Day 2!
Sebelum pukul 9 pagi dah sampai kat sini!
Hello Kitty Town
&
The Little Big Club
Kiranya hari ni ialah birthday treat untuk Naufal. Esok harijadi Naufal. So, ni kira hadiah birthday laaaa.
Pagi-pagi lagi kitorang dah check out hotel. Enche Neezam nak gi kerja. Lepas breakfast, enche Neezam hantarkan kitorang ke sini. Awal giler sampai. So, aku bawak Niesreena dan Naufal kat jeti dulu. Tengok-tengok kapal. Belakang bangunan theme park tu. Main-main kat sini dulu sementara tunggu theme park bukak pukul 10 pagi!
Tepat pukul 10 pagi, pintu bukak dan aku terus beli tiket. Harga tiket untuk HKT sahaja ialah RM59 dan kalau ambil HKT+LBC harganya ialah RM91 untuk warganegara Malaysia. Pastikan korang bawak MyCard hokay. Diorang memang mintak.
Dan memandangkan aku ada kad Petron, aku dapat lagi 15% off. So, harga untuk seorang bagi HKT+LBC ialah RM77.35. Kalau korang ada kad debit dan kredit RHB bank pun boleh dapat 15% off.
Sebelum kitorang naik ke tingkat 1, ada persembahan pembukaan oleh staff - ala-ala High 5 gitu!
Memula kitorang ke HKT dulu di tingkat 1. Ada macam-macam aktiviti kat sini. Memandangkan kitorang antara yang terawal (ada orang-orang lain jugak, tapi tak ramai), so kitorang tak perlu beratur tunggu lama untuk buat aktiviti. Best!
Antara aktiviti kat sini ialah decorate cookies.
Lepas deko, boleh makan. Naufal punyalah peramah dengan kakak-kakak comel kat sini. Langsung dapat 5-6 keping biskut dalam beg plastik sebagai bekal. Huhuhu... 'Ramah' sangat! Macam ayah dia....
y(^-*)y
Then deko beads.
Deko charms.
Pakai costumes.
Meet & great Hello Kitty characters.
Mini concert.
Dan macam-macam aktiviti lagi kat sini!
Di tingkat 2 pulak ialah Little Big Club.
Kat sini ada aktiviti bersama characters seperti Angelina Ballerina, Barney, Bob the builder dan banyak lagi. Setiap satu character ada rumah-rumah diroang sendiri dan kat rumah-rumah diorang ni ada aktiviti yang tersendiri.
Ada jugak persembahan pentas dari semua characters.
Begitu jugak meet & great.
Tengahari tu, nak lunch, aku ingat nak cari Lat's Place. Tapi tak jumpa. Rupa-rupanya Lat's Place dah tutup. Dah pindah kat KL katanya.
Nasib baik kat tingkat 3, ada cafe, so kitorang lunch kat sini. Harga makanan kat sini kira oklah.
Niesreena makan set speghetti bolognese ni RM13.
Dan set fish & chips Naufal ni cuma RM14.
Oklah kan... Portion dia pun besar!
Oooo ye... makanan luar tak boleh bawak masuk tau.
Selain cafe ni, kat tingkat 3 ni ada banyak mainan yang boleh main. Boleh main sebanyak mana yang diorang suka. Kebetulan kitorang datang ni memang tak ramai orang. Mungkin sebab hari Ahad Johor kerja. So, memang puas lah bebudak ni main banyak-banyak kali.
Sebelum balik, kitorang sempat tengok Hello Kitty carnival.
Penatnya.... Sakit kaki aku! Tapi Niesreena dan Naufal tak nampak letih langsung. Seronok kemain!
Pukul 6 petang, enche Neezam sampai semula ke sini ambik kitorang. Kesian enche Neezam nampak letih penat bekerja. Dan aku pun letih.... letih jaga little Khairuns! Turun naik, turun naik bangunan 4 tingkat ni.
So, kalau korang tanya aku, berbaloi tak ke HKT & LBC ni? Aku rasa, ok lah... Tiket agak mahallah bagi aku, 3 orang jer dah habis RM232. Tapi kira ok lagi kot kalau nak compare dengan lain-lain theme park.
Tempat ni 4 tingkat. Ground floor cuma kaunter tiket dan kedai souvenirs. HKT di tingkat 1 dan LBC di tingkat 2 & 3. Kalau korang masuk, make sure korang ambil sekali flyers untuk mengetahui jadual aktiviti kat sini. So, korang tak kan ketinggalan aktiviti bersama characters mahupun mini concert. Tapi memang penatlah, kejap aktiviti kat tingkat 2, kejap kat tingkat 1, kejap kat tingkat 3.
Petang tu, kitorang terus gerak balik ke Nilai. Sempat singgah jap kat JPO tapi tak der hasil. Huhuhu...
Hari yang sangat memenatkan. Tapi seronok bila tengok Niesreena dan Naufal enjoy.
Ok!
Kaki sakit sangat! Saper nak tolong urut???!!!
No comments :
Post a Comment