ini, produktiviti dan kualiti perkhidmatan kakitangan awam akan tetap mantap sepanjang hari dan urusan pelanggan berjalan lancar kerana akan sentiasa ada pegawai atau kakitangan yang berada di kaunter atau di pejabat.

Jika ada kakitangan yang masih kerap keluar minum dan membuang masa kerjanya, maka menjadi peranan ketua jabatan dan rakan-rakan sekerja untuk menegur dan memperingati mereka agar mengubah sikap dan memberi fokus terhadap tugas.

Sebagaimana yang diamalkan oleh sebilangan organisasi, para pekerjanya menyumbangkan sedikit wang dan berkongsi membeli makanan dan minuman ringan untuk diletakkan di pantri. Ada juga dalam kalangan pekerja yang sama-sama membawa pot-luck dari rumah masing-masing dan bertukar-tukar juadah makanan di pantri pejabat.

Langkah ini bukan sahaja menjimatkan masa untuk berjalan dan melepak di kafetaria, bahkan menjimatkan kantung poket daripada membelanjakan duit membeli air dan makanan di kafetaria. Begitu juga, silaturrahim sesama rakan sekerja dapat dieratkan.

Perubahan sikap dalam hal keluar minum ini perlu dimulakan dan seterusnya dikekalkan. Kita tidak mahu orang awam berterusan berpegang kepada stigma ‘pegawai kerajaan suka keluar minum’. Jika kita benar-benar berpegang kepada konsep mencari pendapatan halal dan beramanah seperti mana yang digariskan syariat Islam, pasti kita akan berjaya mengubah sikap negatif sebegini. Barulah boleh kita nanti layak dipanggil sebagai kakitangan awam yang berintegriti, produktif dan memiliki minda kelas pertama.


*juliet le sweetheart : dulu bekerja di company Melayu, nasib baik semua bukan kaki keluar minum

Saturday, May 17, 2008

Kenapa ek?

Kadang-kadang aku tak paham betul dengan perangai sesetengah orang ni tau.

Bila kite senyap. Orang akan kata kite sombonglah, assumed kite bzlah, so tak nak kacaulah konon sebab takut kite terganggu dan meluat dengan perangai orang yang kononnya sebuk nak tegur-tegur atau borak-borak dengan kiter. Tak kiralah samada face to face ke, call ke, sms ke, email ke, ym ke, apa-apalah teknologi berhubung yang ada sekarang ni.

Tapi bila kiter tegur diorang, diorang ni tak reti plak nak balas teguran kite. Tak kiralah samada face to face ke, call ke, sms ke, email ke, ym ke, apa-apalah teknologi berhubung yang ada sekarang ni.

Nyampah tol! Lantak ko lah!


*juliet le sweetheart : bukan susah pun nak jawab ym tu. Kalau dah bz sangat tak bleh nak jawab, offline lah woi! Jangan nak kata aku sombong plak!


Friday, May 16, 2008

Tugas guru martabatkan profesion keguruan

Hari guru tiba lagi. Tiba-tiba jer terkenang masa aku menjadi guru sandaran kat Sekolah Menengah Teknik Setapak; walaupun sekolah teknik tetapi ada juga kelas-kelas vokasional. Banyak kenangan manis dan pahit menjadi cikgu tapi yang pastinya memang seronok dan kadang kala menguji kesabaran. Lebih-lebih lagi kalau mengajar budak yang memang tak nak belajar dan nakal!

Masa menjadi cikgu sandaran, aku mengajar matapelajaran bahasa Melayu dan sejarah. Ingat lagi 1st day masuk mengajar bahasa Melayu kelas tingkatan 4 PPU. Satu kelas tu ada 48 orang! Giler ramai. Dah tu bebudaknya serius nakal. Lelaki perempuan sama ajer. Aku 1st day dah lah agak nervous. Serius! Tapi disebabkan bebudak yang maha nakal, hilang nervous aku dan terus aku jadi marah. Kelas maha bising, budak-budak berborak, dan tidur; tak menghiraukan aku yang sedang mengajar kat depan. Akhirnya aku kalah, keluar dari kelas tanpa salam dan menangis. Huhuhu... Ada students yang perasan, ada jugak yang masih sebuk berborak.

Kat bilik guru, ramai cikgu-cikgu yang comfortkan aku. Malulah jugak. Hahaha... Tapi memang geram sangat dan cikgu-cikgu lain semua kata bebudak kelas tu memang nakal-nakal belaka. Insiden tu akhirnya sampai ke pengetahuan pengetua sekolah dan kelas tu dibahagikan kepada 2 kelas. So, satu kelas dalam 20++ students jer.

Hari lain, 2nd day masuk kelas yang sama, kebanyakkan student minta maaf kat aku tapi still nakal lagi. Macam-macam aku buat untuk ambil perhatian diorang untuk belajar. Memang menguji kesabaran.

Aku tak taulah apa dah jadi dengan diorang sekarang; tak mungkin masih belajar atau mungkin sedang bekerja kat restoran makanan segera jer. Hehehe... Ish tak baik aku cakap macam tu kan? Aku tak lah mendoakan diorang macam tu. Tapi itulah yang aku cakap dulu kat diorang yang nakal tu; "awaaaaakkk, kalau tak nak belajar betul-betul, 10 tahun lagi awak kerja kat kfc jer tau!" Hahahha... ayat-ayat keji seorang guru, tapi serius... aku tak doakan diorang macam tu, betuuuuul... aku hanya nak diorang sedar jer tentang masa depan diorang.

