♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, April 10, 2015

Tips | Pengurusan rumah di hujung minggu

السلام عليكم

Salam hari Jumaat semua!

Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru jer mulakan kerja hari Isnin lepas. Pejam celik, pejam celik dah hari Jumaat semula.

Esok hari minggu. Insya Allah kitorang tak plan kemana-mana pun hujung minggu ni. Dan kalau tak kemana-mana, aku memang sibuk mengemas rumahlah gamaknyer. Ye lah... kalau hari bekerja memang tak larat nak siapkan kerja-kerja rumah.

Balik dari kerja terus 'check-in' kat dapur, sediakan dinner (Tips : Memasak yang menjimatkan masa bagi wanita bekerjaya). Lepas dinner, pantang duduk kat tempat empuk sikit, mata mesti nak pejam. Macam mana nak buat kerja rumah? Paling-paling larat pun cuma basuh baju pun. Tu pun terpaksa! Huhuhu... Kalau tak basuh memang sakit matalah tengok baju kotor berlonggok. Tapi kalau dah berbasuh, sakit mata tengok baju bersih berlonggok plak. (Tips: Bakul baju sentiasa kosong). Aiyooo...

So, antara house chores yang aku dan enche Neezam perlu dibuat setiap hujung minggu tentulah:-

✓ memberus baju dan kasut sekolah
✓ membasuh pakaian
✓ vakum / menyapu lantai
✓ mop lantai
✓ bersihkan tangga
✓ membersihkan dapur
✓ mencuci bilik air
✓ membasuh tuala dan cadar
✓ membersihkan peti ais
✓ lipat dan susun baju
✓ basuh kereta
✓ basuh porch
✓ memasak dan menyediakan keperluan memasak hari bekerja

Banyak lagi lah! Memang penat kalau hujung minggu duduk kat rumah! Tapi kalau tak hujung minggu, bila pulak nak buat kan? Nasib baik husband aku rajin. Enche Neezam tak pernah lepas tangan buat kerja-kerja rumah. Paling-paling pun, layan budak-budak supaya diorang tak kacau aku buat kerja rumah. Huhuhu...

So, hari ni, aku nak kongsikan tips urusan kerja rumah. Well, aku ni tak lah pandai sangat bab-bab ni, tapi Insya Allah, boleh praktikkan bersama-sama.

