Rasanya dah 2 bulan lebih tak gi beli barang dapur. Bulan lepas tak sempat - sibuk pindah rumah bagai... Enche Neezam pun busy sokmo.
Kitorang biasanya gi beli barang-barang dapur sebulan sekali kat Mydin. Rasanya Mydin harganya agak murah berbanding pasaraya lain kot. Korang rasa?
Penuh dah pantry!
Hari ni shopping kat Mydin, terlupa nak bawa senarai semak. So, tak ingat apa stok yang masih ada, dan apa stok yang tak der. Main ambik jer... Terlebih-lebih stok sudaaaa... Tapi tak per... Next monthnyer shopping bolehlah kurang sikit!
Selalunya, lepas balik dari shopping barang dapur, memang tugas aku untuk menyusun dan menyimpan semua stok. Biasanya kalau bahan makan basah, aku akan bersihkan dan simpan dalam plastik ikut portion masakan. Senang! Bila nak masak, keluarkan jumlah yang perlu sahaja!
Selain daging-daging, sayur-sayuran pun mesti dibersihkan dan siap dipotong-potong sebelum disimpan dalam peti sejuk. So, cepatlah sikit bila nak masak nanti.
Biasanya, pagi-pagi sebelum pergi kerja, dah kena fikir nak masak apa balik petang nanti - ikan? Ayam? Daging? Udang? Sotong? Then keluar dari freezer pagi tu dan letak kat bahagian sejuk biasa jer. Menu? Sepanjang hari pikir! Huhuhu...
Tapi nasib baik ada buku-buku resepi ni. Sumber inspirasi!
Then, bila balik dari kerja petang, bahan yang dikeluarkan dari freezer tadi dah tak beku dan still fresh. Boleh terus masak. Senang!
Kalau bahan-bahan lain seperti bawang, halia, cili, aku tak suka kupas atau potong awal-awal, sebab tak fresh bila nak masak. Lagipun aku pernah baca artikel yang mengatakan tak elok simpan bawang dah kupas dalam peti sejuk sebab bawang tu boleh jadi racun. Hmmmm... tak tau lah soheh ke tak. Tapi better avoid kan...
Ini menu malam semalam. Balik kerja terus masak. Seronok bagi suami dan anak-anak makan air tangan sendiri. Sedap plak tu! Hahahahha... Mestilah sedap... masak dengan penuh kasih sayang ni...
Alhamdulillah...
Sedap kerutup udang. Thanks mak sebab ajar Julie masak menu sedap ni! My favorite!
Hehehe...
Aku memang suka tangkap gambar masakan yang aku masak dan makan. Kang upload kat facebook... Upload kat instagram... Kongsi kat watsapp... bagi mak abah dan adik-adik tengok. Huhuhu... Bukan apa... just nak bagi semangat kat orang lain supaya masak disamping berkongsi-kongsi dan bertukar-tukar resepi.
Kengkawan pun selalu tanya, macam mana aku boleh masak hari-hari padahal kerja. Jauh plak tu Nilai - Shah Alam. Merentasi negeri! Huhuhu... Balik, masak lagi! Alaaa... ada orang lain kerja lagi jauh, pun sempat masak gaks.
Sebenarnya aku masak benda yang mudah-mudah jer. Tak lah hari-hari masak pun - kalau seminggu tu, sehari mesti makan luar. Kadang tu, kalau makan luar pun tak tau dah nak makan kat mana dan makan apa. So, better masak. Jimat pun jimat!
So, kat sini nak kongsi tips sikit dengan korang. Ini cara aku. Mungkin ada cara orang lain lebih baik dan lebih mudah. Jom tukar-tukar tips!
Tips memasak yang menjimatkan masa bagi wanita yang bekerja
- Senaraikan menu yang hendak dimasak sepanjang minggu atau mungkin sepanjang bulan. Senaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan menu tersebut.
- Membawa senarai semak ketika membeli-belah supaya tiada bahan yang tertinggal nanti.
- Bahan-bahan basah seperti daging-daging, ikan perlu dibersihkan sebelum disimpan di dalam peti ais.
- Simpan daging-daging atau ikan mengikut jumlah atau bahagian hendak dimasak.
