♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, May 24, 2014

Kerutup ikan bawal

Assalamualaikum. Ola peps!

Dimanakah korang-korang semua dihujung minggu ni? Aku dan keluarga lepaking kat IOI Putrajaya. Husband kerja manakala aku dan anak-anak enjoy the bed and pool!

\(^-^)/

Post kali ni sebenarnya nak kongsi resepi

Kerutup Ikan Bawal

Sejak aku post tentang

Tips memasak yang menjimatkan masa bagi wanita yang bekerja,

ramai yang minta resepi kerutup udang yang aku tepek kat post tu.

Tapi hari ni, kerutup ikan bawal yer kengkawan.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:-

Ikan
Santan
Garam dan gula
Air asam

Untuk menumis, bahan-bahan di bawah ni perlulah dikisar.

Serai
Bawang merah
Bawang putih
Cili giling

Cara-caranya:-

Goreng ikan dengan kunyit dan garam terlebih dahulu dan ketepikan.

Kemudian tumis bahan-bahan yang dikisar dengan api sederhana besar. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.

Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.

Masukkan sedikit air asam dan sedikit santan pekat. Kacau sekejap dan boleh masukkan ikan yang telah digoreng tadi.

Siap! Senang jer kan?

Kerutup ni sesuai dimasak untuk udang, ketam, ayam dan ikan. Mungkin ada sesetengah orang suka juga kalau buat daging keretup. Kalau nak masak kerutup ikan dan ayam, ikan dan ayam perlulah digoreng terlebih dahulu. Kalau udang atau ketam, tak perlu goreng. Masuk jer macam buat sambal udang. Ikan yang sesuai untuk masakan ni ialah ikan bawal dan ikan cencaru.

So, bolehlah korang masak untuk lunch sat lagi.

Selamat mencuba! And enjoy your weekend!

Niesreena & Naufal... bila nak naik ni???

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top