Seronok jadi guru walaupun banyak dugaan. Dulu masa nak pilih upu, mak cakap pilih jadi cikgu, "kerja 5 hari seminggu, kerja separuh hari, habis belajar terus posting, tak payah nak fikir cari-cari kerja dah dan banyak benefit lain", tu kata mak lah. Tapi mentality aku masa tu fikir, "tak nak lah masuk sekolah balik, aku nak kerja kat office, ada bilik sendiri, ada air-cond, ada komputer". Yup... walaupun dulu aku kerja ada bilik sendiri, air-cond, gaji pun sedap almost 3k tapi still aku menyesal sangat tak ikut cakap mak, baru sebuk nak ambik kpli. Kenapa aku menyesal sangat? Sebab dulu aku dapat offer maktab perguruan, tapi aku tolak dan aku ke UTM. Masa tu aku fikir “apa kelas maktab, universiti baru standard...” Hahaha... ayat keji lagi... Dan menyesal sangat sebab aku fikir, kalau aku jadi cikgu bolehlah aku cuti tanpa gaji sebab ikut husband belajar kat sini. Balik nanti tak payah nak fikir cari kerja lain dah tentu ada kerja. Lagipun jadi cikgu memang best sangat! Tapi sekarang aku jobless. Terpaksa berhenti kerja. Balik nanti kena cari kerja semula. How frustrating... Sebelum ni, tiga kali gi temuduga kpli tapi masih tak der rezeki. Kawan-kawan satu course masa kat utm pun ramai yang ambil kpli dan jadi cikgu sekarang ni. Rezeki masing-masing kan...

Nway, pengalaman setahun jagung aku tu membuatkan aku sedar betapa hebatnya menjadi seorang guru; hebat kerana cabaran menjadi guru tu bukan senang, hebat kerana kadang-kala seorang guru tu berjaya menjadikan anak murid beliau bergaji lebih besar dari gaji seorang guru... Dan sebab itulah juga aku nak sangat menjadi guru. Insya Allah kalau masih ada peluang dan rezeki...

So, bersempena dengan hari guru ni, aku ingin mengucapkan ‘SELAMAT HARI GURU’ kepada suami tercinta, Khairunneezam Mohd Noor; ayah mertua, cikgu Mohd Noor Abdullah; mak mertua, cikgu Zaleha Ismail; dan semua guru-guru, pensyarah-pensyarah, ustaz ustazah di mana sajer anda berada.

Dan berikut adalah keratan artikel Neezam hari ni di surat khabar Utusan Malaysia mengenai guru bersempena dengan hari guru...

Tugas guru martabatkan profesion keguruan

Oleh KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR

MASIH kental lagi tersemat di dalam kotak pemikiran penulis akan pengalaman menjadi guru sandaran di sebuah sekolah menengah beberapa tahun yang lalu terutamanya ketika menyambut sambutan Hari Guru pada tahun tersebut.

Pada ketika itu, apabila penulis bersama-sama dengan guru-guru lain membacakan ikrar sebagai pendidik dan menyanyikan lagu Guru Malaysia dalam majlis perhimpunan, terdetik di hati penulis bahawa karier perguruan ini mempunyai nilai yang unik dan tersendiri.

Teringat juga kenangan manis apabila air mata ini begitu mudah mengalir apabila ada anak murid miskin yang bersusah payah mencarikan ‘hadiah’ sebagai ucapan terima kasih sempena sambutan Hari Guru ini.

Hakikatnya, seorang guru tidak memerlukan anak-anak muridnya membalas jasa-jasanya. Cukuplah hanya dengan membuktikan bahawa mereka boleh menjadi insan yang cemerlang dan mampu menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Menjadi guru bukanlah tugas yang mudah, apatah lagi guru merupakan orang yang paling bertanggungjawab selepas ibu bapa dalam memberi didikan, pedoman dan bimbingan terhadap anak-anak bangsa.

Begitu jua dalam usaha membentuk modal insan yang cemerlang, kadangkala nasihat dan pujuk rayu guru tidak memadai untuk mendisiplinkan sesetengah anak murid. Lantaran itu, denda dan hukuman lebih tegas yang difikirkan wajar diaplikasikan semata-mata untuk mendisiplinkan anak-anak murid.

Namun, tidak semua pihak terutamanya ibu bapa dan anak-anak murid itu sendiri yang faham akan niat murni para guru, lantas mengambil pelbagai tindakan yang ‘terburu-buru’ dengan menghukum dan mengheret guru ke muka pengadilan.
Itu adalah antara cabaran yang perlu ditempuh oleh guru zaman sekarang dan guru perlu terus menguatkan azam, menunjukkan wibawa diri dalam usaha memartabatkan profesion keguruan mereka.

Sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom terdapat lima fokus yang diharapkan mampu mengekalkan kejayaan dan kegemilangan dalam karier seseorang guru.

Pertamanya, kekuatan intelek memungkinkan seseorang guru terus menjadi ‘ensiklopedia bergerak’ yang dijadikan sumber rujukan dalam bidang masing-masing. Bukan sahaja anak murid, bahkan masyarakat sekeliling turut mendapat kebaikannya apabila guru yang mantap nilai inteleknya ini berkongsi kepakarannya dengan pihak awam.

Kedua, nilai kepimpinan berwibawa pula perlulah diadun dengan baik berasaskan ajaran agama Islam yang syumul dan apa yang digariskan dalam konteks moral. Seorang guru sememangnya akan menjadi role-model kepada anak-anak muridnya. Jika betul dan sempurna kaedah kepimpinannya, maka betul jualah sifat dan sikap anak-anak murid. Jika salah memimpin, pastilah anak-anak murid yang menerima implikasi negatif dan mewarisi kesilapan gurunya.

Ketiga, kemurnian akhlak seseorang guru itu turut menjadi ikutan dan panduan buat anak-anak murid. Sopan santun, lembut tutur kata, berdisiplin, bermentaliti kelas pertama dan memiliki towering personality ibarat pakaian yang perlu dipakai 24 jam seminggu oleh guru-guru kerana banyak mata yang melihat keperibadian mereka.

