♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, April 21, 2010

Mohon doa buat baby Hannah

Pagi tadi aku terima satu e-mail ni... yang membuatkan kelopak air mata aku bergenang.

Dalam e-mail ni seorang ibu memohon bantuan untuk bayinya, Hannah, yang berusia tiga bulan yang sakit. Mula-mula baca, aku ingatkan ibu ni nak mintak bantuan kewangan. Rupanya-rupanya ibu ni hanya minta DOA jer dari semua. Hanya DOA... seikhlas dan semampu mungkin! Yang membuatkan aku tersentuh sangat... sedih...

Aku tak dapat bayangkan kalau aku kat tempat ibu ni. Mesti sedih sangat kan? Sedangkan kalau Niesreena dan Naufal demam pun aku dah sedih, cuak dan tak tentu arah, ni kan pulak kalau anak tu sakit. Macam-macam dugaan pulak tu yang menimpa bayi Hannah. Kesian sangat...

Apa-apa pun tu semua dugaan dari Allah swt dan setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku harap ibu Hannah sentiasa bersabar dan banyak-banyak berdoa. Semoga baby Hannah akan beransur sihat dan sempurna seperti setiap ibu impikan. Amin...

Aku bersyukur sangat dikurniakan Niesreena dan Naufal yang sangat sempurna dan sihat. Aku mohon semoga Allah swt sentiasa melindungi orang-orang yang kiter sayangi. Jauhikanlah mereka daripada segala penyakit dan bala bencana. Amin...

Dan alhamdulillah... malam tadi badan Naufal dah tak panas seperti malam-malam sebelum ni. Dah sembuh dari demam agaknya. Harap-harap tak naik lagilah temperature hari ni...

Aku dah forwardkan e-mail tu kat semua yahoogroups yang aku join. Dan kat sini, aku nak kongsikan e-mail tu dengan semua pembaca blog aku. Marilah kita sama-sama berdoa yang terbaik untuk baby Hannah dan semoga dikuatkan semangat ibu Hannah dan juga keluarga beliau.

* * * * *

MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA

KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak... tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan... kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu, emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat : Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. Teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk. Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad kanak-kanak tiba-tiba pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

25 comments :

mama | ayah | sarah | syimir said...

ya Allah..semoga baby hannah cepat sembuh... :(

*juliet le sweetheart said...

Amin...

mummy_ridzmia said...

YA ALLAH!!beratnye dugaan yg dipikul oleh ibu Hana..menitik airmata saya melihat keadaan baby ni...semoga ibu Hana tabah menghadapi dugaan dr yg maha ESA...INSYAALLAH..sy doakan semoga baby Hana cepat sembuh dan sihat spt anak2 yg lain...hanya doa yg mampu sy hulurkan..semoga doa sy dimakbulkan olehNYA..AMIN.....

*juliet le sweetheart said...

Amin...

Anonymous said...

menangis bila lihat gambar hannah..semoga ibu hannah tabah menghadapi semua ini..dan kepada baby hannah acik ila doakan semoga hannah cepat sembuh dan jadik anak yg baik syg...

ICA said...

Ya Allah, kesian tengok baby Hannah...kecik2 dah terima dugaan seberat ni. Allah Maha Penyayang & Allah Maha Mengetahui. Semoga baby Hannah cepat sembuh...& boleh bagi ibunya senyuman yg manis..semanis namanya Hannah..

insan said...

Ya Allah, kau kuatkn lah semangat keluarga NurHannah Bte Mohamed Helmi.. semoga NurHannah Bte Mohamed Helmi cepat sembuh dan membesar dengan sihat.. semoga Allah berikn yg terbaik utk NurHannah Bte Mohamed Helmi sekeluarga.. ammiinn..

lin4880 said...

Julie, aku nak share entry nih, okeh.. semoga makin ramai di luar sana dapat mendoakan kesihatan baby Hana nih... Amin..

cT zAiLeHa said...

InsyaAllah , akan daya doakan juga ..

MAMA IMRAN & IMAN said...

DOA IBU MAKBUL..INSYAALLAH... WAHAI INSAN YG BERGELAR IBU,,, SAMA2LAH KITA DOAKAN AGAR ALLAH KABULKAN DOA IBU BABY HANA (PN ROHAIZA)DAN DOA KITA SUMER IBU-IBU YG SAMA2 BERDOA AGAR BABY HANA PULIH DAN KEMBALI MENCERIAKAN HATI IBUNYA...YA ALLAH HANYA ENGKAU YG TAHU APA YG TERBAIK UTK BABY HANA & KESEMUA UMAT MUHAMMAD S.A.W

*juliet le sweetheart said...

terima kasih kengkawan...
gg, kalau nak share entry ni, silalah... sangat dialu-alukan...

Lindah Padlee said...

sedihnyer aku baca Julie..aku pulak yang nak nangis :(...

*juliet le sweetheart said...

Memang sedih lindah... aku tak dapat bayang kalau aku terima dugaan macam tu...

Fathiah said...

kak julie kita dah bc dah...dugaan besar buat ibu tu...insyaallah doa kita sentias bersama2 dia...

*juliet le sweetheart said...

Hanim, tq...

Leinda said...

aku dh baca..sungguh sedih n menyayat hati..tanpaku sedari air mata mengalir dipipi..ya allah sembuhkanlah penyakit yg dihadapi oleh ank ini..amin..

*juliet le sweetheart said...

Amin...

Leinda said...

Insyaallah..aku bru pas wat smbhyg hjt utk baby hanna...smg dia cpt smbh..

kak rose fauzi said...

nyer..sama2 la kita doakan..memang menitik airmata baca cerita dia..

Sy. Fatmawati said...

insyaAllah akan dokan utk dia.

*juliet le sweetheart said...

sedih... dan kesian kat ibu hannah. dia cuti dua bulan sekarang untuk jaga baby hannah kat hospital.

Kmie said...

mudah2an Allah permudahkan segalanya.....

Hana said...

to rohaiza.insyaAllah
berkat doa kite semua,
Allah maha memahami.i know
u r strong coz this what ur
hana need from you. take
care dear

*juliet le sweetheart said...

terima kasih atas doa semua... semoga Allah memberikan yang terbaik buat baby Hannah dan yang penting juga memberikan kekuatan untuk keluarga beliau...

ijan said...

insyaallah...semoga baby hana sembuh dgn segera...berat sungguh dugaan yg diberikan...menangis aku melihat baby hana...
YA-ALLAH..ringankanlah dugaan yg dipikul oleh ibu dan baby hana....amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top