Antara dugaan terbesar masa musim sejuk ni ialah apabila mulut ni asyik nak makan jer. Ishh! Bahaya betul!
Otak asyik berfikir, "nak makan apa ek?"... Adoiiiii...
Pastu asyik berulang ke dapur; bukak peti ais... buka kabinet... Pastu mula pikir nak masak bukan-bukan. Bestnya kalau dapat makan sesuatu yang hangat dikala sejuk-sejuk ni kan...
Hmmmm... tiba-tiba...
Ting!!!
Kalau dapat semangkuk sup cendawan yang creamy dan hangat... uishhh... alangkah bahagianya... hehehehhe... bahan-bahan pun ada. Buatnya pun senang jer. Sepuluh minit siap!
Dan 10 minit selepas itu...
Taaraaaaa!!!
~Hot, creamy and yummillicious mushroom soup!~
Aku dapat resepi ni dari kak Gee. Sedap... dan yang penting, senang nak buat.
Nak try? Jom cuba resepi di bawah!
Hot, creamy and yummillicious mushroom soup
Bahan-bahannya
1 cawan air -- 1 cawan = 250ml
1/2 cawan susu segar
1 sudu tepung gandum
3 biji cendawan butang
*atau ikut suka koranglah kan... kalau suka banyak cendawan, letaklah banyak
1 sudu kecil serbuk pati ayam
sedikit serbuk lada hitam
Cara-caranya
Rebus air sehingga mendidih. Bila air dah mendidih, masukkan semua bahan-bahan. Kecilkan api. Biarkan mendidih. Siap!
Senangkan?!
Selamat mencuba!
You might also like...
|
|
|
5 comments :
Julie,senang rupa2nye..nanti nak cuba :)
Julie, I kan peminat setia mushroom nih...wow, looks yummy. terus lapar....:))
ooo mcm senang..kena mencuba nih resepi cik julie..sllu bukak kabinet, jupe pastu bukak tin, panaskan saja isiknya..ihikss... ;p
memang sedap dan senang... dulu julie pun ingat macam leceh nak buat. rupa2nya senang sangat :)
julie si pakar memasak sekarang...x sia² dok jauh ngn mak..hehe
Post a Comment