♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, May 20, 2010

Sejuuuuuuukkk...

Sejak akhir-akhir ni cuaca sangat sejuk. Setiap pagi, bila bukak blind tingkap, tingkap mesti basah! Dari dalam! Bayangkan betapa sejuknya malam. Huhuhu...

See?

Ni belum masuk winter lagi ni. Adoiiii... sejuknya...

Ari tu masa summer, panas sangat. Tak suka sangat panas. Konon suka lagi sejuk. Sekarang bila dah sejuk, haaa ambik! Hahaha... mulalah rindukan cuaca kat Malaysia.

Bila dah waktu-waktu macam ni, nak buat kerja rumah pun rasa leceh. *Cheh! Alasan... hahahha...* Sebab kena baju berlapis-lapis. Lecehnya... Stokin, memang wajib pakai ok. Honestly, mandi pun 2 hari sekali. Tu pun kira cukup baiklah. Hehehe... sejok woooo... waktu mandi tu bestlah, air panas. Memang rasa tak nak keluar dari shower. Tapi lepas tu rasa kejong. Sejuk!

Sekarang ni pun, waktu siang dah semakin pendek. Subuh pukul 5.46 pagi dan maghrib masuk pukul 5.16 malam. Lebih kurang 12 jam jer matahari bersinar kat sini. Haaa... waktu-waktu macam ni barulah best ganti puasa. Tak sempat nak rasa lapar dah tiba waktu berbuka.

Walaupun cuaca semakin sejuk, tapi kitorang masih tak menggunakan heater, sebab bil elektrik dah naik dan semakin mahal. Memang mahal! Polisi kat sini ntah hapa-hapa. Masa winter diorang akan naikkan rate bil elektrik dan habis jer winter, diorang akan turunkan balik. Tak aci betul. Padahal waktu winterlah lebih ramai orang akan gunakan elektrik sebab pakai heater. Waktu summer, diorang memang suka. Siap berjemur lagi.

Apa-apa pun, waktu-waktu macam ni lah akan aku rindui bila balik Malaysia nanti. Bila lagi nak pakai baju tebal-tebal kan? Orang kata, kat Cameron Highland pun dah tak sejuk! Hmmmm... nampak gayanya pakai baju sejuk bila tidur kat hotel jer lah. Hehehehe...

Ok... ni gambar-gambar terbaru kesayangan beta!

~Niesreena, selesa berselimut tebal. Tidur pun pakai hood! Sejuk telinga... ^^~

~Nak tium ker?~

Oh ya... dan ini pula forecast sepanjang minggu ni. Tak cecah 20 langsung! Huhuhu...


You might also like...

1
Summer snow
.
1
Hujan...
.
1
Adoiii
.

11 comments :

rozee said...

yerla..sejuk kan..dulu pernah rasa sejuk bila -7degree.tp mesti mau mandi sbb keje.kat tpt keje dia pasang heater..berpeluh jugak.tp kat luar ke kat hotel ke,sejuk tahap gaban. hidung ni tiap2 pagi berdarah.kat malaysia nak tggu sejuk siap pakai stokin,hujung tahun la kak. musim hujan siap banjir tu...heheheh

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

tingkap rumah i pun gitu..its worse kalau i tgh memasak...cam sauna lak rumah, but still sejuk...hahaha..

sama la polisi kita..no heater unless teruk giler..even last yeat time sejuk giler, we all bentang heated blanket & snuggle cuddle 3 branak. tu pun bill naik almost 60% than the usual. i think its also high coz keringkan kain pakai dryer. time spring summer leh jemur kat balcony..save byk $$..

miya dah beria kena bungkus cam teletubbies dah ni. kalau main lasak, jatuh takde apa daa..

yg paling miya marah about cold season, i jarang bwk dia main kat playground....

*juliet le sweetheart said...

rozee, mertua akak dok segamat. selalu banjir. nasib baik rumah tinggi. tak masuk air. tapi jadi pulau. hehehehe...

*juliet le sweetheart said...

mama-miya, i pun pakai dryer, tak suka sebenarnya, sebab baju rosak. tapi terpaksa, kalau tak, berhari2lah tunggu baju kering. i ada tengok blog u, miya jadi teletubbies. so cute!

ICA said...

Julie, kena banyak supply of warm hot chocolate drink to make you all warm and cozy di hari yg sejuk mcm tu... :))

*juliet le sweetheart said...

ica, bukan sajer warm hot chocolate... tetapi juga lots-and-lots of junk foods! musim sejuk ni asyik nak mengunyah jer. huhuhuu.... makin gemoklah gamaknyer!!!

sz | m.a.s.s said...

btol tu julie, skrg CH dah tak sejuk...mac hari tu p sana smpi malam, mmg sejuk sgt la...bajet siang tu sejuk...rupa2nya tak pun..panassss....

DiLLaiLa said...

semakin sejuk..hati saye semakin sedih.. =(

Balqis said...

Cium naufal cikit!!!

TyMy said...

dah sejuk sgt ke julie...emm jangan aku demam sok dah, alamat nyer dok hotel jerk lah..

kat gc aritu pun bila pukul 5.30 pm dah sejuk for me, and muka and hidung kering...

*juliet le sweetheart said...

sejuk... nanti u datang, kena bawak moisturizer banyak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top