♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, April 16, 2010

It’s time to get ‘Lost’ in ‘FlashForward’

'Lost' dah sampai ke penghujung. Sekarang ni aku tengah meniti episod-episod terakhir siri kegemaran aku ni. Kat Melbourne sekarang ni dah siarkan Lost season finale, season 6. Kat Malaysia, kawan aku kata masih season 5 lagi. Sabarlah korang yer!

Tak sabar nak tahu apa kesudahan 'Lost' ni. Tinggal beberapa episod lagi sebelum 'Lost' berakhir tapi masih banyak lagi pertanyaan yang masih belum terjawab!

Kalau korang nak tahu, aku memang minat sangat dengan drama 'Lost' ni. Aku ikut dari first season, sampai ke season 6 ni tanpa miss! Bila tak paham, aku mula bukak wiki. Hahahaha... biasanya kalau dah tengok 'Lost' memang lost lah... tak paham jer manjang! Tapi nak tengok gaks!

Kepada semua peminat-peminat 'Lost', memandang 'Lost' bakal berakhir, aku nak cadangkan kat korang satu siri baru; 'Flashforward'.

'Flashforward' ni pun best! Unik dan misteri macam 'Lost' gak. Banyak pertanyaan satu persatu timbul bila tengok 'Flashforward' ni. Dan starting dia pun best!

Malam tadi, tv 7 baru siarkan premier 1st episode season 2. Yup! Kat sini dah second season. Last year, 1st season pun aku ikut gak, tapi separuh jer sebab pastu aku bercuti balik Malaysia. Tapi tak per... nanti cari kat internet jer... hehehhe...

Tapi aku rasa 'Flashforward' ni tak lah berat atau lost sangat dari 'Lost'. Tak pening dan tak tensionlah kalau tengok. Tapi tetap misteri! Dan salah sorang cast 'Lost' pun berlakon dalam 'Flashforward' ni; Dominic Monaghan. Dalam 'Lost', dia berlakon sebagai Charlie seorang ahli band kumpulan rock, manakala dalam 'Flashforward' ni, dia berlakon sebagai Dr. Simon Campos seorang ejen FBI pulak.

Oh ya! Ada satu lagi siri baru yang ala-ala misteri ni iaitu 'Survivors'. Oooo ini bukan survivors realiti tv tu yer. Tapi ini satu drama bersiri yang baru.

Aku tengok 1st episod jer. Memang misteri. Tapi pada aku tak best. Kenapa ek? Jalan cerita dia sebenarnya macam best, misteri dan unik gak. Cuma sebab ni cerita dari United Kingdom. So, dia punya slanga inggeris tu lain sikit. Jadinya macam tak best... hehheheheh... boleh tak cam tu... Tapi kalau saper-saper yang minat siri misteri, bolehlah ikuti siri 'Survivors' ni.

Wow... dah macam penganalisis siri tv plak aku ni kan? Hahahha... ni sajer jer lah... ikut pengamatan aku. Dan sajer jer nak cadangkan kat korang. =)

Hmmmm... obvious sangat tak aku ni kaki tengok tv? "p

2 comments :

ICA said...

Julie...Ica tengok Lost 1st season. Lepas tu terus lost.....berbelit-belit and pening. But they do have lots of fan though...cuma I saja yg lost after the 1st season. :))

Juliet Le Sweetheart said...

hahahha... i setiap kali tengok mesti lost... tu yang asik buka wiki dan baca semula jalan cerita baru paham... maklumlah, tak der kerja... hahahaha...

back to top