♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, April 5, 2009

Kenduri kahwin

Selama 2 tahun kitorang berada di Melbourne ni, hari ni first time kitorang menghadiri majlis kenduri kahwin orang Melayu kat sini. Actually tuan rumah ni berasal dari Johor tapi dah 19 tahun menetap di Melbourne ni dan perkahwinan ni adalah perkahwinan anak sulung beliau; Nabila.

Yang menariknya, perkahwinan diorang buat ni betul-betul macam perkahwinan orang Melayu kat Malaysia. Siap ada bunga manggar, pelamin, bunga telur, cenderahati, etc... Kad undangannya pun patern orang Melayu. Kompang pun ada! Lebih menarik lagi diorang tak ambil katering. Sebaliknya, orang-orang Melayu kat sini beramai-ramai datang rewang, samada kenal tuan rumah atau tak kenal. Sama-sama menghulurkan kederat memasing. Menu... nasi beriani, acar, dalca dan ayam masak merah. Memang sedap!

Masa majlis tadi memang ramai sangat orang Melayu Malaysia dan Melayu Indonesia *pengantin lelaki berasal dari Indonesia dan menetap kat Sydney*. Ramai yang berpakaian baju kurung dan baju Melayu. Rasa macam hari raya pun ada. Hehehe... Aku sempat juga jumpa ramai kengkawan yang jarang jumpa. Semua berkumpul kat sini. Selain tu dapat jugak berkenalan dengan orang-orang Melayu yang lain. Memang meriah dan terasa macam ada kat Malaysia lah.

~Pasangan pengatin bergambar dengan tetamu~

~Meja makan beradap~

~Antara tetamu yang hadir. Cuba cari aku kat mana? Hehehe...~

~Neezam dengan cenderahati dari tuan rumah~


Kepada pengantin & keluarga, tahniah diucapkan. Semoga berbahagia di dunia dan di akhirat...


*juliet le sweetheart : day light saving ended today... so beza sini dengan Malaysia sekarang hanyalah 2 jam...


2 comments :

lindahpadlee said...

Julie...aku ingat eko masukkan entry kawen-kawen kat Msia..rupanyer kawen kat sini..wah terkezut aku..nased baik ada orang Msia yang masih ingat kat adat budaya sendiri...siap pakai baju kebaya....satule ah dengan pakcik yang buat kenduri kawen tu :)

*juliet le sweetheart said...

Ha ah... kenduri kahwin orang Fawkner tapi wat kat dewan Preston. Memang bestlah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top