♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, April 23, 2009

"Beranak normal la wei"???

Assalamualaikum... :)

Lamaaaaaa sangat tak menjenguk blogku ini, apatah lagi nak mengupdate. Aku tersangatlah bz dan penat minggu ni. Macam-macam benda yang perlu disettlekan sebelum menjelang d-day yang tinggal beberapa hari jer lagi ni. Dalam bz-bz ni pun sempat gak aku berjalan ke beberapa tempat. Ramai gak kengkawan yang marah... Marah-marah sayang... hehehehe... Diorang risau... kot-kot aku terberanak masa berjalan-jalan kang wat nayer jer kan. ;p Well, terima kasihlah kengkawan kerana mengambil berat. :)

Sebenarnya pagi ni pun aku just curi-curi masa untuk mengupdatekan blog ni. Mungkin sebab perasaan amarah + sedih yang tak dapat dibendung, aku gagahkan gak untuk tulis post kali ni.

Malam tadi...

Hubby : Sayang, cuba tengok blog awak ni...

Aku : *curious... sambil berjalan ke pc, sambil berfikir... kenapa? Ada orang hacked blog aku ke?*

Hubby : Baca ni...

Ni keratan dari oggix shout box aku...

Aku terkedu dan terkesima kejap bila baca msg tu. Aku cuba fikir orang jenis apa yang tulis msg macam ni... Senangnyer dia cakap kan... Memula rasa marah sangat, pastu tetiba rasa sedih...

Aku bukannya tak nak cuba bersalin normal tapi dah tak boleh! Si penulis msg tu ingat aku suka-suka hati jer ke nak serah perut ni untuk diBELAH! Sukati dia jer... Aku dah fikir pro & con bersalin secara normal atau ceasar. Kalau boleh memang aku nak normal; cepat baik, tak nyusahkan Neezam yang sibuk dengan study dia tu untuk jaga aku lama-lama, tak nyusahkan Neezam jaga makan pakai anak-anak, tak menyusahkan Neezam buat kerja-kerja urusan rumah...

Berbanding dengan ceasar... dah lah akan menanggung sakit yang lebih lama lepas bersalin, luka lambat baik, tak boleh nak aktif-aktif sangat pastu, dan kemungkinan luka terbuka semula pun ada *macam terjadi kat aku last time bersalin, luka terbuka semula 1cm!*. Cumanya waktu bersalin tu jer lah tak rasa sakit macam bersalin normal. Tapi aku still dah pernah rasa sakitnya contraction bersalin normal tu last time.

Eeeeee... tetiba rasa sedih... rasa macam diri ni kureng sebab tak boleh bersalin normal. Salah ke bersalin ceasar? Berdosa ke? Dah tu dah tak boleh... dah tak der pilihan... nak wat cam ner?!

Nway, as a blogger aku paham... Ramai jer pembaca yang datang menjenguk ke blog-blog orang lain yang tak dikenali. Suka-sukati jer nak tinggalkan msg yang bukan-bukan kat blog orang. Msg macam tu pun boleh dikira baik dan berlapik lagi lah... Betul tak?

Buat anonymous bergelar LAAA...

"Berdoalah kau atau mungkin isteri kau, adik beradik kau, kaum kerabat kau, tak terima nasib yang sama dengan aku. Tak der pilihan lain. Memang kena serah perut untuk diBELAH!

Tapi... if one day, jika ditakdirkan Allah swt, kau atau mungkin isteri kau, adik beradik kau, kaum kerabat kau, ada yang terkena nasib seperti aku ni... ingatlah msg yang kau pernah tinggalkan kat blog aku ni! Pastu... haaaaa... lu pikir lah sendiri!"

Sebenarnya... bila fikir-fikir balik, macam buang masa jer aku tulis post ni. Wat per lah nak melayan orang tak matang macam tu kan... Tapi jauh di sudut hati aku ni... eeeeee... rasa marah dan sedih! Dan aku rasa dia pun terjumpa blog aku secara tak sengaja pun.

Buang masa jer nak sedih-sedih ek... :)

Nway kengkawan, sebenarnya ada banyaaaaaaaakkk citer nak citer.... Walaupun obviously citer dah basi sebab dah seminggu aku peram tapi aku akan update gak -- backdated post of course! Aku akan post citer mengikut tarikh; gi Lakes Entrance, gi apple picking, pindah rumah, etc! Oh ya... dan juga hutang tag cik SZ. Sorrylah Suzi... assignment tak siap-siap... ;p

So, nantikan post-post backwards aku k! Hehehehhe...

Oh ya... sebelum aku stop... just nak inform... the next msg kat oggix shout box aku tu, honestly bukan ditulis oleh aku mahupun my hubby k. But obviously seorang kawan yang marah dengan msg si LAAA tu and IPnya dari NSW. Terima kasih kerana memahami...



*juliet le sweetheart : 1st post from my new home! :)



9 comments :

lindahpadlee said...

julie aku rasa orang tulis tu tak siuman..eko buat bodoh jer..take care...ok..insyaallah semua selamat

sz said...

aduyaiii julie, jgnlah sedih2 ye...ntahape2 la insan tersebut, moga dia tersedar diri la keterlanjuran katanya itu...igt suka2 ke nak ceaser ni kan...kalo nak bergurau pon tgklah kesesuaian...doa ibu mengandung ni cepat makbul...hehehe

Zura said...

Julie.. Kalau kita pun sakit gak hati.. Tak tahu citer hujung pangkal suka2 je cakap macam tu.. Memang pantang tul kita kalau orang cakap tak fikir dulu.Apa apa hal.. Kita doakan semuanya selamat dan segalanya dipermudahkan.

GG said...

Julie.. buat bodo jek dgn msg tu.. aku pulak yg rasa emo baca msg tu.. nape ek?? mungkin sbb aku pun tgh pregnant kot.. aku rasa bengang bila ada manusia yang tak memahami susah senang kita mengandung dan melahirkan anak.. eeiii.. aku mmg emo nih.. rasa nak sekeh2 jek si penulis tu.. geram!!

p/s : apa2 pun selamat melahirkan ye.. byk kan berehat.. semoga cepat sembuh.. sib baik niesreena dah besar senang sket nak tolong2 tgk kan adik tu.. Insyaallah semuanya akan ok!!! chaiyok!!

Faliq said...

org tu mengong..
maybe dia tak paham kot kenapa org ceaser..
abaikan ajer..
asalkan kak julie and family happy..
bukan dia pun yg bagi kak julie makan kan..
pedulikan dia ajelah..
wat sakit hati pk.. penat ajer..
tak sabar nak tgk ahli desabundoora yg baru!

Maizah said...

julie, selamat nak dapat baby eh. semoga semuanya selamat dan doa, tawakal, sabar banyak2..chaiyok!

*juliet le sweetheart said...

Terima kasih korang... memang dah malas nak layan. Bila pikir balik rasa kelakar plak. Aku yang nak bersalin, orang lain plak yang sakit hati sebab aku ceasar. Macamlah diorang yang tanggung sakit aku ni nanti ek...
Hehehe...
Terima kasih atas doa korang semua... :)-- jumaat, sabtu, ahad, isnin... 4 hari lagi!!! :)

Zai said...

Take care Julie ..:P..semoga selamat semuanya

aiza said...

Take care..insyaAllah semuanya selamat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top