♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, June 18, 2010

Kitorang sibuk, diorang pun dok sibuk jugak...

Silalah tonton video di bawah ini. Sangat comel diorang dua beradik bermain!

Semalam kan dah dapat kotak. Tiba-tiba semangat berkobar-kobar untuk mengemas dan membungkus barang-barang untuk di bawa balik. So, malam tadi, aku dan hubby cayang memang agak sibuklah...

Yang tak tahannya tu, si kecik berdua ni pun dok sibuk jugak! Habis satu kotak jadi mangsa diorang. Keluar masuk, keluar masuk dalam kotak tu. Kejap kotak tu jadi rumah, kejap kang jadi kedai, kejap kang jadi tikar terbang pulak. Haiiii... macam-macam imaginasi Niesreena. Yang dak Naufal, ikut jer lah rentak kakak Niesreenanya. Bila Niesreena masuk dalam kotak, Naufal pun ikut masuk. Bila keluar, keluar. Pastu terpusing-pusing pulak dalam kotak tu. Ish... macam-macam...

So, malam tadi, aku dan enche Neezam telah berjaya memulakan operasi membungkus barang-barang. Tapi ntah berapa peratus jer lah kan yang dah berjaya dibungkus. Hehehe... Tapi sekurang-kurangnya, dah mulalah kan. Daripada tak start langsung.

Mulanya aku tak tau nak bungkus yang mana dulu. Ingat, nak start kemas barang-barang mainan dan buku-buku Niesreena dan Naufal dulu, tapi takut pulak nanti diorang nak guna ke kan? Nanti susah pulak nak bongkah kotak balik. Lagipun kang bosan pulak budak-budak ni tak der mainan nak main.

So, aku decided untuk mengemas barang-barang yang tidak berkotak dulu. Macam kuali-kuali dan pinggan mangkuk. Jenuh jugaklah nak kotakkan. Lebih-lebih lagi pinggan mangkuk. Kena balut pinggan mangkuk dengan kertas dulu, pastu balut pulak dalam kotak tu dengan bubble wrap. Kena berhati-hati semasa membungkus dan letak betul-betul dalam kotak sebab takut pecah.

~Hasil garage sale untuk dibawa balik~

~Membubblekan kotak dulu demi keselamatan~

~Tefals goes in!~

~Part of Enche Neezam's not so great collection~

~Beginilah keadaan rumah bila berkemas. Dah rupa kapal karam!~

~Berjaya mengisi 4 kotak penuh... Esok pulak sambung lagi!~

Ok! Bila tengok kotak-kotak yang dah siap berisi ni, makin tak sabar pulak rasanya nak balik ke Malaysia! Waaaaaa... tak sabarnyer!!!

back to top