Keempat, dalam era modenisasi dan dihambat arus globalisasi ini, sememangnya guru perlu mempunyai kesediaan untuk berubah. Penggunaan teknologi pengajaran terkini di sekolah dan pengenalan dasar dan polisi pendidikan yang baru adalah contoh perubahan yang tidak dapat tidak, perlu dihadapi dan ditangani oleh guru.

Kelima, minat dan cinta terhadap profesion keguruan akan mendorong ke arah kesempurnaan kerjaya seseorang guru. Bapa penulis yang juga seorang guru pernah menyebut "sebenar-benar guru adalah guru yang menanam niat menjadi guru, dan bukan kerja sebagai guru."

Ujarnya lagi, "Menjadi cikgu pula ibarat meletakkan ‘roh’ guru dalam diri yang berperanan mendidik, membimbing dan meneladani sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja."

Nyatanya, selagi hayat dikandung badan, kita semua pasti tidak dapat melupakan akan budi dan jasa guru-guru kita.


*juliet le sweetheart : selamat hari jadi kepada cikgu Sharmila, yang mungkin masih mengajar di Sekolah Menengah Teknik Setapak. Dulu cikgu Sharmila kata, dia nak jadi cikgu sebab dia lahir masa hari guru... :D

Thursday, May 15, 2008

Didik anak tentang pemakanan sihat

Mr. Hubby kata, inilah artikel terpendek dalam sejarah dia menulis artikel.

Artikel Neezam kat Utusan Malaysia bahagian rencana hari ini, 15 Mei 2008.

Didik anak tentang pemakanan sihat

SEBAGAI ibu bapa kita memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memastikan anak-anak kita makan makanan yang berkhasiat, selamat dan seimbang.

Anak-anak wajar didedahkan dengan tabiat pemakanan yang sihat. Mereka perlu tahu bahawa setiap hari tubuh badan mereka memerlukan zat-zat makanan tertentu yang cukup dan seimbang untuk terus hidup sihat.

Mereka perlu dididik bahawa pengambilan gizi makanan yang tidak seimbang akan memberi kesan negatif dalam jangka masa pendek dan panjang terhadap diri mereka seperti kegemukan, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya.

Anak-anak perlu digalakkan untuk membawa bekalan makanan dari rumah. Dengan cara ini, kita dapat memastikan anak-anak mendapat khasiat secukupnya daripada pemakanan mereka kerana kita sendiri yang menyediakan makanan tersebut.

Bekalkanlah mereka dengan jenis makanan yang bervariasi dan memenuhi selera mereka namun dalam masa yang sama masih seimbang akan khasiatnya. Misalannya dibekalkan mereka dengan nasi berlauk, atau mi goreng bertelur, dan lengkap dengan sepotong buah.

Ada sesetengah ibu bapa terutamanya yang bekerja merungut bahawa mereka tidak sempat untuk memasak setiap hari bagi menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak ke sekolah. Kalau hendak seribu daya.

Ini bukanlah alasan yang konkrit kerana di pasaran pada hari ini terdapat begitu banyak produk makanan segera yang berkhasiat misalnya roti, biskut dan susu yang boleh diperoleh dengan harga yang murah.

Amalan membawa bekalan makanan ke sekolah sebegini bukan bermaksud kita kedekut bahkan ia satu strategi bersifat serampang dua ma-ta. Ia bukan sekadar mampu mencegah anak-anak kita daripada kes keracunan makanan bahkan kita menggalakkan mereka untuk berjimat cermat dan tidak membazir membeli sesuatu yang kurang berfaedah.

Duit poket yang diberikan saban hari boleh disimpan oleh anak-anak sebagai tabungan untuk kegunaan sendiri pada masa hadapan.

Akhirnya, anak-anak kita juga akan dapat belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni ajaran Islam dan moral apabila bekalan makanan yang dibawa dikongsi bersama-sama dengan rakan- rakan lain.

Sifat ikhlas dan pemurah ditonjolkan apabila anak-anak tidak lokek memberi sedikit bekalannya kepada rakan-rakan.

Inilah yang akan difahami anak-anak sebagai ‘orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa’.

Persahabatan mereka dengan rakan-rakan juga menjadi erat kerana mereka saling memahami dan bertimbang rasa daripada hal sekecil-kecil perkongsian makanan sehinggalah kepada aspek kecemerlangan akademik, ‘ibarat aur dengan tebing’ saling perlu-memerlukan.

*juliet le sweetheart : masa sekolah rendah dulu selalu beli nasi lemak sambal sotong sebungkus 30 sen.

Monday, May 12, 2008

7 things about me

I’ve been tagged by Sit. Here the title and the rules this time…

Link to the person that tagged you and posts the rules on your blog.

Share seven random and/or weird things about yourself.

Tag seven people at the end of your post and include links to their blogs.

Let each person know that they have been tagged by leaving a comment on their blog.

So, 7 things about myself to tell you huh? *thinking*

*ooooppppsssss… still thinking*

Okie dokie!

Well, here it goes…

First; I’m a wife to my beloved husband who are studying here in Melbourne and I have a beautiful 17th month’s old precious princess. Ooooppppp chop! Rasanya semua orang tau dah yang ini kan? So, I’ll make it something else lah. Apa ek?

Ok… Let’s start again!