  1. Baju-baju sekolah anak-anak, yang berwarna putih, kalau perlu direndam terlebih dahulu bolehlah buat pada malam hari Jumaat. So, keesokan harinya boleh terus diberus dan masuk mesin.
  2. Baju-baju kotor bolehlah dimesin pada malam hari Jumaat. So, keesokkan harinya, lepas sembahyang subuh boleh terus sidai. Cepat sidai, cepatlah kering. Cepat boleh lipat, cepat kerja siap!
  3. Sebelum korang sibuk mulakan kerja mengemas, fikirkan dulu menu untuk makan tengahari dulu. Then keluarkan barang-barang yang perlu terutamanya daging-daging yang perlu dinyahbeku. So, bila korang nak mula masak nanti, daging dah lembut.
  4. Bagi sesetengah orang, akan kemas dari atas ke bawah. Dan ikut arah jam dari dapur ke ruang tamu. Tapi aku selalunya mengemas dari bawah ke atas dan dari ruang tamu ke dapur. Kenapa? Sebab kalau ada tetamu datang, diorang tengok ruang tamu dah kemas dan bersih! Dan bukan lama pun bersihkan ruang tamu, kan?
  5. Sebelum mulakan vakum, pastikan korang dusting dulu. Buang semua habuk-habuk atas meja, atas tv dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Gunakan 2 jenis kain, kain lembab atau kain microfiber dan kain kering. Lap kawasan yang berhabuk dengan kain basah atau kain microfibre terlebih dahulu. Gunakan kain basah atau kain microfibre supaya habuk-habuk tu melekat pada kain tersebut dan tak berterbangan ketika korang sedang membersih. Then sembur pembersih dan lap lagi dengan kain kering pula.
  6. Sebelum vakum, pastikan tak der barang-barang 'berharga' kat tempat yang nak divakum. Kalau tak kang semua tersedut masuk dalam vakum sekali. Kalau kat rumah aku, lego Naufal yang kecik-kecik tu, tetiba ada terselit kat karpet atau kat lantai. Bila aku dah sedut, barulah dia terjerit-jerit suruh keluarkan balik lego dari vakum. Haaaiiisssshhhh...
  7. Selepas vakum, barulah boleh mula mop lantai. Pastikan mop korang bersih. Sediakan air panas dengan campuran pembersih lantai. Aku suka gunakan pembersih lantai jenama Daia warna hijau (epal). Baunya sangat fresh, bersih dan tak melekit. Cubalah! Macam iklan plak kan... Huhuhu... Mulakan mop pada ruang paling hujung dan mop secara mengundur. So, korang takkan pijak tempat yang korang mop tu sebelum ia kering.
  8. Biasanya aku akan siapkan bahagian depan dulu - ruang tamu, dining area dan study area. Vakum masih kat situ sebab lepas mop kadang-kadang aku akan vakum balik. Ye lah... kadang tu tetiba ada rambut tertinggallah, habuk lah, terpaksalah vakum semula. Sikit-sikit jer...
  9. Then barulah beralih ke tangga dan tingkat atas - vakum dan mop.
  10. Dan terakhir barulah ke dapur.
  11. By the time sampai dapur, adalah waktu yang sesuai untuk masak sekali. So, sambil sibuk memasak, sambil kemas-kemas bersihkan apa yang patut - bersihkan sinki, bersihkan tempat keringkan pinggan mangkuk, bersihkan tabletop, bersihkan peti ais, bersihkan microwave dan terakhir sekali, bila dah siap masak, bolehlah bersihkan dapur memasak.
  12. Settle masak dan bersihkan meja dan kabinet, barulah boleh vakum/sapu dan mop lantai dapur. Pastikan gunakan air panas yang bersih. Barulah hilang semua kesan minyak dan bakteria!
  13. Bilik air - biasanya aku tinggalkan kerja ni untuk enche Neezam. Huhuhu... Tapi bilik air bertuah, yang aku gunakan untuk mandi, aku akan bersihkan dulu. Alang-alangkan...
  14. Bila dah petang sikit, dah lunch... dah settle semua, barulah boleh duduk mengadap tv. Kalau korang rajin, masih ada tenaga lagi, bolehlah sambil-sambil lipat baju. Tapi aku biasanya, part ni yang paling lemah sekali... Bila dah duduk, terus terlelap! Nasib baik enche Neezam rajin tolong lipat baju. Huhuhu... Tapi korang cubalah yer... chaiyok! (Tips: Bakul baju sentiasa kosong)
  15. Malam, bila ada masa, cuba gosok semua baju yang nak dipakai seminggu. So, tak lah kelam kabut setiap hari nak iron baju. Cara menggosok baju sekali banyak ni jugak dapat menjimatkan elektrik. Kat rumah aku, ada sorang lelaki ni memang rajin sangat uruskan kain baju termasuklah gosok baju... Huhuhu... Lucky me!
  16. Tips terakhir yang paling penting ketika membuat kerja rumah ialah jangan sambil-sambil melayan handphone! Seriously! Kalau sambil buat kerja, then layan hp (sekejap kononnyer)... hmmmmm... memang tak siaplah kerja korang! Ingat tau! So, untuk hari ini, ketika mengemas rumah, cubalah simpan hp elok-elok dalam beg. Jangan bagi nampak pun!

Siap semua kerja rumah, korang akan nampak rumah yang bersih dan kemas..... NOT!!!

Hahahaha... Sorry... I don't think so... Tapi kat rumah aku ajerlah.

Sebab...

Ada Khairuns yang pantang tengok rumah kemas!

Bila aku kemas bawah, diorang 'buat kerja' kat atas! Bila aku kemas atas, diorang 'buat kerja' kat bawah! Bila aku kemas depan, diorang 'buat kerja' kat belakang! Bila aku kemas belakang, diorang 'buat kerja' kat depan! Huhuhu... Nangis jap!

Mulalah aku rasa nak membebel... Tapi nak buat macam mana, redha jer lah. Dah namanya pun ada anak. Ginilah...

So, korang, mungkin ada yang terkurang dalam tips kali ni. Silalah tegur yer... Aku pun budak baru belajar. Sama-sama kiter berkongsi ilmu dan pengalaman.

Selamat berhujung minggu!
&
Selamat membuat kerja-kerja rumah!

2 comments :

Nurul Nabahah said...

omg seriously best giler blog kak julie ni..cant get enough of any post! thanks for sharing ur tips....

Julie Mangsor said...

Thanks Baha sudi baca blog akk.
\(^^)/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top