Hari ni aku tak ikut diorang keluar. Penat semalam tak hilang lagi! Lagipun aku masih tak sihat. Masih selsema. Niesreena dan Naufal pun selsema jugak. Niesreena macam biasalah, memang tak boleh penat. Mulalah demam. Siang Niesreena ok, malam mesti demam. So, kitorang ambil keputusan untuk lepak kat rumah jer; berehat...
Aku tau... enche Neezam dan kengkawan yang lain pun penat gaks. Tapi tak kan nak lepak kat rumah plak kan... rugi lah cuti diorang. Datang jauh-jauh pastu lepak kat rumah jer. Rugi... rugi... So, hari ni enche Neezam jadi tourist guide diorang.
Plan hari ni nak gi Puffing Billy Railway, tapi memangdangkan cuaca tak begitu bagus, so, terpaksalah tukar plan. Indoor jer. Sebab tak bestlah kalau nak 'berpuffing-billy' hujan-hujan kan. Tak enjoy!
So, memula enche Neezam bawak diorang gi Melbourne Museum. Sebenarnya dalam tentatif, sepanjang diorang kat sini, memang tak der plan nak ke muzium pun. Tapi disebabkan cuaca yang tak menggalakkan untuk jejalan outdoor so terpaksalah gi indoor dan terpaksalah ke muzium gak. Tapi bagi aku dan jugak enche Neezam, Melbourne Museum ni best! Sebab sangat interaktif. Bukan setakat datang tengok-tengok jer, tapi kite boleh berinteraksi dengan sesetengah benda yang dipamerkan tu. Best lah...
Dan disebabkan aku tak gi, dan enche Neezam terlupa nak bawak camera sendiri, so terpaksalah aku curik gambar-gambar di bawah ni dari Kmie dan Kak Nad. Hehehehhe... Tq yer korang! :)
~Tourist guide of the day; enche Neezam!~
~Melbourne Museum~
Tengahari sikit, tetiba cuaca jadi best plak... cerah secerah cerahnya... So, enche Neezam bawaklah diorang gi Yarra River. Kat sana ada kengkawan yang cruise naik Yarra cruise tu, dan sesetengah lagi lepak-lepak kat tepi sungai Yarra tu jer. Pastu ke shopping kat Smith Street. Banyak jugaklah yang diorang borong tadi...
Malamnya... diorang gi Eureka Skydeck. Bestnyer! Aku pun tak pernah sampai lagi. Enche Neezam pun berani gak naik. Dah lah gayat. ;p
Lewat malam baru diorang sampai kat rumah. Seronoknyer diorang berjalan! Tapi aku rasa lega lagi duduk kat rumah. Leh rehat dan seronok layan kerenah Niesreena dan Naufal. (^^)
You might also like...
|
|
|
No comments :
Post a Comment