First; I have a bachelor degree in Computer Science majoring in Software Engineering from UTM. But all this years I never got a job in my field. I’m really upset about it. Eh wait! My last job; I was developing a website for my company but I was a PA not a programmer. *sigh*

Second; I’m addicted to blog. I really love to upload and update my blog! All the time! Any story! And I also love to read other people blogs, either my friends or not. Aku boleh mengadap berjam-jam depan pc sebab blog. Oh please… how to make me stop? But you know what? I love my blog. This is the place I can write anything; about me, my hubby, my little girl, family, anything! And I love to read it back all over again and again… Do you have one? Well, you should have one…

Third; I’m admiring Neezam’s long shining hair. Macam iklan sunsilk tak? Hahaha…

Fourth; I love to drink coke + fresh milk. Weird huh? But believes me, it’s really yummy!

Fifth; Senang nak dibuat kawan. Percaya tak? Let’s be friend!

Sixth; hmmm… may be some love story to spice up the list. Ok?

I meet my beloved hubby at UTM Skudai in 2000. We’re being friend since then; a very best friend. He is really nice and gentle guy. Even though he looked like a geek at that time but he is really cute *for me*! Hehehe… We’re really fit in together, just like hand and glove. 11th December 2001, he proposed me to be her girlfriend. Gatay tak? Hahahha… And of course aku pun setuju. Hehehe… Dua-dua gatay ek? ;p After a few years knowing each other, we tied the knot. We’re engaged in 11th December 2004 and married in 11th December 2005. Now, at 29th month of marriage and 77th month being in love with him, I love him more and more… Loving him makes me happy! Jiwang karat tak? Oh ya… 11th December are the very meaningful date to us and we’re celebrating every 11th of the month.

Okies… move to the last list! What else ek? Actually I’m out of idea.

*thinking… bling!* Seventh and the last; Wak kang jawa *my abah* + leng loi *my emak* = me! *yup! I’m mixed*

Done! Seven things to share with you about myself. I never think that it’s quite hard to think what to share about myself in blogsphere. Although everything I wrote here in my blog was about me, but when it comes to list-it-down, it quite hard… Muahahhahah…

So know I need to tag 7 other people. Saperlah aku nak tag kali ni. Actually I have a few names in mind, tapi aku takut diorang ni bzlah plak. Maklumlah… semua kengkawan aku (with blog) samada bekerja atau belajar. Mana ada masa nak main-main gini ek. Aku jer yang sedang berpoya-poya. Hahaha… Nway, aku tag jer lah yer. Jangan marah yer saper yang kena tag tu. Kalau rasa ada masa wat lah, kalau bz, just leave it. No hard feeling ok.

Next 7 people to be tagged are…

1. Iszan @ http://iszslurp.blogspot.com/ (yup… again!)

2. Kak Ngah @ http://misneeya.blogspot.com/

3. Zai @ http://mywordsoflife.blogs.friendster.com/

4. Adah @ http://kufikirkurasa.blogs.friendster.com/ (again…)

5. Lela @ http://anaknaga.blogs.friendster.com/

6. Nani @ http://hazedazed.blogs.friendster.com/

7. Fiza @ http://ija161.blogs.friendster.com/

Gud luck!


*juliet le sweetheart : kenapa mesti 7?


Sunday, May 11, 2008

Happie mother’s day!

Hari ibu tiba lagi. Tahun ni adalah tahun kedua aku menyambut hari ibu dimana aku seorang ibu dan 27 tahun aku menyambut hari ibu dimana aku seorang anak. Oh ya… dan tahun ketiga aku menyambut hari ibu dimana aku seorang menantu kepada ibu mertuaku. Hehehe…

Beberapa ucapan hari ibu aku terima hari ni daripada family dan kengkawan. Terima kasih banyak-banyak sumer! Seronok sangat terima ucapan hari ibu walaupun bukan daripada Niesreena sendiri. Hehehe… And early of the day I’ve wished ‘Happy mother’s day’ to my beloved mom and mil. Love you both so much!

Dulu… bila tiba jer hari ibu, bangun-bangun tidur jer mesti cium dan wished kat mak ‘Selamat Hari Ibu’. Pastu aku dan adik-adik mesti sebuk nak belikan mak hadiah. Biasanya beli keklah, walaupun mak tak suka sangat makan kek. Tapi nak beli jugak kek and at the end kitorang adik-beradik jugak yang habiskan kek tu. Bukan apa, sajer jer nak seronok-seronok dan buat hari ibu tu lebih terasa. Paling-paling pun abah bawak kitorang sekeluarga keluar makan.

Teringat suatu masa dahulu; adik bongsu aku ni memang sentimental sikit orangnya. Pantang ada birthday ke, mother’s day ke, father’s day ke, adik mesti nak belikan hadiah. Suatu hari ibu, masa adik sekolah rendah, tiba-tiba adik bagi mak sepaket santan. Mak terkejutlah sebab mak tak der suruh pergi kedai beli santan pun. Rupa-rupanya adik beli santan tu sebagai hadiah hari ibu sebab adik tak tau nak beli apa and she’s really desperate to give her one. That’s why she gave her santan. Hehehe… Kelakar giler. Sampai sekarang ni, bila kitorang teringat balik cerita ni mesti gelak terguling-guling. Hehehe… Sekarang ni adik dah ‘cerdik’ sikit. Maklumlah… dah besar. Harap-harap hari ni adik tak hadiahkan mak santan lagi. Hehehe…

Aku bersyukur sangat sebab masih mempunyai mak. Rindu sangat kat mak; rindu nak peluk mak, rindu nak cium-cium mak, rindu nak tengok mak buat kerja, rindu nak tengok mak gelak, rindu nak tengok mak geram! Selama 27 tahun aku hidup ni lah paling lama aku berjauhan dengan mak. Jauh giler plak tu. Rindu sangat! Nasib baiklah teknologi bertambah canggih sekarang ni. So, dapatlah berborak-borak gak dengan mak melalui telefon dan internet. Kan best kalau ada pintu doremon, boleh jer jumpa mak bila-bila masa kan.