- Sayur-sayuran juga perlu dibersihkan dan siap dipotong sebelum disimpan di dalam peti ais. Seperti bahan basah tadi, simpan sayuran juga mengikut portion. Tapi sila pastikan jenis sayuran. Sebab ada sayuran yang mudah layu lepas dipotong. So, tak sesuai dipotong dulu sebelum simpan.
Kalau ubi kentang, tomato, lobak, peria dan sewaktu dengannya tu tak perlulah potong dulu. Kalau sayuran hijau, bolehlah disiang terlebih dahulu. Pastikan asingkan daun dan batangnya.
- Jika menu masakan perlukan bahan-bahan dikisar, bolehlah kisar dulu bahan-bahan pada hujung minggu. Dah siap kisar, boleh simpan terus dalam peti sejuk.
- Pagi sebelum bertolak ke tempat kerja, keluarkan bahan beku terlebih dahulu. Simpan dalam peti sejuk biasa (bukan bahagian beku). Bila balik, bahan tadi akan lembut walaupun masih sejuk. Kalau dikeluarkan terus dari peti ais, takut bahan tersebut jadi busuk atau diceroboh lalat atau semut.
- Kalau menu hari tu ada nasi, so mulakan dengan memasak nasi terlebih dahulu!
- Multi tasking! Sambil masak 1st menu, sambil sediakan bahan untuk 2nd menu, atau sambil bersihkan sinki! Kena pandai menyambil-nyambil. Baru cepat siap masak!
- Keluarkan apa yang perlu sahaja. Maksudnya, kalau korang nak masak satu-satu menu tu, keluarkan bahan-bahan yang nak guna jer. Jangan keluarkan mak nenek lain-lain yang tak perlu. Nanti jenuh nak simpan dan kemas semula.
- Pastikan menu apa yang korang nak masak, then fikirkan yang mana kena masak dulu, yang mana kena masak kemudian. Susunan ni penting sebenarnya untuk menjimatkan masa. Mulakan memasak dengan menu yang perlu dimasak lama. Dan fikirkan menu mana yang boleh berkongsi periuk atau kuali.
Contohnya: kalau menu hari tu - sup daging, telur dadar dan sayur campur goreng. Sup daging, masuk periuk, manakala telur dadar dan sayur campur akan gunakan kuali yang sama. Pada dapur 1, boleh start reneh sup manakala pada dapur 2, boleh goreng telur dadar dulu. Bila telur dadar dah siap, kuali tak perlu dibasuh tapi boleh terus goreng sayur. Tapi kalau goreng sayur dulu baru nak goreng telur, perlu bersihkan kuali dulu. Sementara menunggu menu atas dapur siap masak, sila bersihkan sinki atau sediakan meja makan.
- Pastikan korang tau kat mana korang simpan segala garam, gula, perencah, minyak dan lain-lain mak nenek kat dapur tu. Jangan masa sibuk masak, masa tu lah tercari-cari mana garam, mana rempah... huhu...
- Kalau boleh, gunakanlah non-stick pan. Senang nak dibersihkan. Tak der lah kena rendam bagai sebelum boleh dibersihkan, kan? Semak tengok!
- Pastikan sinki sentiasa kosong dan bersih. So, masa nak masak keesokkan hari, tak der lah baru kelam kelibut nak membersihkan periuk belanga sebelum masak!
- Dan tips yang terakhir... silalah ajak suami masing-masing bersama-sama menolong kat dapur. Kalau tak tolong banyak, sikit pun jadilah... tolong bersihkan sinki ke kan? tolong kacau kuah dalam periuk ke? tolong goreng ikan ke, kan? Sedap sikit hati kiter, ye tak?? Huhuhu...
5 comments :
Thanks for sharing Julie,
Sangat2 best untuk semua, juga bagus utk suri rumah aper?
No worries, Naimah. Insya Allah... boleh jer praktikkan untuk sesaper... :)
rajin nyer julie create entry yg pjg ni.. anyway thanks for tips yg bagus ni esp yg no.15
Mak ai...vestnye kak julieee!
Vest! Vest! Welcome! Welcome! :)
Post a Comment