♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, April 4, 2015

Day 1 & 2 | Lepak santai di Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Semalam kitorang tiba di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. First time kitorang kat sini.

Masa ayah tengah sibuk check-in, kitorang sibuk bergambar sakanlah dulu! Nak nak orang tak ramai orang kat lobi. Sakanlah... Best! Best!

Lobi hotel ni walaupun kecil tapi sangat selesa.

Siap ada katil kat lobby. Ada yang tertidur terus kat sini kang... Huhuhu...

Belakang hotel ni tak der pantai. Tapi ada jeti atau dek. So, banyaklah kapal-kapal mewah yang dok parking kat sini...

Bilik hotel pun sangat selesa!

Bilik mengadap laut. Bestnya...

Terasa angin laut masuk ke dalam bilik kitorang kat tingkat 6 ni.

Boleh tengok matahari terbenam dari hotel.

Malam, kitorang dinner kat sini.

Actually, kitorang ke sini sebab enche Neezam ada bengkel. So, aku akan menghabiskan masa dengan Niesreena dan Naufal kat hotel ni sementara enche Neezam berbengkel. Ingat nak bawak bebudak ni keluar, tapi macam malas pulak. Lagi-lagi cuaca sangat panas kat luar.

Nasib baiklah aku ni rajin... Huhuhu... Awal-awal lagi aku dah survey-survey kat internet, apa aktiviti yang boleh kitorang buat kat sini.

Hmmm... semalam aku tak sempat nak bawak Niesreena dan Naufal gi pool. So, pagi ni awal-awal lagi diorang dah bangun dan demand nak ke pool. Lepas sarapan tadi, aku pun bawaklah diorang. Dan enche Neezam, gi bekerja. Shian tak dapat join kitorang...

Dalam pukul 10 pagi, little Khairuns dah kepenatan mandi kolam. Jari masing-masing pun dah kecut. So, kitorang decided untuk berehat. Naik bilik, mandi-mandi, salin baju dan turun semula.

Kali ni kitorang...

bagi ikan makan!

Nampak!

Banyak sangat ikan! Berebut-rebut makan roti yang Niesreena dan Naufal baling.

Habis sebungkus roti gardenia. Mesti kekenyangan ikan-ikan tu. Huhuhu...

Lepas tu, kitorang lepak kat Kids Playroom.

Lama jugaklah kitorang lepak kat ni. Dari start citer Frozen sampai tamat! Huhuhu...

Masuk ke Kids Playroom ni free jer. Macam-macam aktiviti diorang boleh buat kat sini. Aktiviti ada yang free, ada yang berbayar. Antaranya aktiviti, seperti di bawah. Klik untuk besarkan gambar.

Luncheon.

Lepas solat asar, little Khairuns terjun masuk pool balik. Hmmmm... mandilah sampai puas!

Malam tu, ada dinner ala bbq sikit. Satu gambar pun tak der sebab sebuk sangat makan! Huhuhu...

No comments :

back to top