Aku jugak bertuah sebab mempunyai mak mertua yang baik dan cool. Tak pernah buat aku rasa jengkel atau kurang selesa. Famili mertua aku memang sangat baik. Sebab tu aku seronok balik rumah mertua.

Rasa bersyukur dan bertuah juga kerana dikurniakan Niesreena; memberi aku peluang untuk menjadi seorang ibu. Yang nyatanya, menjadi seorang ibu bukanlah satu tugas yang mudah tapi melihat anak semakin membesar dan semakin cerdik membuatkan aku gembira dan bahagia sangat!

So, kepada semua kengkawan aku dan juga pengunjung laman blog aku ni yang bergelar ibu, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu!


*juliet le sweetheart : today is our 29th month wedding’s anniversary and 77th month cintan-cintun’s anniversary!



Saturday, May 10, 2008

Perjuanganku sudah berakhir

Dahsyat tak tajuk? Hahaha…

Dukacita untuk aku khabarkan kepada semua kengkawan dan pembaca blog aku yang setia bahawa akhirnya aku kalah di medan perjuangan. Kalah di gelanggang badminton. Huhuhu…

Walau bagaimanapun, team beregu aku dan Dayang berjaya ke peringkat akhir. Final, kitorang lawan dengan team dari Melbourne Uni; team tu chinese. Mentally aku sedari dulu lagi memang dah set kalau chinese jer mesti terorlah. Agak negative thinker kan? Tapi diorang memang terorlah. Kalau tak, tak kan lah kitorang kalah kan?

Yup… memang agak sedih. Tapi aku happy gak sebab banyak pengalaman yang aku dapat. Insya Allah, kalau ada apa-apa tournament, aku akan cuba main lagi. Just for fun! And it really is!


*juliet le sweetheart : malam tadi ada tetamu, sepasang pengantin baru…


Wednesday, May 7, 2008

Teori tingkap pecah?

Semalam, 6hb Mei 2008, artikel Neezam sekali lagi disiarkan kat suratkhabar Berita Harian di bahagian rencana. Kali ni Neezam menulis mengenai ‘Teori Tingkap Pecah’. Pernah dengar?

Sebelum aku copy n paste artikel Neezam tu kat sini, aku nak bercerita dulu yer…

Tadi aku jumpa satu laman blog dimana blogger ni agak atau mungkin tak puas hati ’sangat’ dengan apa yang ditulis oleh Neezam kali ni. Katanya, ‘pendekatan Islam perlu juga diberikan keutamaannya dalam menyelesaikan apa jua masalah yang berlaku. Masalahnya, kepimpinan dalam negara ketika ini masih tidak yakin dengan Islam. Bukan sekadar tidak percaya dengan Islam malah Islam Hadhari yang dicanangkan oleh Pak Lah pun sudah tidak dipercayai lagi.‘

Tulisnya lagi, ‘Sdr Khairunneezam dalam proses menyiapkan PhDnya nanti perlu mengambil kira semua perkara termasuklah realiti masalah gejala sosial dalam negara kita dan jangan abaikan peranan pembinaan rohani khususnya pendekatan melalui nilai mulia dalam Agama Islam.’

Apa yang aku ‘nampak’ di sini ialah blogger ni agak atau mungkin tak puas hati kerana tulisan Neezam ‘kali ini’ SEPERTI tidak menyentuh langsung pendekatan dari perspektif Islam. Aku rasa SEPATUTNYA blogger ni perlu faham apa yang cuba diterangkan adalah tentang ‘teori tingkap pecah’ yang telah digunakan di beberapa buah negara ni adalah SALAH SATU LANGKAH membendung gejala sosial.

Pendekatan Islam dan moral of courselah perspektif nombor satu dalam menyelesaikan apa jua masalah yang berlaku, bukan jer dalam membendung gejala sosial tapi dari semua aspek dalam kehidupan harian kita. Teori ni pun tak der sehingga melanggar batas-batas dan syariat dalam agama Islam. Dan sebenarnya moralnya seperti apa yang dikehendaki oleh Islam, cuma tak menyebut perkataan Islam jer dalam artikel tu. Come on lah wei… Kalau nak cerita dari setiap sudut, setiap cabang, jadi tesislah plak nanti.

Aku harap may be satu hari nanti, blogger ni faham bahawa apa yang ditulis oleh Neezam tu bukanlah tidak mengambil kira semua perkara termasuklah realiti masalah gejala sosial dalam negara kita dan aku percaya tulisan Neezam tu bukanlah untuk mengabaikan peranan pembinaan rohani khususnya pendekatan melalui nilai mulia dalam Agama Islam.

Sekali lagi aku jelaskan bahawa ia mengenai satu teori yang telah digunapakai dan memberi kesan positif di beberapa buah negara.

Nway, never mind. Setiap orang ada pandangan masing-masing dan terima kasih sangatlah pada blogger ni kerana ‘berminat’ dengan artikel Neezam ni. Cuma aku harap blogger tu betul-betul faham apa yang cuba disampaikan. It just a teori, tak bersangkut paut samada tidak memperdulikan agama Islam atau POLITIK… Faham yer Khairul Faizi? Lain kali kalau nak condem orang, sila faham dan baca betul-betul dulu yang tersurat dan tersiratnya yer.

***kesian kat sesetengah orang yang hanya pandai cakap tapi tak guna otak...

* * * * *

‘Teori Tingkap Pecah’ berkesan bendung gelaja sosial

Oleh KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR

KERAJAAN melalui Majlis Sosial Negara sebelum ini membuat keputusan untuk memulihkan 10 kawasan tegar dengan gejala sosial dan jenayah di sekitar Lembah Klang iaitu langkah yang tepat pada masanya dan sangat dialu-alukan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan mesyuarat majlis itu mengumumkan bahawa pelbagai projek perintis bagi memutihkan kawasan berkenaan, berdasarkan `Teori Tingkap Pecah’ yang diasaskan dua pakar sosiologi Barat, James Wilson dan George Kelling.

