♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, March 24, 2010

Koleksi buku Niesreena

Niesreena ada beberapa koleksi buku. Kebanyakan buku-buku Niesreena ni, aku dan enche Neezam belikan atas kehendak Niesreena sendiri. Niesreena memang suka minta beli buku. Nasib baik buku-buku kat sini tak mahal pun. Tak mahal tapi cantik dan menarik.

Niesreena memang suka baca buku walaupun tak reti lagi membaca. :) Niesreena buka buku dan buat-buatlah membaca. Sambil jari telunjuk Niesreena tunjuk atas baris-baris perkataan tu, sambil mulut Niesreena berbunyi-bunyi. Kononnya membacalah tu. Kejap bahasa melayu, kejap bahasa inggeris. Kalau ada gambar, Niesreena akan bina ayat daripada gambar yang dia tengok tu. Contohnya, bila Niesreena tengok gambar arnab macam melompat, Niesreena buatlah ayat "Bunny jumping jumping". Padahal ceritanya lain. Kelakar tengok... Hehehhe...

Yang bagusnya, bila aku bacakan untuk Niesreena, nama-nama watak dalam buku tu, Niesreena akan ingat. Pastu bila Niesreena 'membaca sendiri', Niesreena akan buat ayat sendiri berdasarkan gambar tapi gunakan nama watak sebenar dalam buku tu.

So, ni antara buku-buku Niesreena. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi tak kuasa nak keluarkan semua sebab malas nak kemas semula. ;p

~Niesreena bersama-sama sebahagian daripada koleksi bukunya~

~Buku cerita beserta cd~

~Set buku-buku mini~

~ABC's bergambar dari A ke Z~

~Nursery Rymes~

~Pooh's~

~Hadiah daripada kengkawan~

~Niesreena dengan koleksi buku-buku berdasarkan cerita-cerita haiwan~

~Baby Naufal pun nak membaca jugak~

~Games book~

~Flash card~

~Niesreena suka flash card tapi yang geramnya, bila dah baca, Niesreena tak kemaskan dalam kotaknya semula... mama jugak yang kena buat~

~Buku-buku cerita kenderaan~

~Niesreena's favourite book~

Setakat ni Niesreena masih belum dapat hafal A to Z lagi. Kalau mengira 1 to 10 dah bolehlah. Tapi Niesreena dah kenal beberapa abjad. Abjad pertama yang Niesreena kenal ialah 'W'. Niesreena kenal 'W' sejak usia dia 2 tahun lebih lagi. Entah apa yang dia berkenan sangat dengan 'W' ntah. Hehehe... Tapi sekarang dah banyaklah yang Niesreena kenal.

Aku tak nak paksa-paksa dia cepat sangat membaca ke hapa. Biarlah secara semulajadi. By the time dia sepatutnya boleh membaca, insya Allah dia akan boleh membaca. Buat masa ni biarlah minda dia bermain-main dan berimaginasi sekreatif yang boleh. Tapi walau macamana pun, aku sedikit sebanyak tetap akan mengajar juga Niesreena. Sejauh mana dia boleh terima kan.

Apa-apa pun, aku memang kagum dengan budak-budak bijak yang umur belum masuk 3 tahun dah pandai membaca. Macam enche Neezam dulu. Enche Neezam dah boleh membaca dengan lancar masa umur 3 tahun! Ni bukan enche Neezam citer, ni MIL aku yang cerita. So, memang tak tipulah. Hehehe...

Ok Niesreena, jom membaca!

12 comments :

nazariah said...

Salam...

Just nak share pengalaman, yg nak ajar ABC tu, nak senang ingat bole ajar dia sambil nyanyi lagu ABC mcm kt dlm TV tu. Even ajar 123 dlm BI pun boleh buat lagu. Kalau dipraktikkan budak2 mcm ni lbh cepat tangkap w/pun belum kenal huruf lagi.

Mcm anak sy Amna awal juga dia ingat A to Z. Sy pun tak paksa sgt. Now, untuk abjad dia dah kenal huruf cuma utk bunyikan belum pandai. Untuk kira pun dah smpi 50 in Eng. Sebab, diorg senang ingat kalau sambil nyanyi2.
Mungkin boleh cuba.

mama | sarah | syimir said...

ooo byknya buku reena...cantik2 plak tu..byk hard cover, selamat tahan lama kan...
takpe julie, belum hafal A-Z..yg penting dia kenal huruf tu nnt.. :) .. kat kinder pun skrg byk guna teknik phonic tu..diorg pun tak ajar ikut turutan A-Z..mmg bagusny lebihkan byk nyanyian..budak2 kan suka menyanyi...

Watie Aziz said...

hi julie, comeynya anak hang cakap bunny jumping2 tuh .. cute jer bunyinya ..hehehhe..

aku suggestkan hang download phonic song yg berlambak2 kat you tube tuh, hang compilekan jadi satu vcd dan tunjuk kat ur children..mesti dorang suka ... plus it very good & proven utk cepatkan pembacaan anak2 ...

mmg aku dah test & it really works on Qarissa tau ..aku tak ajar dia abc dulu, aku terus ajar phonics .. walaupun aku tak pandai sebab dulu kita dulu mana ada belajar phonic kan ..tapi mmg interesting plus aku pun jadi student blajar sesama ngan q .. happy sgt ..hahaha.. tapi yg lebih syok..walaupun ajar phonic, Q secara tak langsung tau jugak huruf..sometimes dia sebut huruf, sometimes dia sebut phonics sound masa tgk dvd tuh .. tapi bila baca, dia akan guna phonics sound ... aku pun tak pasti camner otak dia leh decode the sound instead of the letter .. hahaha...

cuba lah ko try .. i bet it really works!!hehehe

*juliet le sweetheart said...

memang banyak cara pembelajaran sekarang. menyanyi tu memang tips yang bagus. biasanya lagu abc lah kan.
kat OZ ni pun budak-budak dah mula belajar phonics. bukan abc macam kite dulu.
tq u all for the tips. :)

Kak Ema said...

nak buku Cima tak ?

*juliet le sweetheart said...

auntie cima punyer buku? eerrr... buku wat phd ker? niesreena, taska pun tak masuk lagi... boleh, boleh, doploh tahun lagi :)

Lindah Padlee said...

banyaknyer buku dia..aunty nak pinjam satu blhe?

*juliet le sweetheart said...

auntie lindah, meh leh datang amek... :)

:: vErde+hAzizi :: said...

goshhhh...u surely thought ur doter well! :D
a very gd interest to start on kids...

*juliet le sweetheart said...

tq verde!

Kak Thasa said...

Thanks Auntie Julie, Uncle Neezam, Rina and Naufal book the book. Nanti kakak Wawa datang, kakak Wawa bacakan Rina buku k.
2 hours ago ·

*juliet le sweetheart said...

no wories! kakak wawa ari tu pun bagi buku kat reena... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top