♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, July 5, 2009

Shopping therapy ^_^

Pantang! And of course sangat suka setiap kali enche Neezam ajak keluar. Ngeh ngeh ngeh...

Sebenarnyer enche Neezam ajak keluar ke Es Teler hari ni sebab hajat untuk ke Es Teler masa birthday aku hari tu terbantut disebabkan hujan yang tersangat lebat. So, hari ni, enche Neezam nak melunaskan hajatnyer untuk belanja aku makan bersempena dengan harijadi aku lah... First time bawak baby Naufal ke Es Teller ni. ;p

Menu... Enche Neezam dengan oxtail gorengnyer dan untuk aku, pecal lele + pecal vege. Pergh! Sampai dua menu untuk aku. Nampak sangat buruk lantak ek. Hehehehhe... Dan untuk menambahkan lagi kegembiraan kitorang pada hari ini, kitorang dedua order air 'soda gumbira'. Waaaaa... gumbiranyaaaaaa... ^_^

Makanan... yummilious! Except for pecal lele... ikan keli rasa dah tak fresh. Macam ikan kena awet. Rasa macam ikan masin pun ada. Tapi tetap licin! Ngeh ngeh ngeh...

Lepas solat kat parking lot sebelah Es Teller, kitorang ke Smith St. Hajat aku untuk beli Keds 2 inchi terbantut sebab aku rasa tak berbaloi untuk habiskan RM240 untuk sepasang kasut. Entah kenapa kepala hotak aku ni mengconvertkan plak duit AUD. Tu yang aku rasa macam mahal jer tu. AUD80 untuk sepasang kasut. Hmmmm... baik aku beli handbag. Handbag lagi! Aaaaahhhh tidak... sekarang ni aku asyik terpikir-pikir plak Keds 2 inci tu. Nak beli ke tidak? Nantilah!!!

Jeles kat enche Neezam. Dia plak yang 'tershopping sakan' hari ni. Sepasang sweater Adidas, dua pasang t-shirt Nike dan sepasang t-shirt converse. Eeeeee... sangat jeles ok! Tapi masalahnyer aku ni, susah sangat nak berkenan bila nak beli barang untuk diri sendiri. Kalau nak belikan untuk orang tu laju jer plak. Ayooooo... kenapa ek? Kenapa dengan aku ni?

~Enche' Neezam dah rambang~

~Niesreena kalau bergambar mesti nak tunjuk jari tau... Mama tak suka! Habis tutup muka!~

But still, I got one thing for myself. Apa bendanyer? RAHSIA... Hehehe...

So shopping therapy hari ni tak berjalan 100% lancar. Perlukan therapy lagi!!!!



*juliet le sweetheart : padahal si dia yang nak bayar... ayooooo...


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top