‘Teori Tingkap Pecah’ ini adalah hasil kajian mendalam terhadap kaedah paling signifikan dalam menangani keruntuhan nilai dan etika sosial serta menangani jenayah vandalisme di kalangan masyarakat di New York pada awal 1980-an hingga 1990-an.

Teori ini mendasari pemahaman bahawa untuk menangani gejala sosial, vandalisme dan seterusnya jenayah serius, keadaan fizikal di sesuatu kawasan itu perlu dipulihkan segera bagi meminimumkan pengulangan gejala yang sama.

Misalnya, jika ada tingkap bangunan yang pecah, ia perlu diganti dengan tingkap baru pada kadar segera. Jika tidak, lebih banyak lagi tingkap akan dipecahkan kerana kegiatan vandalisme yang berasakan pengurusan bangunan tidak mengambil endah kerosakan bangunannya.

Begitu juga keadaannya dengan kaki lima atau lorong yang penuh dengan sampah, ia perlu dibersihkan dengan segera. Jika tidak orang ramai akan terus meletakkan longgokan sampah yang lebih banyak kerana memikirkan jalan berkenaan sebagai tempat sesuai untuk dibuang sampah.

Berdasarkan teori ini juga, strategi terbaik mencegah kebejatan sosial dan vandalisme adalah dengan memperbetulkan sesuatu masalah ketika ia masih tidak serius. Padang permainan kanak-kanak, telefon awam, tandas awam dan taman rekreasi adalah antara kawasan yang perlu sentiasa dipelihara dan dipulihara bagi mengelak kes vandalisme terus berleluasa.

Ada kajian dibuat pengkaji bidang sosial di Australia yang cukup menarik dalam mendasari kesesuaian ‘Teori Tingkap Pecah’ itu. Hasil kajian mendapati, walaupun baru-baru ini undang-undang `Graffiti Prevention Bill’ diperkenalkan pada 2007, tembok dinding kedai di pesisiran Melbourne seperti di Northcote, Fitzroy dan Camberwell, acap kali menjadi dinding pameran lukisan `graffiti’ oleh mereka yang melakukan kegiatan vandalisme itu.

Hukuman penjara sehingga maksimum dua tahun di bawah undang-undang ini seakan tidak mendatangkan rasa ngeri kepada mereka terbabit.

Berdasarkan ‘Teori Tingkap Pecah’, apabila pemilik kedai hanya berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa, didapati bahawa semakin banyak graffiti dicorakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Berbeza dengan keadaannya bagi pemilik kedai yang tidak jemu mengecat semula dinding kedainya selepas diconteng berkali-kali, kejadian vandalisme graffiti sebegini akan berkurangan dan akhirnya terhenti sendiri.

Berorientasikan ‘Teori Tingkap Pecah’ inilah kerajaan berhasrat untuk melaksanakan tindakan bersepadu dalam mewujudkan persekitaran kehidupan masyarakat yang bersih, selesa dan aman.

Apabila persekitaran menjadi teratur dan indah, maka kebejatan sosial dan vandalisme dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan. Kita sendiri sedia maklum bahawa memang wujud sesetengah masyarakat yang sebenarnya tidak berniat untuk membuat kerosakan terhadap kemudahan awam, tetapi sebenarnya secara tidak langsung ada tindak-tanduknya itu yang mencerminkan sikap vandalisme.

Misalnya, kerana terlalu malas hendak turun ke tingkat bawah, ada penghuni rumah pangsa dengan selamba membaling sampah dari tingkat. Tindakan ini bukan saja menunjukkan tiadanya rasa bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran, bahkan boleh mengundang maut jika sampah itu menghempap kepala orang lain di bawah.

Begitu juga keadaannya dengan kemudahan awam yang tidak digunakan secara berhemah oleh masyarakat. Sikap seperti tak apa, nanti ada orang lain akan bersihkan, atau ini bukan harta aku adalah antara penyebab mengapa kebejatan sosial dan vandalisme sebegini masih terus berulang dan tiada noktahnya.

Untuk menjayakan usaha kerajaan memulihkan persekitaran fizikal di kawasan terpilih ini, kerjasama dan keprihatinan semua pihak amat perlu. Tanggungjawab pemulihan ini perlu dipikul secara holistik oleh semua pihak, bukan sekadar kerajaan atau majlis perbandaran, bahkan masyarakat dan setiap individu.

Jika setiap ahli dalam masyarakat memberi sokongan walaupun sebesar zarah, ia akan tetap bermakna.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak untuk menjaga kebersihan dan mewujudkan rasa tanggungjawab apabila menggunakan kemudahan awam. Ajar dan berikan contoh terbaik kepada mereka untuk misalnya tidak membuang sampah sesuka hati, dan lebih baik lagi ajar mereka untuk kitar semula sampah yang dibuang untuk tujuan lain yang lebih baik.

Sikap tegur-menegur dan ambil peduli di kalangan jiran juga perlu supaya tidak ada yang lepas tangan dalam menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran. Jika ada yang ternampak individu tertentu melakukan vandalisme, tegur mereka secara berhemah atau adukan segera kepada pihak berwajib.

Amalan gotong-royong dan bekerjasama membersih dan mengindahkan kemudahan awam mahu pun kawasan kejiranan perlulah disemai dan dikekalkan. Memang sudah ada beberapa komuniti perumahan yang sudah mengambil inisiatif dalam mengawal gejala sosial seperti mewujudkan rukun tetangga, mengecat semula dinding rumah dan balai raya, mengedarkan risalah berkaitan kebersihan dan menganjurkan program pendidikan.

Namun ia perlu juga disuburkan dan diamalkan oleh semua komuniti masyarakat di seluruh negara.

Pemikiran kita seharusnya bertambah maju ke depan selaras dengan pesatnya kemajuan negara, bukannya bersifat mundur dengan gaya pemikiran orang zaman batu.

Kita tidak patut mengamalkan sikap `barbarian` dengan tidak mengendahkan kebersihan, malah membuat kerosakan terhadap harta awam yang sepatutnya dikongsi bersama dengan semua pihak.

Kita tidak mahu menjadi seperti sesetengah negara Barat yang semakin pesat membangun, tetapi kadar jenayahnya juga semakin meningkat.

Tegakkan aspirasi kerajaan membentuk negara yang maju tetapi dalam masa yang sama membentuk rakyatnya berfikiran matang, cintakan keamanan dan mengutamakan kebersihan.

Hulur bantuan yang sewajarnya dalam menangani kebejatan sosial ini, walaupun sumbangan itu terlalu kecil dan tidak diketahui langsung oleh orang lain.

Penulis sedang melanjutkan pengajian ijazah PhD di La Trobe University Melbourne Australia.


*juliet le sweetheart : lebih baik perbaiki kekurangan diri sendiri dulu sebelum membetulkan kekurangan orang lain — peringatan untuk diri sendiri…


Tuesday, May 6, 2008

Niesreena dah besar

Bulan Mei ni usia Niesreena mencecah 17 bulan. Semakin meningkat usianya, semakin banyaklah kerenah dan aksi Niesreena sekarang. Dan seperti biasa aku akan cuba tuliskan segala kerenah dan aktiviti puteri aku dalam blog aku ni sebagai kenangan. Nanti manalah tau Niesreena nak dapat adik, blehlah compare kan… Hehehhe… Lagipun aku memang suka baca balik post-post yang lepas-lepas dalam blog aku ni untuk refreshkan balik kenangan-kenangan indah… cewah!

Last week aku bawak Niesreena pergi check-up. Alhamdulillah nampak gaya semuanya ok. Gigi Niesreena rupa-rupanya dah ada 15 batang. Banyak betul. Sebelum ni aku memang nampak gigi Niesreena dah banyak, tapi tak pernah plak nak kira. Ada beberapa batang gigi geraham. Nasib baik Niesreena tak pernah demam sebab tumbuh gigi. Tiap-tiap pagi Niesreena akan gosok gigi dengan aku. Tangan goyang-goyang macam real jer gosok gigi. Bila aku nak tolong gosokkan, Niesreena tak kasi, nak wat sendiri.

Sekarang ni Niesreena dah pandai berinteraksi dengan aku dan hubby, samada dengan bersuara atau hanya sign language. Kalau ‘nak’, Niesreena akan angguk dan kalau ‘tak nak’ Niesreena akan geleng. Kadang-kandang tu Niesreena akan angguk atau geleng sambil menjawab ‘nak’ atau ‘na nak’ means tak nak. Memang menjawab soalan… Niesreena jugak dah pandai nak ikut hujung perkataan yang kitorang sebut. Seronok betul bila dengar Niesreena cuba berinteraksi macam tu. Kalau ‘bye bye’ memang dah expert, siap lambai. Sekarang ni jugak tak payah aku atau hubby yang mengagah NIesreena, tapi Niesreena plak yang mengagah kitorang. Comey tol!

Aktiviti setiap pagi atas katil masa bangun tidur ialah kiss kiss. Sebelum turun katil Niesreena mesti kiss mama dah ayah dulu. Yang kelakarnya, bila Niesreena cium, dia siap keluarkan bunyi ‘muaaaaa’. Comey sangat! Pastu bibir dia cecah siikkkiiiiiitttt jer kat pipi kitorang ni. Tak puas sungguh rasanya dicium Niesreena. Yang tak tahannya, kalau Niesreena bangun tidur dulu dari kitorang, Niesreena akan sembur muka kitorang dengan air suruh bangun. Sembur dengan ayaq liuq. Ceeessssss!!! Kalau tak bangun gak, Niesreena akan tolak-tolak dengan kaki *ayah Niesreena yang selalu jadi mangsa tolakkan* atau congkel mulut dan mata *mama Niesreena plak slalu jadi mangsa congkelan*. Tension jer… Dah lah ngantuk lagi.

Niesreena seorang copycat. Suka sangat cuba meniru apa yang orang cakap atau buat. Kalau kitorang tengah solat, Niesreena pun akan berdiri tegak dan sujud gak. Semoga menjadi anak yang solehah hendaknya…

Niesreena pantang dengar lagu, expecially lagu yang rancak-rancak. For sure mesti gelek punya. Siap goyang bontot macam Beyonce. Hehehe… Sebab tu kengkadang aku lambat reply sms sebab tunggu Niesreena habis joget dengar bunyi hs aku. Kalau nasib baik bleh dengar Niesreena menyanyi sekali. Hehehe…

Niesreena lebih manja dengan aku berbanding Neezam. Apa-apahal NIesreena mesti choose aku dulu dari ayah dia. Kadang-kadang tu sampai aku nak buat kerja pun susah sebab Niesreena asik nak duduk atas pangku jer, nak duduk bawah ketiak aku jer lah. Sejak ada Qis ni Niesreena nampak macam dah tak baby dah. Hehehhe… paham tak maksud aku? Sebelum ni tengok Niesreenalah yang paling kecil, tapi bila datang Qis, nampak sangat dah Niesreena dah besar. Sejak beberapa minggu jaga Qis, Niesreena nampak gayanya dah ok dengan Qis. Tak derlah nak jelous sangat macam dulu. Yang bestnya, Niesreena dah pandai nak agah-agahkan dan main pekaboo dengan Qis dan diorang dorang ni pandai plak main sama-sama. Kadang-kadang tu main kejar-kejar, kadang-kadang main nyorok-nyorok. Selalunya Niesreena nyorok, Qislah yang kejar. Bila Qis jumpa Niesreena, Niesreena akan gelak terbahak-bahak, Qis relax jer. Syok sendirilah Niesreena ni…

Niesreena dah pandai posing. Kalau depan camera tu tersenyum-senyum, gelak-gelak, lentok-lentok kepala. Kelakar plak aku tengok. Kalau dulu bukan main susah lagi nak tengok camera.

Yang paling aku tak tahannya dengan Niesreena ni ialah tabiat dia yang suka nak menyusu tengah malam. Percaya tak? Until now, aku still bangun tengah malam untuk susukan Niesreena. Letih tuuuu…

Well, aku rasa setakat ni dululah aku tulis pasal Niesreena. Kalau nak ikutkan banyak lagi keletah Niesreena yang aku nak tulis but I better stop right here for now. It’s cooking time. Kang laki aku balik bukak periuk kosong jer kang. Cian dia… Until the next post… chiow!


*juliet le sweetheart : dah beberapa hari ni asyik borong baju tebal untuk Niesreena.



Monday, May 5, 2008

Autumn in my heart @ Bright

Last Friday,mulalah perjalanan kitorang ke Bright. Perjalanan yang mengambil masa almost 6 hours, included sesat-sesat cari jalan, tengok-tengok bintang; dimulai dengan bacaan doa dari ostad Neezam. Memohon kepada Allah semoga perjalanan kitorang selamat. We arrived at our bungalow in Bright around 10.30 pm.

~Mama & Niesreena kat kawasan banglo yang kitorang sewa ramai-ramai. Cantik kawasan ni!~

~Part of the excursion~

Keesokkan harinya, after breakfast, destinasi pertama kitorang ialah ke pekan Bright. There was an autumn festival and that’s the main purposed we came all the way from Melbourne. Actually Bright ni terkenal dengan keindahan alam sekitarnya ketika autumn. Pokok-pokok yang keemasan melitupi hampir sepanjang jalan kat Bright ni. Memang cantiklah! Masa kat karnival ni kitorang jumpa beberapa orang lagi Malaysian dari Melbourne. Ramailah jugak. Kebetulan sungguh!

~Sepanjang jalan kat Bright dilitupi dengan pokok-pokok yang keemasan. Cantik kan...~

~Kat Bright's Autumn Carnival~

After spend a few hours at that carnival, we went to Alpacas Farm. Berkenalan dengan binatang yang bernama alpakas ni. Rupa dia ada macam llama skit, macam unta pun ada tapi bulu dia macam kambing biri-biri, suara dia…. *suara?* tak dengarlah pulak alpakas ni berbunyi. So tak pasti samada dia berbunyi seperti unta atau kambing yer. Lamalah jugak kitorang lepak kat ladang alpakas ni. Yang kelakarnya bukan sebab lama membelek alpakas, tapi lama bergambar dengan sebatang pokok yang sangat cantik ni. Hehehhe…

~Niesreena kat ladang alpakas. Binatang belakang Niesreena tu yang dipanggil alpakas.~

~ Pee-ka-boo! I see you!~

Okies… next destination… Kitorang ke park somewhere kat Bright ni lah. Aku tak pasti apa nama park ni. Tapi yang pastinya park ni memang cantik!

~Niesreena seronok sangat!~

~Ada macam ala-ala M.Nasir tak? Hehehe… Dedaun masaaaaaa… berguguran satu-satuuuu… Cewah!!!~

~Aku suka gambar ni. Muka sorang-sorang (kecuali sorang tu, sebab muka dia terlindung, tapi aku tau dia yang paling happy giler) nampak happy and enjoy bangat!~

Malam tu, kat banglo sewa, kitorang buat sedikit bacaan yasin dan tahlil. Kemudian disusuli dengan bbq. Yum yum… makanan semua sedap-sedap belaka. Tapi yang paling seronok sebab dapat berkumpul beramai-ramai sambil makan-makan. Altogether kitorang semua almost 50 orang *tak ingat the exact figured ;p*

Keesokkan harinya, aku dan Neezam prepared breakfast for 50 people. Hahahha… ramai tuuu… Kitorang buat bihun goreng dan 3 jenis nasi goreng. Semua liciiiinnnnn… Nampak sangat sedap. Hehehe… *Ayat riak berbaur perasan*

Destinasi pertama kitorang hari kedua ni ialah ke Mount Hotham sebab dengar kata kat sana dah ada salji. Salji masa autumn tu! Maklumlah kat Bundoora mana ada salji. Tu yang sanggup naik gunung tinggi-tinggi dan sneaky semata-mata untuk salji. Alhamdulillah, setelah hampir sejam mendaki dan menahan rasa nak muntah, akhirnya sampai jugak kat Mt Hotham yang bersalji. Walaupun tak banyak, tapi ada lah jugak ciput-ciput… ;p

~Apa kejadahnyerlah lakiku ini?~

Destinasi terakhir kitorang sebelum bertolak balik ke Bundoora ialah Wandiligong Maze. Besar giler maze ni. Kitorang spend almost 30 minutes untuk cari jalan keluar. Yang bestnya ramai giler jalan sama-sama. Macam keretapi daaaaa…

~Kitorang kat dalam maze... Mencari jalan pulang... huhuhu...~

Kitorang selamat sampai ke Melbourne dalam pukul 9.00 malam. Penat sangat tapi excursion kali ni memang seronok dan sangat tersusun. Seronok sangat lah! Rugi saper yang tak gi tu… Huhuhu…

:: For more pictures, feel free to visit my fotopages @ my Friendster album k! ::



*juliet le sweetheart : masih sibuk mengemas barang...


back to top